Sunday, December 18, 2011

I Called Them Friends. We are Sailing Our Ship Together.

That's what we called, FRIENDSHIP.
secara jujur nya.
selama hampir dua semester aku selalu menyendiri.
pergi ke kuliah sendiri.
beli makanan dan makan seorang diri.
bukan apa, takut.
takut akan apa, aku kurang pasti.
tetapi, aku kini semakin yakin.
mereka semakin memahami aku.
aku juga semakin sayang mereka.

terasa seperti baru semalam setiap daripada kami adalah strangers.
tapi, dalam sekelip mata Allah telah kurniakan ukhuwah yang tidak ternilai.
ketidakpuasan hati terhadap sesuatu, perkara biasa.
tetapi,
sekejap saja sudah berbaik semula.
kini,
aku punya teman ke kuliah.
aku punya teman untuk maka bersama.
aku punya teman untuk bergelak dan bersedih.
baru aku tahu.
mereka menerima aku seadanya.
terima kasih sahabat!

her name is Faridah.
Kak Jun. Ijat.
Kak Anis. Kak Fara. Kak Jun.
Mak Bedah. Bapak (syafiq).
Nazd.
Echah.
from left: teha. ijat. kakjun. shazril. shazwan. hanis. kakfara. nazd. fida.
tersorok: anis husin.
Majoriti dalam gambar ni dah transfer.
nazd. nini. teha. iki. syahrul. mirul.
nini, i miss you..
anis husin. iki. mirul. teha. nini. nazd.
lab menjadi tempat wajib untuk bergambar.
ekin. nurul. kakjun. kak zaty. nazd. aini. kak reen.


sekian sahaja buat masa ini. ada masa update lagi.
kepada semua sahabat2, rakan2 dan sesiapa yang mengenali..
thanks for everything and forgive me if i did wrong.
terima kasih kerana meriahkan hidup saya. =)











Saturday, December 17, 2011

I LOVE YOU

di bilik faridah dan kak farah.
lepas makan nasik dekat anjung.
aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tak berapa nak senang.
bukan apa, aku malas nak peningkan kepala dengan masalah.
dah la kerja aku berlambak gila. 

suara beliau seperti sangat merindukan aku.
ya.
beliau rindukan aku dan adik-adik.
kedengaran sedikit kecewa dengan keadaan yang tidak stabil ini.
seperti biasa apabila beliau call aku, pasti beliau akan meluahkan segalanya.
terharu ada, sedikit tertekan juga ada.
terharu kerana beliau percaya kepadaku untuk meluahkan masalah.
sedikit tertekan kerana aku rasa tidak adil aku dibebani masalah beliau.
tetapi sudah namanya keluarga.
perlu untuk aku ada bagi mendengar luahannya.

aku rasa apa yang perlu aku buat sekarang ni adalah 
berbuat baik dengan semua pihak.
Allah juga menyuruh seorang anak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
nak atau tidak, semua pihak kena terima.
aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
aku juga tidak mahu berat sebelah.
harap difahami.

bukan mudah untuk menjadi aku.
semoga Allah meminjamkan aku ketabahan untuk semua ini.

"belajar elok-elok along. belajar untuk diri sendiri. nanti cuti datang tengok Abah ye. Abah rindu sangat. I LOVE YOU.."

i love you too, Abah.
Umi, i love  you.

She's my mum.
He's my dad with my little Faris.
P/S: get well soon abah. semoga boleh berjalan dan berlari semula seperti biasa.

Thursday, December 15, 2011

Jom Naik Tangga


Ni lah kempen yang tengah digembar-gemburkan kat kampus aku sekarang ni. haha. maybe ni kempen untuk tak bagi kami-kami ni naik lif lagi. kesian kan kat lecturers sebab kena naik tangga jugak bila students dok buat tak reti nak hormat bagi lecturers naik lif. padahal lecturers kan ade yang dah berumur, and paling kesian yang pregnant tu. aku harap ramai yang sedar.

sem ni kelas tingkat 5, tingkat 6. pagi-pagi dah kena naik tangga sampai tingkat 6. fuhh.. memang dah takde lemak kat kaki ni. haha. tipu je tu.

sem ni penat...

hari-hari kelas start pukul 8 or pkul 10. habes pukul 6, pukul 7. serius sangat penat. tapi takpe. demi masa depan yang lebih gemilang dan terbilang, aku gagahkan jua. ecece~ assignment dah gila berlambak. next week test, quiz, lab report and assignment semua nak kena hantar. pergh~ tak cukup tangan aku macam ni. sabar teha sabar. 

tak sabar nak cuti mid sem. nak rehat sikit. tak payah naik tangga and pergi kelas untuk seminggu. i'm missing my home rite now. dah sebulan lebih tak balik. nak makan macam-macam bila balik rumah nanti. hehe.. :)


Tuesday, November 29, 2011

Feast of Love I

assalamualaikum salam sejahtera.
emm, mood arini macam nak imbau2 kenangan.
err.. =.=''

ok nak baca sila teruskan. 
taknak bace boleh lah tekan button x.
no heart feelings ok.

kadang-kadang kita tak tahu bila masa tu akan tiba.
even pergi kedai beli maggi, pergi jemur kain kat depan rumah, PERGI HARI SUKAN SEKOLAH ADIK, dan banyak lagi tempat yang kita pergi, kita akan terserempak dengan someone.

ini kisah aku.
sekali lagi, nak baca sila teruskan.
taknak baca boleh tekan button x.
jangan nak bising-bising.

tarikh : kurang pasti. yang kompem awal tahun 2010. Hari Sukan sekolah sri kelana.
tempat : padang sekolah sri kelana.

oleh sebab sayangkan adik yg kecik sekali lebih, aku gagahkan jua diriku ini untuk pergi kesekolah dia untuk teman dia. walaupun sebenarnya malas gila. dari jauh aku ade nampak orang yang jaga acara padang macam students. tapi tak sure students dari mana. ah tak kesah lah. janji aku dapat makan eskem murah kat sekolah tu. syok makan dan makan dan makan lagi (sebab makanan untuk budak sekolah rendah kan murah gila) aku tergerak untuk tengok apa yang berlaku di khemah urusetia.

woohhh~ hensem gila mamat sorang ni. rambut pacak-pacak (sebenarnya yang lain pon hensem jugak, tapi yang ni hensem gila. haha). terus tak lekang mata aku tengok dia. tengok dia kat tengah padang. tepi padang. dalam padang. atas padang. hensem hensem hensem. obses sudah. tak jadik nak gi kantin beli makanan lagi. sanggup duduk kat tepi longkang berpanasan tengok dia. 

dia masuk lari. acara apa tah. yang penting berganti-gantilah. 100x4 kot. lari pon comel, hensem. tapi tapi tapi, dia injured lepas lari tu. cramped la kot. kesian. nak tolong, tapi tak kenal. takkan tibe-tibe aku nak gi kat dia kot. time tu aku terasa something. rasa nak terkencing? eh bukan.. rasa yang tak pernah aku rasa. tah, tak tahu nak explain.

aku stay lama gila kot. sampai acara hari tu habes. sampai mamat hensem tu naik bas tempat dia belajar untuk balek. sedih. nanti mesti tak dapat jumpe lagi. aku dah bajet dah, ni mesti cinta lokasi je. macam biasa. kalau nampak orang hensem time single ni. tapi dalam hati terdetik untuk berdoa, "kalau ada jodoh, semoga berjumpa lagi..............."

beberapa bulan.

akibat bosan duduk rumah lama-lama. aku selalu ikut Umi pergi kerja. kat tempat Umi kerja tu ade satu restoran. pakcik tu baik. dia offer aku kerja. haha. bukan aku yang carik. yelah, kedai tu tak ramai pekerja. alhamdulillah. dengan senang hati aku menerima tawaran kerja tu. 

time tu dah tak bape nak angau pasal mamat tu lagi. sebab dah lama kot benda tu berlaku. i'm sorry man.

kerja tu penat. maybe sebab selame ni cuti dok rumah je. tak produktif langsung perangai. not bad lah. kerja tu banyak ajar aku untuk berani dengan orang ramai. aku ni memang pemalu. time sekolah dulu, seboleh-boleh kalau ade presentation dapat jadik pemegang kertas tu pon da sangat malu. haha. pemalu gila.

first time mintak order memang gila menggeletar. orang dok kacau-kacau lagi lah naik geletar lutut. rupa-rupanya yang ramai-ramai datang makan tu students depan restaurant aku kerja tu. haisyh~ memang perangai students camtu. tak kesah pon. tak kemana pun gurauannya.

lamanya nak tunggu result SPM keluar. tapi tak terasa sangat sebab kerja. hari feveret aku time kerja adalah hari jumaat. kenapa? sebab malam sabtu tu dapat gaji. hehe. lagipun siang tu agak free ramai gi solat kan.. bagus orang seremban ni. time solat pergi solat. 

tiba-tiba.

seorang lelaki yang-macam-pernah-nampak masuk restaurant. Ya Allah.... mamat yang kat sekolah adik aku haritu. terus aku pergi kat dia amek order. haha. gila rajin. selalunya, ade orang datang aku malas nak amek order sebab tak suka kena kacau (yeekkkk bajet orang nak kacau je). sampai harini aku ingat lagi makanan ape yang dia makan. nasik putih dengan sambal ikan. air tea o ais. orang lainnye aku tak ingat. macam tak perlu diingat.

aku suka aku suka. tapi dia tak pandang. sedih. sudah berpunya agaknya. takpe lah. jangan sedih. tapi memang sedih.

lepas result spm keluar, alhamdulillah. result takde lah teruk sangat. ok kot. kalau nak study overseas boleh lepas ni (tapi tak dapat, orang straight A banyak sangat). aku rasa nak berhenti kerja sebab dah nak study kan. so, aku pun bagitahu lah pakcik tu yang aku nk berhenti. tapi pakcik tu minta aku extend lagi seminggu. so aku pon ikut jelah. extend pon extend lah, seminggu je pun.

satu malam.

mamat hensem tu datang lagi.


Hold On For Some Years,Baby.



aku punya impian. nak belajar course Food Technology sampai PhD. dan kalau boleh, secepat yang boleh. tapi, dalam keadaan yang diluar kawalan dan dugaan aku, aku terpaksa hold on kan dulu. aku dah bagitahu Umi aku pasal aku tak nak apply fast track. aku nak kerja lepas habis diploma. tolong mana yang patut, bagi adik-adik aku boleh sambung belajar jugak.

lebih kurang macam ni lah perbualan aku dengan Umi aku.

aku: Umi, along rasa along tak jadik la buat fast track. nak habiskan diploma. pastu nak kerja.
Umi: habis tu, bila nak sambung belajar balik?
aku: nanti pun boleh. sekarang ni nak belajar part time pun boleh. dah kerja boleh kumpul duit buat belajar. lagipun nak tolong budak-budak ni.
Umi: nanti dia dah tua takpe ke?
aku: takpe. along belajar je nanti..

serius. aku terasa sedih kot bila kena buat keputusan ni. bukan senang nak buat decision yang macam ni taw. tapi nak buat macam mana. Umi and adik-adik aku ada aku je tempat nak bergantung. aku tahu, aku kena kuat sebab diorang tengok aku ni macam tough je. padahal, Allah je yang tahu. 

P/S: demam tak elok-elok lagi ni. huhu. sabo je lah. kawan-kawan cakap badan dah susut, macam jaga dua orang anak.. huhu~ diorang ni tak habes-habes menyakat nak jumpa bakal anak buah. :)

Friday, November 25, 2011

Mixed Feeling

Harini hari jumaat kn? Well, first week masuk kampus selalunya memang kelas macam segan silu nak wujud.. kalau ada pun berapa minit je. aku redha je lah pergi. dah datang sini sebab nak belajar. so kena lah pergi kelas. haha. macam skema.. 

ni haa yang buat kan aku mixed feeling ni haa..


hamek kau. besar-besar aku letak. sedih aku sebab tak menang contest konsert 2PM ni. so tak dapat lah aku nak tengok muka diorang ni semua live. sejak bila lah aku ni gila korea pon tak tahu lah. untuk merawat kesedihan aku ni, aku download segala mala lagu, video diorang ni. puas hati aku. huhu~~ selain daripada tu, aku terfikir nak pergi hotel diorang stay malam ni. nak pergi ketuk bilik sorang-sorang. hahaha. tengok muka pon jadiklah. hahahahaha. 

sudah-sudah la~

diam tak diam dah masuk semester 3 dah aku kat sini. alhamdulillah. everything went well. :) cuma tu ada lah sikit-sikit benda yang buat aku hangin-hangin. haha. biasa lah tu. kalau nak ok je sampai takda benda yang sedih, sakit hati tu tak boleh jugak. tak indah la dunia aku kalau warna ceria je. ye dak? heh~

sempena masuk sem baru ni aku ada buat azam. ececeh~


aku nak spend more time dengan members kat sini. wuu~ kalau ada rezeki, sem ni last untuk aku study kat kuala pilah. next sem nak sambung degree kat shah alam. insyaAllah. and of coz la nak study lagi rajin sem ni. credit hours makin bertambah. subjek pun dah tambah satu. dah jadik 8 subjects ye kawan-kawan. 

dah la. malas nak bebel lagi. lapar lah pulak. haha. bila dah lama tak update, nak kembalikan semangat update entry ni sangat susah wooh. ok guys. jumpa lagi next entry.. :) 

P/S I: aku cuba untuk jadi anak yang terbaik for both my parents. semua orang boleh cakap itu ini, tapi aku yang merasa benda ni. and i hope, adik-adik aku cukup kuat untuk hadapi semua ni dalam usia yang belum mampu uruskan diri sendiri lagi. semoga masalah orang dewasa, hanya yang dewasa cuba selesaikan hal itu sendiri.. 

P/S II : bila aku fikir balik. aku menjadi semakin takut dengan relationship. sebab takde contoh relationship baik yang boleh aku ikut, untuk aku jadikan panduan satu masa nanti. masa kursus kahwin, ustaz2 and ustazah2 ajar sesiapa pun mampu jadikan sesuatu relationship tu berjaya kalau kita jaga solat, jaga hubungan dengan Allah. ustaz dalam kelas pengurusan keluarga yang aku daftar selama dua sem kat sini pun cakap benda yang sama. aku tak nak bakal anak2 aku rasa serba tak cukup especially perhatian dan didikan agama disebabkan kesilapan ibu ayah diorang.  nauzubillah~

KUATLAH wahai HATI.

Allah takkan bagi ujian dekat kita kalau kita tak mampu kan? Allah uji aku untuk certain benda, so Allah gantikan aku kegembiraan untuk benda lain pulak. semua dah tertulis. jangan risau. aku takkan berhenti belajar. aku makin kuat untuk belajar dan dapatkan result yang baik.



Monday, September 12, 2011

I dream a dream

kalau nak buat sesuatu pastikan bermula dengan angan-angan.
aku suka berangan.
berangan ade rumah besar,
kereta cantik-cantik,
office sendiri,
bela rabbit banyak-banyak.
best kan?

setiap orang angan dia lain-lain.

kehadiran seorang lecturer dari shah alam tempoh hari telah membuatkan aku berangan dengan lebih serius. yelah, beliau encourage kitorang yang budak diploma food tech ni untuk buat fast track. fast track tu apa? benda alah ni boleh korang apply kalau korang budak uitm diploma dan masa semester 3, CGPA korang 3.0 and above. ipt lain aku tak sure la ada ke tak. fast track tu membolehkan korang lompat ke 2nd semester of degree. nice an? tak payah pergi orientasi lagi. haha. and duration untuk course aku ni bila amek degree 4tahun (utk lepasan matriks, stpm), 3tahun setengah (fast track), 2tahun setengah (lepasan diploma).

lepas tu, bila dah degree. korang grad dengan CGPA 3.5, korang boleh lompat buat PhD terus. and the good thing is u'll get scholarship under uitm rm2300 per MONTH! gila great kan? tapi kalau nak buat master dulu pun dapat scholarship jugak. at about rm1500++ per month. 

bila ada orang bagi pendedahan macam tu, aku terus calculate umur kalau aku nak buat lompat-lompat tu.

currently age : 19 years old.
apply and get the fast track : 20 years old (in 2nd semester of degree)
graduate for degree : 23 years old.
go through the PhD : 23 years old.
graduate for PhD : 26 years old.
and people will start calling me Dr Fatihah when my age is 26 or 27.
insyaAllah..

ok itu angan-angan aku.
how bout you?

sekarang nak study leklok in order to achieve my aim.
assalamualaikum peeps!

cantikkan rama-rama ni?


Real Madness Before Final Exam

haha. tajuk nak macam dahsyat sangat je. padahal.. 
ok dah agak lama tak conteng-conteng kat blog sendiri ni. 
kesian blog ni. time nak exam je aku update.
aku pon tak tahu la kenapa jadik camtu.
aah. nak final exam dah.
cepat je sem ni berlalu.
banyak main-main memang la rasa cepat kan?

member sekolah aku semua dah masuk belajar semula.
diorang semua yang lepas matriks dah masuk degree.
ade yang sambung dalam negara je, tapi ade jugak yang pergi overseas.
untung badan.
aku pon ade kat overseas apa. PHILLADELPHIA. =)
tak apa. rezeki masing-masing kan?
aku yakin rezeki aku pun ada nanti.
study dalam negara pon ok apa.
dah. malas nak cakap lebih pasal ni.
kang tak memasal ada yang kecik hati kang.

haa.
semalam aku pergi melaka.
taman paya rumput.
ada member encik pakwe kahwin.
walaupun aku seorang yang bukan dari maktab perguruan tapi kebanyakkan diorang dah kenal aku.
(haha apa jenis ayat aku ni?)

seronok tengok orang dah kahwin.
dah boleh peluk depan orang ramai, belakang orang ramai tanpa was-was.
haha.

tapi aku nak kahwin lepas degree, insyaAllah.
sebab tu syarat MY PAPA.
sebab beliau nak tengok anak beliau dah agak stable.
sapa tak risau anak nak kahwin kan.

alhamdulillah.
encik pakwe dan jumpa my family.
aku pun dah jumpa family encik pakwe.
dah lepas satu stage. eceh~

sejak nak abes sem ni,
kerja dah maken banyak.
nak dating pon bawak kerja taw.
tapi cam biasa lah. 
takda maknanya nak siap.
haha.

orang ramai cakap aku dengan encik pakwe agak gila.
haha.
biarlah.
this is our style taw.
asalkan tahu mane yang patut mane yang tak patut dah la.

dua hari berjalan dan berlepakkan sama2.
sesat beberapa kali dari tampin ke rumah pengantin.
sesat on the way ke taman rama-rama.
hampir masuk UTEM, dan resort sebelah taman rama-rama.
jumpa kawan-kawan kat dalam taman rama-rama.
survey rasa cool blog jusco melaka and buat comparison dengan rasa cool blog tesco seremban.
singgah i-city melaka. hakhak.
makan dekat cafe pelik sebelah mcd melaka mall.
tengok final destination 5 yang sangat pelik.
gerak ke seremban dalam hujan.
stay kat mcd sambil buat kerja.
gerak ke uitm PHILLADELPHIA lepas subuh.
breakfast roti canai bogel.

masing-masing menggila sebab tak cukup tidur.
paling kesian encik pakwe sebab dia memang tak tidur.
dia lah drive kesana kemari.
sorry ye pakwe..
co-driver gila mengular sebab asek tidur je.

as the result,
kami sangat happy dan penat.
motif buat semua-semua ni aku pun tak tahu.
next year tak dapat lagi macam ni.
encik pakwe mungkin akan dihantar posting ke JOo.
kat mana tu?
cube dengar orang JOHOR sebut johor camana.
huruf H and R dah hilang.
haha.
nii pun takde motif.
 da la nak sambung buat lab report.

cari makhluk tersembunyi disebalik cermin.

muka excited masuk taman rama-rama.

dah penat berjalan jumpa kawan-kawan.












Wednesday, August 17, 2011

Let's Look What We Have Done

when people are talking or trying to tell you something, what did you do?
when your teacher is teaching infront of your class, what are you doing at the back?

it is hard to find a good listener. because all of us love to talk. a lot of talk may hurt others feeling. we may not know or we may ignore about others as long as we win.

egoistic is the most thing that i hate. even myself do have the ego. but each day each second, i try to reduce the level because who am i compared to Allah The Almighty. i do not have the right. 

i don't mind if people keep make me sick. because that's their hobby to annoy me. i just let Allah to repay the bad things that they have done. Allah knows better than us rite?

but please. i love all of you. i don't want you to hurt others feeling anymore. you know that what have you done is wrong, but why you keep doing that? as far as i know, when we already know something is wrong, but we still do the thing, it can be categorized as you are doing a sin. maybe i'm wrong. please do correct me.

maybe we forget about something as we grow up. yeah, adult people need to do a lot of things. nah~ but i think that's still the same as we have been taught since we were young.

respect others.

no matter what you wear. jubah, baju kurung, tudung labuh, tudung singkat, tudung sarung or even you are not wearing any hijab yet, you have to respect others. i'm not talking shit, but this is based on my observation. 

when people are talking, wait lah! don't talk too. listen. you are mad and getting angry when people are not listening to you. but you don't respect people when they are talking, why they should respect you? serve you right. you do deserve it.

people are different. as well as their thoughts, opinions.

do respect their choice. if you are their friends, why not give them support. i think it would be nicer. rather than arguing about your "better" point of view. come on people. be matured. there's no right or wrong about opinions. as i mentioned earlier, people are different. we have different way of thinking, different favorite and different ability.

knowledge should humble you.

learning is about terima what so ever you teachers give. then when you realize something is fishy, go to your teachers room and ask them. that is your job as students to get the rough idea about what you gonna learn on that lesson. go find some books. don't just say, "tak faham" , "boleh ulang balek miss, madam, sir?" but you are talking with your friends about the unnecessary thing at the back. wow! that need some kind of courage for me to ask those questions to my teachers. i think that is rude. 

i don't want people to ask me that question if i were destined to be a teacher. that is kinda heart sore to be requested to explain once again to the people who are not paying full attention in my class. i will chase them out of my class.

it's all about attitude. i'm not saying that i'm a good person. no. this is also a reminder for me. and i don't mind if i will lost some friends because of this post. but open your eyes lah. don't be so egoistic. Allah is fair. when you do bad things to people, people will do the same or else you will be punished someday. 

let us change to the better person peeps! we are not getting younger. 

don't dream of having angel children if your are not doing good to your parents.
don't think about having a good friend if you cannot be a good listener.
don't think people will respect you if you are not respect them.
don't talk about pass in examination if you have not do the assignment, not respect your teachers, come late to class, and talk back about your teachers.

i don't know every single thing in your heart. but Allah knows. 
read, think and overcome our weakness. see ya!

Monday, August 8, 2011

Tolong Jangan Jauh

gembira tertawa ceria.
bernyanyian kecil kesana kemari.
tampak luarannya sebegitu rupa.
dalamannya tak ramai selami.

manusia bijak berkata-kata.
selagi tidak kena batang tubuh sendiri.
nasihat sana.
nasihat sini.
perli sana.
perli sini.

Tuhan mahu ambil semula hakNya mudah.
sekelip mata juga boleh jadi.
perit itu cuba aku ludah.
berkali-kali.

aku redha.
andai debu perlu kusapu setiap kali ku jengah bilik.
aku redha.
andai hingar perlu ku tahankan setiap masa.
aku redha.
keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan.
aku redha YA ALLAH..

kerana aku tahu ada yang baik menantiku satu hari nanti.
cuma kupinta,
tanamkan kesabaran dan ketabahan dalam jiwaku.
untuk menghadapi dugaanMU dengan cemerlang.

walau waktu belajar terganggu,
walau baru berpemergian salah seorang wali mujbir menghadapMU,
walau ramai tidak serasi denganku,
walau bilik penuh debu,
walau tali ikatan yang dikasihi hanya menunggu waktu,
walau segalanya didunia ini menentangku.

aku tahu aku ada KAMU.
dunia hanya sementara.
tidak guna belajar siang malam untuk beat markah dengan mereka.
dimana keikhlasan belajar itu?
tidak guna cakap berapi untuk menyakiti hati teman.
kononnya menasihati. pui~
teman?
seorang teman akan sedaya upaya menjaga hati temannya.
kau bukan teman.

sesungguhnya KAU menguji untuk melihat sejauh mana janjiku.
ya. aku pasrah.
tiada guna aku kejar kebaikan dimata manusia.
padahal kemuliaan dimataMU terabai.
sedangkan kemuliaan dimataMU lebih bermakna.
terima kasih YA ALLAH.
semoga aku tidak berada jauh dari landasanMU.

kena tahan telinga dengan segala bingit time nak study sangat sakit.
kena selalu ngadap debu-yg-bukan-aku-punya juga sakit.
kena sabar dengan kerenah orang yang bagi nasihat, padahal perli juga sakit.
kena diam bila orang tanya markah test yang makin menurun sangat pedih.
kena redha orang yang dikasihi meninggalkan dunia ini juga pedih.
kena jadi orang tengah masalah orang lain sangat seksa.

P/S: jangan cuba buat apa yang aku sudah mention atas ni kalau sayang aku or at least hormat aku. 
sebab kita takkan tahu kesusahan orang lain dengan hanya mendengar melainkan sendiri sudah merasainya. 
cakap boleh, cuba rasakan sendiri. 
kalau tak boleh nak paham, lebih baik kau diam. 
jangan baik hati nak menambah keserabutan yang sedia ada.
terima kasih.



Wednesday, July 27, 2011

Semoga Tenang Aki Disana...

orang lain yang tak sedap hati, rupanya ketidaksedapan hati orang itu merupakan berita sedih untuk aku.

dengan tiada sesiapa memaklumkan perihal itu kepadaku, aku berasa sungguh sedih.

terdetik hati untuk melihat profile makcik yang kerap meng-update status.

hancur luluh hati ini. harapan untuk bersua muka dengannya lagi punah.

nak buat macam mana, sudah sampai masa beliau untuk pergi meninggalkan kami.

Aki..
kaklong rindu air nescafe Aki.
kaklong rindu pergi jalan-jalan dengan Aki.
kaklong rindu Aki yang selalu peluk cium setiap kali kita jumpa.
sungguh banyak perkara yang kaklong rindu.
terlalu banyak memori indah sejak kecil lagi.
kaklong rindu orang yang manjakan kaklong sangat.

semakin kaklong besar, semakin sukar untuk kita bersua.
dalam masa itu, terlalu banyak cerita yang Aki tidak dapat tahu.

hanya hari itu, hari terakhir kita bersua.
lain sungguh muka Aki.
sudah tidak bermaya.
tetapi, masih penuh dengan kasih sayang.

kesiannya..
Aki dah tak larat lagi nak bangun.
Aki rindu kitorang sangat kan?
kaklong pun rindu Aki sangat.

ketika semua ahli keluargaku pergi melawat beliau, aku baru balek ke kampus. terniat dihati untuk pergi melawatnya lagi dalam masa terdekat. tapi apakan daya, memang tak ditakdirkan untuk aku melihat beliau lagi. beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 27 julai 2011, 25 Syaaban 1432, lebih kurang 2pm.

Al Fatihah dan segala doa ku kirimkan untukmu.
Encik Md Ariffin bin Pandak Abdullah.


P/S: kan best kalau aku ade teman Aki jugak time tu.. :'( 
        sangat terkilan...................

Saturday, July 2, 2011

Ku Seru! Please Come Back To Me!!

aku tak tau la pulak bila kita spend weekend dalam bilik adalah skema. is it true? heh~ what ever lah. janji aku tak kacau orang. kalau duduk bilik tu tak semestinya buat kerja or studying. ada je yang duduk bilik sebab nak tengok movies. macam apa yang aku buat dari malam semalam sampai ke tengahari tadi. yelah, weekdays busy kot. nak tengok movies pon berkira. sebab masa pack sikit. so, weekend lah nak relax. ye tak?

kalau keluar sangat pon memang la relax. cumanye yang tak bape nak relax, duit lah. aku bukan anak orang kaya. cukup-cukup untuk makan. and kalau nak berkeluaran tu pun sekadar perlu. *ah sudah lah, weekend ni takde orang bawak keluar boleh la cakap camtu.* kalau aku keluar pun setakat pergi city park bukannya keluar duit sangat pun. duit minyak je. makan sikit-sikit. ok malas nak bebel pasal keluar lagi. 

main point bebel kali ni, sebab nak seru balek semangat buat kerja dengan gigih dan rajin. haha. every weekend memang banyak kerja. sebab aku jenis yang kalau esok nak kena hantar baru buat petang ni. get it? sebab kalau buat awal-awal nanti aku tidur banyak. haha. ape jenis ayat ni? biarlah. tengah tak betul sangat memang camni. *sebelum ni betul ke? heh~*

lagi satu, aku nak seru selera makan aku. gila weyh, kadang-kadang aku makan sehari sekali je. tu pun makan roti. bukan taknak makan. it just that, aku takda selera. macam mana tah jadik camni. before this, aku kuat gila makan. macam apa tah. jumpa itu nak makan, jumpa ini nak makan. tapi sekarang tak macam tu lagi. my mummy suruh makan je. jangan stress bila belajar ni. huhu~ rasanya benda ni takda kaitan dengan stress belajar. sebab stress belajar hanya muncul time da nak exam.

tah la, semoga takda pape lah. doakan okeh. ahh~ malas gila nak siapkan kerja ni. rasa macam movies lagi menarik. hahaha. banyak sangat sampai tak tahu nak start dari mana. let me give you the list :-

lab report:
biochemistry-2
microbiology-2
organic chemistry-1

tutorial:
organic chemistry-1 set (in the set contains almost 15questions, in a question contains a-g)
calculus-tutorial 9-24 (each tutorial contains at least 10 questions)
english-make sentences based on adverb. 13adverb.

upcoming test/quiz:
microbiology-chapter 1 and 2.

banyak gila kan? haha. ok cukup lah bebel. banyak bebel tapi tak siap kerja tak guna kan? sampai sini saja. papai~


Friday, July 1, 2011

Happy Birthday To The Great Lady.

you are such a great person in my life.
since i was young, since i was kid.
now i know how hard to be a woman ( it looks like i'm already a woman plak =.='')
you inspired me.

you are grace and cheerfully.
but deep inside you are strong. too strong i thought.
you can manage us with all you have.
you can make us feel strong so we can overcome what we are afraid of.

today is your birthday.
last night at 12, i texted you.
i know, you are waiting for something before you went to sleep.
i hope the thing that you have been waiting is coming to you.

i don't know.
there's a lot of thing that i want to say.
but i could only manage to say,
'happy birthday umi. i love you.'
loser me...

i hope that those words could make you feel happy.
i'm here always think about you.
i'm always want to do the best for you.
i'm sorry for not being a good daughter to you.
but at least i'm trying to be the one.
always trying...

i'm so sorry.
every time i go home, i couldn't help you much.
i'm sorry for the mess i made, for the laziness of waking up in the morning.
and so on.

you are the best mum.
you are always there for me every time i need someone.
i remember when my spm result was announced.
i can see the disappointed face.

i'm so sorry for not giving you 10A.
but, you are great.
you know each thing in this world happened for a reason.
you tried to make me feel better by saying "ah, it's okay lah along, takde rezeki tu."

i cried and cried a lot as if there's no other chance.
still,  you are the one that tell me everything is gonna be fine.
i'm so grateful that you are my mother, the great lady.
i hope you can have all the happiness in this world and hereafter, insyaAllah.
happy birthday Umi.

with lots of love.
Along~

Me and her when i was young.
Mother-daughter gossiping. haha.
copy and paste kan?
she's beautiful. :D

HAPPY BIRTHDAY UMI. WE LOVE YOU. <3 <3 <3

P/S to my mum : thank you for everything. and thank you for accepting my choice.
P/S to readers : now i know where the beautiful in me comes from. hahaha. :P perasan gila.









Saturday, June 25, 2011

Pernah Tak Korang Rasa Ape Yang Aku Rasa?

kenapa dengan aku ni? kenapa kenapa kenapa? 
serabut jap bila direnung apa yang buat aku jadik camni.
haha.
gelak jap.
haha.
gelak lagi.
memang dah masok air budak nih. =.=''


cantikkan kek ni?
simple. nice one.
whoaa.. aku nak..
tibe-tibe terbayang something.

jeng. jeng. jeng.


match dengan ni style gak kan?
wehuu~
*kate taknak sanding.*
ok fine. 
ni untuk amek gambar dengan family and friends lah.
tak main lah pelamin yang kerusi dua tu.
nak yang camni.
boleh dok rapat-rapat.
hahahaha.
gila kau ni teha. gila.


cantik tak?
yuhuhuuuu~~
nak ni. nak ni.
cantik kan?
purple ni sesuai dengan mana-mana tone kulit.
waaaahh. 
berkobar-kobar nak study rerajin.
nanti bole kumpul duit tempah baju camni.
hehe.
saya harap encik yang bakal pakai baju sedondon ni tak kesah dengan kaler ni.


and of course.
my favorite part.
kasut okeh.
cantik sangat.
geram.
rase nak gigit kasut ni.
sebab cantik.
*saba ye kaki. nanti kuku cantik tumbuh balek.*
oh ya.
nak buat apa risau.
aurat kan.
kena pakai stokin.
so kaki takde kuku pun bole pakai kasut ni.
semua yang berlaku ade hikmah.
*encik sedondon, jangan dikurangkan duit hantaran lantaran kuku kaki baru yang sedang merangkak keluar*
=.=''


"hey budak! ko ingat senang nak kawen?"
"dah la budak lagi, gatal sangat nak kawen."
"tah pape, tak sesabo."
"eiii.. taknak belajar lagi ke? nak kawen teros? nnt tak bebas."


fine. fine.
dah selalu dengar bila diutarakan perkara kawen mawen ni.
lah.
apa la yang nak di-big deal-kan sangat.
orang tu dah sampai seru kot.
aku nak abeskan ape yang aku dah mula ni dulu.
aku pun tahu, bukan senang nak kawen ni.
tanggungjawab besar.
aku pun nak tengok diri aku berjaya dulu.
nak tengok diri aku dah boleh bagi Umi Abah elaun tiap bulan.
nak tengok aku dah ade rumah sendiri.
ade kereta sendiri.
aku nak tengok semua tu.

tapi. tapi. tapi.
andai dah takdir..
aku terima je.

kalau dilayankan mulut orang, aku yang penat nanti.
kawen cepat salah, kawen lambat salah.
biasalah tu.
kita takkan dapat puaskan hati semua orang.
ok dah. dah.
ini cerita pasal happy2 lah.



aku tak idamkan majlis yang grand. cukuplah bila dapat tengok senyuman kat muka semua orang yang datang majlis aku nanti. *seronoknya.

yang lain-lain macam kad jemputan, khemah, katering, hadiah orang datang bace yasin pagi2 (kat johor selalunye ade, tempat lain tak taw), bunga telur dan yang lain-lain nanti la fikir ea. lambat lagi majlisnya. ni berangan cita-cita je. hehe.
dah la. penat la pulak bebel ni. rajin betol update blog sejak akhir-akhir ni. nanti tibe time busy, nk pandang pon tak lalu. huhu~

good nite everyone. thanks for reading.

P/S: Encik Sedondon Saya cakap, SEPAH menang maharaja lawak.. yeyeah! congrates SEPAH.








Friday, June 24, 2011

Hari Ini Hari Apa?

Hari ini hari apa?
Hari takde kelas cikgu!



betapa gembiranya hati ini apabila ditabalkan hari jumaat ni takde kelas. hoyeah2. tapi tapi tapi, dalam takde kelas tu, kerja gila berlambak. letih den nak siapkan. sampai sekarang tak siap-siap lagi. sampai da jam otak. sampai dalam hati ni ade perasaan sendat (apekah?). nak jaga anak lagi. jap lagi hubby balek. wuu~ sabo jelah..

"alamak, dah lambat. i tak masak lagi. nnt hubby lapar."

ok sila bersemangat.

sebenarnya aku nak bebel pasal perjalanan yang bakal aku tempuh semester ni.

fuh fuh. Bismillahirrahmannirrahim..

berbekalkan cuti semester lepas yang 3minggu (tolak seminggu aku pergi bunuh diri), aku balek ke kampus dengan perasaan berkobar-kobar (yeekk).
sem ni memang pendek kot. tak silap aku minggu ade kuliah hanya 13-14 minggu je.
haha. gila. sem lepas yang 18 minggu pon aku nak catch up tercungap. sem ni apetah lagi.
silibus banyak kot. assignment of course la menimbun. lab report lagi. test, quiz.
hahaha. aku tulis ni pon da cukup untuk buat aku rasa letih.

RELAX BABE RELAX.

okay, selagi belom hadapi something jangan cakap banyak. buat je dulu.
nanti bile dah lalui baru boleh cakap susah or senang something tu.
sila enjoy through the process of learning ok.
everything is gonna be fine..



NAK BUKAK BAKERY! NAK BUKAK BAKERY..!

nyumm nyumm..


mari belajar FOOD TECH bersungguh-sungguh.

okay cukup-cukuplah dulu. nak sambung buat kerja ni. papai..

Wednesday, June 22, 2011

Nyamuk

Kau nyamuk.
Hinggap sana hinggap sini.
Mencari mangsa untuk dihisap darahnya.
Kawan sendiri turut menjadi mangsa.

Aku lihat dari jauh.
Takut nak dekat.
Takut darahku dihisap.

Kau cantik. Kau lawa.
Dengan daya penarik itu, kau menghampiri.
Sama macam nyamuk.
Menarik kerna berbelang-belang.

Tanpa disedari, kau beraksi.

Menghisap darah rakan-rakan sendiri.
Sedikit seorang untuk memenuhkan perut.
Kau untung.
Tak payah keluar modal beli makanan.

Kerana kau punya rakan-rakan untuk dihisap darahnya..

Kecewa aku tengok kau.


P/S : Kalau rasa duduk kedai makan, tapi taknak beli makanan sebab nak jimat duit and pandang orang lain makan buat muka seposen dengan harapan ade orang offer makanan, baek kau blah. Bukan kau sorang je yang kena jimat duit.

Monday, June 20, 2011

Spesies Yang Tak Dikenali

Aku tak pernah kenal akan kau.
Muka cantik gila. 
Haha. Cantik ke? Ke aku yang tengok ni dah gila.
Mula-mula ok. Pastu tak bape ok. Pastu ok. Pastu tak ok balek.

Siapa kau sebenarnya?
Aku makin tak faham.
Tolonglah faham aku jugak.
Aku suka yang berangin, bercahaya, dan berudara segar.
Bukan dalam oven.

Siapa kau?
Entah lah..

Yang pasti kau bukan PUTERI LILIN.
Kerana kau bukan dari keturunan di raja.

Bukan juga GURU SEBAGAI LILIN YANG MENERANGI HIDUP ANAK MURID.
Kerana kau tidak belajar untuk mengajar.

Mungkin kah kau HANTU LILIN?



Wednesday, June 15, 2011

Do I Look Like I Care?

Kau buat bear aku ngaruk. Ayookk~~

Bercakap macam dah bagus sangat. 
Biarlah mulut dia.
Aku assume memang pemilik mulut tu bagus gila.


Aku tak heran.
Aku tak menyesal.
Ini hidup aku.
Terpulang pada aku untuk buat macam mana.

Kau hebat kan, kau bagus gila kan.
Tak pernah belajar kah untuk menghormati keputusan orang lain??
Jika tak tahu, kau tidaklah hebat mana.

Aku lagi hebat dari kau.
Kerna aku hormat keputusan kau untuk menaikkan darah aku.

Aku tak terkesan dengan kata-kata.
Sebab sudah jelas.
Ayat-ayat celupar hanya keluar dari mulut-mulut longkang.
So what?

Seteruk mana aku di torture.
Memang takde kesan.
Malas aku nak layan.
Cukuplah sekali aku pernah membunuh diri.


Buat apa aku patuh atau takut akan kau sampai study tah kemana.
Buat apa aku patuh atau takut akan kau sampai diri pun terabai.
Buat apa aku patuh atau takut akan kau sedangkan kau juga manusia.
Buat apa aku patuh atau takut akan kau sehinggakan mungkin akan terjadi syirik khafi tanpa disedari.

YANG AKU PASTI, KAU BUKAN TUHAN UNTUK AKU PATUHI. 

P/S: Pengalaman membuatkan aku untuk berani berhadapan dengan ketakutan suatu ketika dahulu.


Sunday, June 5, 2011

A Good Reminder.

Sila hayati lagu ini... :D


sambil2 tu tengok translation lagu ni..

[U-Kiss 0330]


[Eli]
Yo, listen up
This is my tragic story
Just the breaking of my heart
Check it
[Hoon]
I still can’t erase you, I keep thinking about you
I want to see you so badly, I can’t sleep at night
The sound of rain that thumps on the window of my heart
The spot that you gave up, I miss you so much
I can’t sleep at all at night
[AJ]
Your backside leaving by avoiding the rain
I can’t anything, again
So everyday I regret it, I’m sorry
I pray, I want you to be back
I can’t, I can’t touch you
I can’t be patient because it’s a day that doesn’t exist
The tears in my eyes flow down
Again, will I be able to forget you
[SooHyun]
I still can’t erase you, I keep thinking about you
I want to see you so badly, I can’t sleep at night
The sound of rain that thumps on the window of my heart
The spot that you gave up, I miss you so much
I can’t sleep at all at night
[Eli]
All night I only think about you, I can’t sleep
Why did I turn on this love show?
The distance between you and I has gotten bigger
I was the servant of this love
Why did we fight? Why were we like this?
Did you lost the sight? We loved each other
Why am I frozen right now?
Dummy, what I need is you
[DongHo]
Your shoulders are limp
Your sight, the ground collapses
You hit my stuffy heart
I can imagine you praying to the sky
With your hands clasped together
Let’s forget everything, all the bad memories
(I’m sorry) I know how you’ll react
I can only say sorry
[Kevin]
I still can’t erase you, I keep thinking about you
I want to see you so badly, I can’t sleep at night
The sound of rain that thumps on the window of my heart
The spot that you gave up, I miss you so much
I can’t sleep at all at night
Oh nights like tonight, tonight, oh…
[Eli+AJ]
You and I, don’t let go of our string
Don’t deny our r2π
Come to me, it’s all okay now
Again, again, let’s start everything again
[Kevin]
I can’t sleep at night
[Hoon]
I still can’t erase you, I keep thinking about you
I want to see you so badly, I can’t sleep at night
[Kevin]
The sound of rain that thumps on the window of my heart
The spot that you left, I miss you so much
[All]
I can’t sleep at night

P/S : kadang-kadang kite tak sedar apa yang kita buat sebenarnya menjauhkan seseorang dengan kita. jangan paksa mereka untuk bertindak mengikut kemahuan kita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...