Saturday, December 17, 2011

I LOVE YOU

di bilik faridah dan kak farah.
lepas makan nasik dekat anjung.
aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tak berapa nak senang.
bukan apa, aku malas nak peningkan kepala dengan masalah.
dah la kerja aku berlambak gila. 

suara beliau seperti sangat merindukan aku.
ya.
beliau rindukan aku dan adik-adik.
kedengaran sedikit kecewa dengan keadaan yang tidak stabil ini.
seperti biasa apabila beliau call aku, pasti beliau akan meluahkan segalanya.
terharu ada, sedikit tertekan juga ada.
terharu kerana beliau percaya kepadaku untuk meluahkan masalah.
sedikit tertekan kerana aku rasa tidak adil aku dibebani masalah beliau.
tetapi sudah namanya keluarga.
perlu untuk aku ada bagi mendengar luahannya.

aku rasa apa yang perlu aku buat sekarang ni adalah 
berbuat baik dengan semua pihak.
Allah juga menyuruh seorang anak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
nak atau tidak, semua pihak kena terima.
aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
aku juga tidak mahu berat sebelah.
harap difahami.

bukan mudah untuk menjadi aku.
semoga Allah meminjamkan aku ketabahan untuk semua ini.

"belajar elok-elok along. belajar untuk diri sendiri. nanti cuti datang tengok Abah ye. Abah rindu sangat. I LOVE YOU.."

i love you too, Abah.
Umi, i love  you.

She's my mum.
He's my dad with my little Faris.
P/S: get well soon abah. semoga boleh berjalan dan berlari semula seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...