Tuesday, March 29, 2011

Ayyooookkkk!!~~

First of all, i would like to wish my best friend, SITI MARIAM HAFID happy birthday. I love you lah! haha. Cukup-cukuplah tu speaking english. 

Ayookkk! Final da dekat. Cuak tak cuak gak la aku nak final ni. Takde experience jawab final exam kat IPT kn? So maybe akan pelik sikit. Memang sangat peliklah bagi aku, sebab first time dalam hidup aku kot. Kena jawab exam pada hari ahad. Duh~ Birthday pakcik ensem lak tu. Huhu~ It's ok bebeyh. *sedapkan hati sendiri* Berbalik pasal final, berbekalkan sedikit kecuakan, aku dah jadik makin malas la pulak. Maybe sebab banyak sangat relax time kat rumah tempoh hari. Ok janji, pasni tak mau relax sangat lagi. Exam ni hanya sekali. Aku taknak repeat paper next sem. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.. Aku rase lappy pon salah satu punca aku malas. Ade lappy ni bagus, sebab aku simpan sume notes dalam lappy ni. Tapi bile da on lappy tipu gile lah taknak bukak facebook and macam-macam lagi. Waduh waduh. Gimana sih? *ayoyo.. geli aku ckp cmni* Hati aku tak tenang memikirkan bende-bende ni. Padahal aku sendiri tahu, bile aku banyak fikir pasal ni, aku dah buang masa. 



Lagi 2MINGGU weyh! Arghh~ Stress! hoho. Nak cover bab tu, bab ni. Coursework markah rendah. Quiz markah sikit. Test ade yg failed. Parah ni parah! 

Ok relax teha, relax.. 
First of all, siapkan segala mala tutorial yang bertangguh tu. And pahamkan.
Pastu, revise balek sume chapter. JANGAN BACA SAHAJA. Make sure amek notes yg penting.
Then, buat past year questions. Try tak tengok buku or notes. Uji OTAK dan AKAL yg ALLAH bagi tu ye syg.
Tgok skema jawapan, or jumpe lecturer. You still have time, dear.
Last but not least, mintak restu Umi Abah. Mintak mereka doakan kefahaman, keterangan hati, kemudahan menjawab soalan, dan ketenangan apabila kekabutan.*kau memang kabut kn teha? huhu~*

Don't ever give up! Belajar ikut style sendiri, jangan tengok orang lain nye care, nanti bertambah cuak. Kau dah pernah buat ni semua la teha. Jangan risau sangat, nanti ade bende yang akan terlepas pandang. Segalanya mesti diniatkan kerana ALLAH, sebab nanti ilmu tu akan terus melekat sampai akhir hayat. InsyaALLAH..


Good luck to all of people yang amek final, ade observe, kena buat RPH berbaki 4minggu ni, kena siapkan AR and blablabla. Find your strength within you, cause only you can see it clearly. YE, SAYA KUAT SEMANGAT! SAYA KUAT STUDY! 

Ya ALLAH, bantulah hambaMU.. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dalam mencari ilmu. Permudahkanlah perjalananku, berkatilah segala usahaku. Berikanlah aku keputusan peperiksaan yang aku harapkan. Sesungguhnya, hanya kepadaMu tempatku meminta pertolongan. Amin~

JANGAN SEKADAR TAWAKAL APABILA TIADA USAHA.

Wednesday, March 23, 2011

Merah~ Reddish

Hahaha.. Apasal entry kali ni bertajuk macam ni pon tak taw lah..

Kelegaan jelas terpancar lantaran usai menjawab test 2 biology malam tadi. Terus aku sambung tengok Yakitate. Ape tuh? Macam nama makanan je kan? Yakitate ni anime jepun. Best kot.. Cerita pasal sorang budak yang pandai dan terover terer buat roti.. Kalau berminat nak tengok, boleh amek kat aku.. Satu episod RM2. Kahkah~~ Malas nak mengulas cerita Yakitate ni sebab takde mood nak cerita pasal ni sekarang.

Sebab aku ada cerita yang lagi ber-mood untuk diulaskan.. :)

Sepatutnya lab bio arini diganti dengan kelas revision. Aku dengan penuh semangat waja bangun seawal 5 pagi untuk prepare diri untuk ke kelas. Malangnya, selepas aku sampai ke bangunan admin pada jam 8.15 pagi, Kak Fara hantar mesej, katanya.. "cluz rini batal" cet! Aku dah sampai kot~ =,='

Untuk mengcoverkan diri yang dah malu, aku pergi beli sarapan dulu sebelum jalan balik ke rumah. On the way nak ke rumah, semua orang yang kenal aku, tanya. "Kenapa balik? Orang lain sume gi kelas." Haha.. Aku hanya mampu senyum. Malas nak cakap pape..

Ini satu lagi yang boleh menaikkan ke-reddish-an dalam diri aku untuk harini.

Berbekalkan syiling RM2.50, aku turun ke bawah untuk meminta jasa baik encik washing machine untuk basuhkan baju-baju aku yang dah 2 minggu  dah beberapa hari dalam bakul. Satu-satu keping syiling aku masukkan. Akan tetapi, aku merasakan ketidak sedapan hati ketika itu. Sesudah memasukkan syiling, aku tekan button power. TAK ON MACHINE TU. Aku tekan lagi sekali, kali ini lama sedikit ditekannya. TAK ON LAGI. Sedih dan sebak mula beraja di hati. Aku bawak balik bakul ke rumah.

Even ade machine kat kolej aku ni, aku still basoh pakai tangan taw~ cet!

Sejam aku habiskan masa basuh baju. Huhu~ Perkara seperti ini membuatkan aku rasa cepat-cepat nak balik rumah.. Sepatutnya sejam tu aku dah peruntukkan untuk buat tutorial math yang agak sikit. Heh~ Tu lah tangguh kerja memang la kerja makin 'sikit'. Aku asyik terbayang RM2.50 yang aku kumpul. Boleh cover dinner aku malam ni. Beli burger sebijik cukuplah. Tapi nak buat camne kan? Dah tertulis pun akan jadik macam ni unutk aku harini. Redha sudah. =D

Oh ya. Good luck ok kt semua adik-adik junior SMSTJ yang amek result SPM harini. InsyaAllah, setiap yang berlaku ada hikmah. Hikmah nama adik dorm den. Good luck lah korang even tak rapat sangat time sekolah dulu.huhu~ Aku ingat lagi junior-junior, tapi sama ada diorang ingat aku ke tak tu belakang kira. Biarlah~ haha..

Nanti bila dah masuk IPT tu jangan lupa untuk berjuang macam time SPM. Serius! Study kat Matrikulasi, amek foundation, amek diploma and sebagainya tidak semudah yang disangka. Dah botak kusut kepala aku ni study. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Ecece~~

Cakap pasal perjuangan, aku berazam untuk tidak kuat tidur lagi. Nak kuat study. Hehe.. Final exam start 10 April ni. Paper HBU.. HBU tu ape? Kokurikulum la lebih kurang. Paper yang berat yang lain start 20 April and final exam aku abes 30 April. Chaiyok! Aku nak bagi something kat Umi Abah, family and kat Encik Pakwe dari exam ni.. ;)

Saturday, March 12, 2011

H.E.C.T.I.C

Sejak beberapa minggu lepas ke-busy-an telah melanda. Biasa lah tu busy dengan test, quiz, tutorial.. Adatlah kan.. Dalam pada itu, aku telah menemui sesuatu yang amat menyedarkan aku yang agak lena sebelum ni.

There's no shortcut to success. Semuanya kena ada effort. Aku tahu yang aku bukan jenis yang huhahuha.. SEBAB tu bukan aku. Bila aku jadik camtu, aku lalai nak study hard. Aku lupa niat aku datang sini. Alhamdulillah, aku dah kembali seperti Fatihah Ashikin semula. Terima kasih Ya Allah! Aku rindu best friends aku~~ Diorang paham aku, tak payah aku cakap pun boleh paham. Tu lah kawan kn? Tahu ape yang ada dalam hati kita..

Aku tahu orang kat sini ade yang tak bape nak puas hati bila aku dah jadik macam sekarang. Sebab aku memang macam ni pon.. Bukan sombong, tapi memang aku tak bole nak lepak sangat. So, sorry okeh. Lain orang, lain gaya. Ade yang nampak lepak je sepanjang masa, tapi time test quiz result gempak gila. *aku tak camtu kot* Sebab tu aku takut nak lepak-lepak lagi. Kalau nampak aku tak layan tu, maknanya aku sangat busy untuk buat perkara yang lagi penting.

Biarlah nak kata skema ke ape ke, lantaklah hai.. Aku da imun kot.. Yang penting aku tahu ape aku buat. Tak effect kat hidup korang pon kan kalau aku skema. Heh~

P/S: Sila dengar nasihat orang yang berpengalaman. Sebab bile kite tak dengar, then dah terjadik something baru terasa apa yang diperkatakan tu betol. Aku sayang orang yang berpengalaman.. <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...