Tuesday, November 29, 2011

Feast of Love I

assalamualaikum salam sejahtera.
emm, mood arini macam nak imbau2 kenangan.
err.. =.=''

ok nak baca sila teruskan. 
taknak bace boleh lah tekan button x.
no heart feelings ok.

kadang-kadang kita tak tahu bila masa tu akan tiba.
even pergi kedai beli maggi, pergi jemur kain kat depan rumah, PERGI HARI SUKAN SEKOLAH ADIK, dan banyak lagi tempat yang kita pergi, kita akan terserempak dengan someone.

ini kisah aku.
sekali lagi, nak baca sila teruskan.
taknak baca boleh tekan button x.
jangan nak bising-bising.

tarikh : kurang pasti. yang kompem awal tahun 2010. Hari Sukan sekolah sri kelana.
tempat : padang sekolah sri kelana.

oleh sebab sayangkan adik yg kecik sekali lebih, aku gagahkan jua diriku ini untuk pergi kesekolah dia untuk teman dia. walaupun sebenarnya malas gila. dari jauh aku ade nampak orang yang jaga acara padang macam students. tapi tak sure students dari mana. ah tak kesah lah. janji aku dapat makan eskem murah kat sekolah tu. syok makan dan makan dan makan lagi (sebab makanan untuk budak sekolah rendah kan murah gila) aku tergerak untuk tengok apa yang berlaku di khemah urusetia.

woohhh~ hensem gila mamat sorang ni. rambut pacak-pacak (sebenarnya yang lain pon hensem jugak, tapi yang ni hensem gila. haha). terus tak lekang mata aku tengok dia. tengok dia kat tengah padang. tepi padang. dalam padang. atas padang. hensem hensem hensem. obses sudah. tak jadik nak gi kantin beli makanan lagi. sanggup duduk kat tepi longkang berpanasan tengok dia. 

dia masuk lari. acara apa tah. yang penting berganti-gantilah. 100x4 kot. lari pon comel, hensem. tapi tapi tapi, dia injured lepas lari tu. cramped la kot. kesian. nak tolong, tapi tak kenal. takkan tibe-tibe aku nak gi kat dia kot. time tu aku terasa something. rasa nak terkencing? eh bukan.. rasa yang tak pernah aku rasa. tah, tak tahu nak explain.

aku stay lama gila kot. sampai acara hari tu habes. sampai mamat hensem tu naik bas tempat dia belajar untuk balek. sedih. nanti mesti tak dapat jumpe lagi. aku dah bajet dah, ni mesti cinta lokasi je. macam biasa. kalau nampak orang hensem time single ni. tapi dalam hati terdetik untuk berdoa, "kalau ada jodoh, semoga berjumpa lagi..............."

beberapa bulan.

akibat bosan duduk rumah lama-lama. aku selalu ikut Umi pergi kerja. kat tempat Umi kerja tu ade satu restoran. pakcik tu baik. dia offer aku kerja. haha. bukan aku yang carik. yelah, kedai tu tak ramai pekerja. alhamdulillah. dengan senang hati aku menerima tawaran kerja tu. 

time tu dah tak bape nak angau pasal mamat tu lagi. sebab dah lama kot benda tu berlaku. i'm sorry man.

kerja tu penat. maybe sebab selame ni cuti dok rumah je. tak produktif langsung perangai. not bad lah. kerja tu banyak ajar aku untuk berani dengan orang ramai. aku ni memang pemalu. time sekolah dulu, seboleh-boleh kalau ade presentation dapat jadik pemegang kertas tu pon da sangat malu. haha. pemalu gila.

first time mintak order memang gila menggeletar. orang dok kacau-kacau lagi lah naik geletar lutut. rupa-rupanya yang ramai-ramai datang makan tu students depan restaurant aku kerja tu. haisyh~ memang perangai students camtu. tak kesah pon. tak kemana pun gurauannya.

lamanya nak tunggu result SPM keluar. tapi tak terasa sangat sebab kerja. hari feveret aku time kerja adalah hari jumaat. kenapa? sebab malam sabtu tu dapat gaji. hehe. lagipun siang tu agak free ramai gi solat kan.. bagus orang seremban ni. time solat pergi solat. 

tiba-tiba.

seorang lelaki yang-macam-pernah-nampak masuk restaurant. Ya Allah.... mamat yang kat sekolah adik aku haritu. terus aku pergi kat dia amek order. haha. gila rajin. selalunya, ade orang datang aku malas nak amek order sebab tak suka kena kacau (yeekkkk bajet orang nak kacau je). sampai harini aku ingat lagi makanan ape yang dia makan. nasik putih dengan sambal ikan. air tea o ais. orang lainnye aku tak ingat. macam tak perlu diingat.

aku suka aku suka. tapi dia tak pandang. sedih. sudah berpunya agaknya. takpe lah. jangan sedih. tapi memang sedih.

lepas result spm keluar, alhamdulillah. result takde lah teruk sangat. ok kot. kalau nak study overseas boleh lepas ni (tapi tak dapat, orang straight A banyak sangat). aku rasa nak berhenti kerja sebab dah nak study kan. so, aku pun bagitahu lah pakcik tu yang aku nk berhenti. tapi pakcik tu minta aku extend lagi seminggu. so aku pon ikut jelah. extend pon extend lah, seminggu je pun.

satu malam.

mamat hensem tu datang lagi.


2 comments:

  1. cik makwe sila sambung secara pecut. eish geram betul rasa nak masuk minang hari ni je. eish.

    ReplyDelete
  2. sabarlah brader.. xsurprise la camni... xbek men rase2 ni.. ade pulak bab2 minang ni nk rase2.. cubit kang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...