Thursday, February 24, 2011

AKU VS KUPON

Oh kupon..
Kerana kau, ramai yang pijak kawan sebab nak penuhkan ruangan "lekat kupon disini".

Kerana kau, ramai terpesong niat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu (termasuk aku) kepada niat untuk mengumpul kau. Ilmu tak dapat, yang dapat hanya kau yang nan sekeping.

Kerana kau, ramai yang sanggup bangun seawal jam 6 pagi pada hari ahad beraerobik.


Kerana kau, aku tergelak sendirian melihat fenomena yang agak baru dan sedikit mengejutkan aku.

Kupon oh kupon..
Starting from now *ceh! speaking*, bukan kau yang menjaminkan segalanya. Bukan kau yang nak menjawabkan final aku bulan April ni.. BUKAN dan bukan kau KUPON. Bukan kau yang aku kejar. Kerana kau, aku tak dapat nak dengar, lihat dan selami ilmu yang nak disampaikan time ceramah. Kerana kau, masa rehat aku terganggu di pagi hari ahad yang sangat jarang dirasai. Kerana kau, aku terbuang masa yang telah dijadualkan untuk menelaah buku, menyiapkan assignment.. Aku benci kau! Ini fakta. Banyak lagi kerja aku boleh siap daripada terus menerus kejar kau.

P/S: Orang sekeliling mempengaruhi kita. Thanks housemates!

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Orang Moody?

Kenapa orang moody?
Sebab tension dengan kerja yang melambak-lambak. Ditambah due date nak submit secepat yang mungkin.

Kenapa orang moody?
Sebab dikelilingi orang yang syok sendiri. Bajet bagos sana, bajet bagos sini.

Kenapa orang moody?
Putus cinta. Cinta tak kesampaian. Cinta bertepuk sebelah tangan.

Kenapa orang moody?
Kena marah, tengking, orang cakap kat kau macam nak semua orang tawu ko salah.

Kenapa orang moody?
Sebab kena tunggu lama-lama macam tunggul. Penat. Bazir masa yang sangat tak boleh diulang.

Kenapa orang moody?
SEBAB KITA SEMUA TAK LAYAN ORANG LAIN MACAM MANA KITA NAK ORANG LAIN LAYAN KITA.

Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah.. *peace!*

Tuesday, February 8, 2011

Negative Comes First

Korang perasan tak, setiap kali korang diberi arahan untuk membuat sesuatu tiba-tiba apakah yang first korang fikirkan? Kebanyakan orang akan berfikiran negatif dulu sebelum mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut. Sebab tu aku tak percaya dengan quote "dont judge a book by its cover". Wayang je sume tu. Ramai je yang dah judge something tu dengan hanya tengok luaran.. Kali ni bukan nak cakap pasal buku apatah lagi cover dia..

Kita memang dah dibiasakan dengan berfikiran negatif. Aku pon camtu gak.. Tu tak best, ni tak boleh. Padahal belum cuba or buat lagi. Tapi memang aku tak tipu, pengaruh negatif memang sangat kuat kalau nak dibandingkan dengan pengaruh positif.. Tak percaya? Meh sini aku tunjuk.

2-1=1
2+(-1)=1

Andaikan korang number 2. 1 ialah perkara yang datang secara tiba-tiba dalam hidup korang. Tolak bermaksod korang menolak bulat-bulat perkara tersebut. Sign negatif bermaksod korang terima dengan rasa yang negatif. Korang nak tapi dalam fikiran dah siap-siap pikir yang negatif. So buat camne pon tetap akan dapat hasil yang sama dengan orang yang tolak bulat-bulat tu.

Berbeza dengan yang ni.


2+1=3
2-(-1)=3

Situasi pertama, korang terima perkara tersebut dan melakukan dengan rasa senang hati. Situasi kedua, korang tolak rasa negatif tu. Hasil dia sama. Nampak tak ape aku cakap ni?

Kalau dalam math, bile 2x-1 dan kita mengandaikan x ni ade 2 range interval. Yakni, dari -infinity ke 0, 0 ke +infinity. Cepat masokkan test value. 
Untuk yg pertama, andaikan x=-5. Masokkan nilai x dalam equation tadi. Jawapan akan dapat -9
Second, andaikan x=7 . Masokkan nilai. Jawapan dia akan dapat 13.

So aku nak tekankan kat sini, bile kite amek negatif, maka negatif lah. And vice versa. Even ramai yang dah tahu, tapi ramai yang tak bape nak prasan dalam hidup sehari-hari ni. *peringatan untuk sendiri jugak* Dan sesuatu yang negatif itu memang memberi impak yang besar kalau seseorang tu tak kuat sangat. Untuk yang kuat mentalnya, negative comes first. Fikir yang negatif dulu dan try lah fikir untuk atasi impak-impak yang kita bakal dapat. Sekian..

P/S : Banyak sangat kena buat tutorial math menyebabkan aku asyik ingat number-number even nak gi mandi.. Thanks math! 

Whoot~Whoot~

Semalam maka bermulalah secara rasmi latihan kawad kaki bagi Platun Kesatria cawangan Food Tech *ceh ayat* walaupun ramai (kot) yang tak turun, but still not bad la latihan. Dengan sedikit kebasahan ditambah lopak air kat basketball court kami berlatih dengan penuh bersemangat.. Come on bebeyh! Kalau tak menang, kite mesti johan bak kata Encik Jimi.. *apsal aku semangat sangat ni?* Tak sabar aku nak tunggu sabtu. Bukan tak sabar nak pertandingan, tapi lebih kepada tak sabar nak abes.. Segala kerja tak dapat nak buat sangat sebab balek da penat. Cepatla sikit habes..


P/S: Sila hentak kaki dengan penuh dan kaki diangkat 90degrees, jika tidak, dikhuatiri akan menghidap sejenis penyakit yang amat seksa. kahkah~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...