Thursday, September 27, 2012

Dora & Didi

Assalamualaikum and hi people!

tanpa aku sedar, tiba-tiba terasa kasih dan sayang terhadap dua makhluk yang comel ini. hehe. 16 ogos 2012 aku diperkenalkan dengan mereka. haha. ayat dah macam nak buat karangan sekolah. hihi.

sebelum aku dapat Dora dgn Didi ni, aku asyik google baca sebanyak info yang boleh untuk menjadi mummy diorang. yelah, nak galas responsible bukan senang. kena banyak buat research, kan nak bagi yang terbaik. ye tak?

well, semakin hari semakin rapat dengan diorang. mula-mula tu, macam nak give up pon ada. ye lah.. asyik kena cakar, gigit..

mula-mula ada Didi je. Didi ni betina, time ada dia sorang tu, macam kesian je sebab dia sekor-sekor. macam sedih la plak. lagipun, mengikut pembacaan aku, Guinea Pigs ni haiwan yang tak boleh hidup sorang-sorang. takut nanti dia cepat mati sebab depressed. tengok Didi ni sedih sorang-sorang, aku pergi la jugak carik kawan untuk dia.

Didi masa mula-mula jumpa. menyorok je. malu lagi time ni.

gi petshop kat tesco setia alam, nak amek yang betina jugak. sebab takut nanti ada kes terberanak. dah la tak reti sangat nak jaga lagi. masa tu lah terjumpa Dora. 

nampak tak mata Dora tu xboleh bukak. kesian kan?

Dora tu kan, masa amek dia macam ada sakit sikit. bukan sikit kot, banyak. mata dia xboleh bukak. melekat, macam ada gam yang lekat. kesian. aku tak berani nak letak pape. sebab before this, aku pernah ada kucing yang sakit macam tu, aku memandai letak minyak gamat. pendek umur kucing tu. sedih. so, taknak dah memandai, aku plan nak bawak Dora pergi vet je. 

alhamdulillah, aku bagi makan cukup vitamin, bagi air masak, mata Dora dah boleh bukak sikit-sikit. lega bak hang. comel. Didi tu mata besar, Dora mata sepet. 

Dora & Didi. My Love.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...