Tuesday, August 13, 2013

Change for good

Harini start kerja macam biasa.
Eh practical training lah..
It is 3rd day of promoted. Haha. Poyo
Since kitorang lagi beberapa bulan tinggal untuk langsungkan majlis, terdetik di hati untuk berubah.

Aku ngaku aku tak lari dari buat silap.
Kadang kadang main redah je salam salam dia.
Lintas jalan berpimpin.
Dedah aurat, sinsing lengan, tak pakai stokin depan dia.

Aku terfikir, kenapa tak buat macam mana mula mula kenal ye.
Sama sama jaga batas.
Then, the feeling of berdosa terfikir benda dari mula kenal masuk dalam kepala.
Allah..
I need to do something.
We need to change.

Kami nak menuju ke jalan Allah.
Maka, aku niat dalam hati nak tinggalkan semua yang buruk yang pernah aku buat.
Dah ada niat, aku kuatkan diri untuk memulakan.
Orang kata, perempuan punca bawa lelaki ke syurga dan neraka.
So i need to be strong.
Biasakan benda yang baik. Jangan salam salam lagi.

Tak salah nak berubah, kan?
Semoga Allah kuatkan hati kami untuk terus berjuang..
In sha Allah..

Monday, August 12, 2013

One Step Closer

11th august 2013
Late afternoon.

It is a hectic day. Totally hectic. Since yesterday it begins.
Siang ikan keli, udang, ayam. Kupas bawang,halia.
Hampir segalanya aku turun padang.
Pukul 3 dapat text, encik pakwe sudah sampai Meru.
Dekat sangat.
Dengan baju tak bertukar lagi. Muka tak berbedak.
Opah cakap,
"Tu la, hang pi buat semua sekali pasaipa. Ini hari hang, hang patut rest."
Dia punya nervous toksah cakap la. 2 malam tak lena tidur.
Bukan apa, duduk diam lagi nervous. Huhu
Siap tukar baju pakai tudung. Mak nina dengan opah panggil.
Mak nina mintak aku duduk depan sebab nanti senang nak sarung cincin.
Dalam hati, Allah je tahu.
Mata sempat tengok encik pakwe. Haha.
Tapi, semua muka ketat.
I am wondering, why?
Rupanya harga yang ditetapkan oleh abah, tak menepati citarasa.
Bukan aku dengan pakwe tak bincang.
Tapi, orang tua kan. Aku pun tak tahu apa yang beliau fikir.
Malam sebelum hari kejadian, aku dah pujuk abah.
Aku tak mahu susahkan siapa siapa. Terutama yang akan mengeluarkan duit.
Islam itukan mudah. Tak perlu buat besar besar kalau tak mampu.
Tapi bagi abah, tak mampu kenapa nak datang meminang.
Sedih. Ada lelaki yang sanggup ambil alih tanggungjawab tapi disusahkan.
It is sad kan?
Setelah dirunding, harga sekian sekian dah disetujui walaupun sebenarnya tak berapa nak setuju.
Mak encik pakwe pun menyarungkan cincin di jari manis kanan.
Terharu. Tertitis juga dibuatnya.
I feel like Mak encik pakwe trusted me to be with her son.
Anak mak taw encik pakwe ni. Hihi. Just kidding
Pihak lelaki bagi hadiah, kek dengan biskut raya.
Kek sedap, sebab coklat dengan sikit kopi.
Semua usik2 sweet bila kata he knows me well.
I am a coffee lover kan. Hihi
Makan makan makan.
Amek gambar sikit.
Pihak lelaki pun balik.
Kemas kemas kemas.
Semua orang balik.
Eventhough on that day, macam macam jadi.
Alhamdulillah everything is almost smooth.
I am not gonna explain and talk more bout that.
Ada hikmah Allah disebalik tu semua.

Now, encik pakwe dah naik pangkat.
Sudah jadi encik tunang ye everyone.

Thank you for those who comes to the majlis kecil kecilan.
Especially to my opah, uncles,aunts and sepupu sepapats. Jauh datang taw.
A million of thanks to family of encik tunang yang datang dari JB, bangi and meru.

Semoga pertunangan ini kekal ke pernikahan, dan bawa ke syurga. Amin..

P/s: orang kata cincin tunang jangan tanggal at least a week. Katanya mintak mintak kekal. Katanya lah. Tapi aku buat jugak. At the same time, berdoa dengan Allah semoga inilah jodohku.. amin. In sha Allah..



Friday, August 2, 2013

First for this year. huh?!

Apa nak kata lagi. Masa tak berapa nak ada sebab i'm too busy for this semester. Practical training bebeyh!

So much fun and ok lah. Not so bad. I am still alive till today. So it is ok lah kot..

Malas lah pulak dah datang.

Got to go, till we meet again. Soooooooonnnnnnn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...