Saturday, November 27, 2010

Nak Tulis Apa Nih?

Alhamdulillah.. Lenses baru dah dibeli. Kat kedai biasa yang RM20 boleh dapat untuk stok sebulan, sudah habis. Perkara itu telah membuatkan aku down~ Sudahnya pergi kat kedai yang satu-satunya kedai cermin mata kat Bandar Puncak Alam ni. Mahal~ RM25 sekotak untuk sebulan. Kalau siap solution takpe, ni tak. Tak pasal kena pergi 7eleven beli solution in case la solution yang ada sebelum ni akan habis.

Siang tadi kerja berjalan seperti biasa. Cumanya, kurang bosan sebab partner aku yang cantik dah habis cuti. Harini dia masuk keje balek. Disebabkan apa tah, aku tidak dapat keluar break untuk harini. Sama ada bos lupa ataupun buat-buat lupa. Aku pon tak pasti. Biarlah. Tak lama lepas tu dia keluar, aku beli maggi cup tomyam kat kedai runcit ala-ala pasar kat sebelah. Masyuk~ heaven gila aku dengan akak tu. Time hujan makan maggi. Senyap kedai buat seketika. Kahkah~ Sharp je time pas makan, bos dah balek dari keluar tah kemana. Woh! Sudah hensem apek ni. Rambut da macam budak-budak korea yang ramai dok tergila-gila sekarang ni. Dating dengan wife dia kot malam ni.

Tengah dok baca buku menghilangkan bosan akibat akak tadi keluar rehat sejam, aku ternampak seorang lelaki yang sangat hensem dekat luar. Yeyeah!! Itu ABAH aku. Menghantar makanan berupa sebijik burger untuk aku. Terima kasih ABAH. Memang along tengah lapar sikit. Kalau time hujan plus dok dalam air cond yang macam nak bekukan darah aku, perut memang cepat meminta makanan. Aku sayang perut aku, kesian dia meminta-minta. Aku pon bagi lah dia makan. Kahkah~

ye. untuk along je.


Oh ya, buku yang aku baca ni dah sampai part last. Terkedu aku baca "Jangan Bekerja Untuk Wang-Bekerja Untuk Belajar" Oke. Aku memang tak kisah pasal gaji. Asalkan aku dapat belajar selok belok business ni, macam mana nak berdepan dengan orang, apa bende yang orang ramai carik dan sebagainya. I'm a good observer. Ceh~

Thursday, November 25, 2010

Sudah Sampai Serukah? Kahkahkah~

Fuhfuh~ Banyak eh habuk kat blog nih.. Lama kot tak update. Huhu~ Ke-busy-an melanda aku tak boleh nak buat ape.
Baca entry kali ni berlatar belakangkan lagu I Wanna - The All American Rejects. (Aku pon tak tahu kenapa. =,=' )

Tengah jalan-jalan kat facebook tadi, aku terjumpa video yang super cute. Oh aku sangat jeles. Tak tipu, tak bohong! Hoho~ Video itu telah membuatkan aku berangan sebentar. Oke, itu tipu. Bukan sebentar. Lama la jugak. Haha~ Serious, cute. Untuk tidak membuang masa dan membuang tenaga aku menaip, aku telah meng-embed video tersebut. Kot rase belum sampai seru, takyah la tengok. Nanti nyesal. Kahkahkah~



Two Door Cinema Club - Eat That Up, It's Good For You from Kevin Lin on Vimeo.


P/S : Sila abaikan part gaduh-gaduh dan ending dia. Yang tu tak comel. Taknak taknak~ haha..
        Interior design rumah ni lawa kan? Tolong doakan aku murah rezeki sampai boleh ada rumah yang macam ni..InsyaAllah.Amiin.. :)

Tuesday, November 16, 2010

Got Your Back



You know how much i love you, how much i care about you. I'm ready to face everything with you, by your side. You can always count on me. BE STRONG MY MAN! You are stronger more than you know, cause i can see it. Don't worry my dear, everything happens for a reason. I will not stop praying that all the best things will happen in your life. This i promise you.

P/S : Dear readers, got her/him back whenever her/him need us.
  

Friday, November 12, 2010

No Title

Entry kali ni maybe akan menunjukkan sedikit ke-emo-an aku. So suka hati lah kalau nak teruskan membaca or just baca tajuk pon dah cukup. Aku tak kesah. Semua orang ada hak. Oke fine. Fine. Aku sudah emo.

Sepanjang aku hidup selama 18 tahun ni, aku rase pengalaman aku lagi cetek dari korang. Yelah, still blom keluar tengok dunia sebenar. Oh yeke? Aku ni dok dalam dunia plastik ke ape? Selama ni tak benar ke dunia yang aku duduk ni.. Cool weyh cool~

Aku teringat time aku sekolah. Time kat STJ dulu, aku memang ramai kawan. Yang rapat dengan aku pon ramai. bagi aku tak salah nak rapat dengan budak laki ni as long as aku ngan dyorang tau jage batas. Alhamdulillah. Sampai harini aku kawan dengan dyorang, blom terjadi scene tepuk-tepuk tampar lagi lah dengan dyorang. Even one of them,  si Mat Top sangat gile. Bukan gile ape, gile dengan cara dia sendiri.

Cerita pasal kegilaan ni, aku pernah menghadapi konflik dalam diri yang sangat serius satu ketika dahulu. Punya lah gila si mattop ni, dye punya nak dengar aku cerita masalah aku, dye sanggup tinggalkan homework yang sangat berlambak malam tu. Oh ya. Time tu prep malam. Kitorang gi ronda-ronda satu sekolah sambil aku bercerita. Aku tak nak rapat sangat dengan si mattop ni sebab aku takot nanti ade orang mara, jeles. Tak kesah la sape-sape pon. Kita tak tawu kan, ape dalam hati orang?

Flashback lagi ke belakang~
Kisah ni berlaku masa aku form4. Aku terpilih ke satu camping ni dengan 3 orang budak lagi. 2 laki, 2 pompuan. Jaoh weyh nak ke sekolah yang kitorang nak camping tu. Kuala Pilah ke Sabak Bernam. Terbenam punggung aku dalam bas woh. haha~ Punyalah lama dok dalam bas. Bas tu ade brenti makan jap kat r&r Dengkil. Kat sini aku tak lapar. Tapi member aku ni yang sangat caring (kalau aku tak cukop kuat time tu, agaknye aku dah jatuh hati kat dye da), tolong belikan aku makanan. Nak tak nak, makan la jugak. Nak jaga hati kawan la katakan.. Dalam bas tu ade lagi budak sekolah lain. Semua SBP dalam negeri sembilan naik bas tu. Member aku ni dok belakang aku. Lantak la hai, aku nak tido, aku tido je. Takde nak kon-kon de.. Bila lama dalam bas mestilah sejuk an? Aku di-offer sweater. Caringnye. Oke, pompuan sangat cair dengan laki caring. SILA JANGAN CARING SEBARANGAN YE LELAKI. Dalam hati aku time tu 'jangan wey jangan. kawan sendiri tu'. Lagi satu, aku taknak pakai sweater member aku tu sebab aku takut bakal suami aku pon pernah buat bende sama kat kawan pompuan dye. Oke, kat situ dah ada unsur ketidak-special-an lagi. Aku sangat menjaga kot. Sebab kalau aku jaga, insyaAllah, my future husband pon jenis yang menjaga.

Aku nak cakap ni je. Masa lampau kita sedikit sebanyak menggambarkan masa depan kita.

Aku ngaku, aku tak suke orang mulut manis-manis ni. Sebab kalau dye pernah cakap kat aku ayat-ayat manis dye tu, OF COURSE lah dye dah pernah cakap kat orang lain. Ramai kot member lelaki aku pernah cerita kat aku. Yang jenis cinta lokasi pon ade. Orang sekarang ni macam-macam. Da tak boleh nak salahkan mane-mane kaum. Lelaki ke perempuan, semua sama. Kalau dah macam tu perangai, macam tu jugak. Aku pon takde la baik sangat. Tapi aku maybe boleh fikir lagi, ape patut aku buat, ape yang tak patut. InsyaAllah. YA ALLAH, teruslah bimbing hati aku.. =')

Ade jugak budak-budak ni bagitawu aku, cerita-cerita.. Dyorang rasa sunyi bile takde kawan yang special. Ohho~ Aku tak berani sangat nak bagi nasihat. Sebab aku sendiri tak pasti kisah aku. Semua tu kan ketentuan Allah. Aku hanya boleh merancang. Kalau bernasib baik, korang dapat la yang baik. Risiko tu semua kita yang kena tanggung sendiri. Bersederhana yang penting. Cakap memang lah senang. Tapi nak buat tu, antara aku dengan Allah je tawu betapa susahnye.

Bila sayang sangat, boleh jadik orang tu akan jadik yang paling kita benci.
Bila benci sangat, boleh jadik orang tu akan jadik yang paling kita sayang.
Bila percaya sangat, boleh jadik sangat kecewa bila dapat tahu sesuatu yang kita taknak dengar dan lihat.
Bila tak percaya langsung, boleh jadik orang tu yang paling ikhlas dekat kita.

Susah senang sesuatu perkara hanya kita yang rasa. Kalau dicerita sekalipun, pengalaman masing-masing berbeza. Life is all about gambling. Korang terpaksa mempertaruhkan hati dan perasaan. Bukan bende kecik tu. Banyak bende kena berkorban. Aku mungkin masih muda. Tapi aku rasa, aku observe bende ni dah lama. Kat sekolah takde diajar secara langsung. Tapi mana lagi nak kutip? Kematangan bukan pada angka umur.

Aku rasa aku dah banyak kecikkan hati orang sampai harini. Sorry lah. Kalau aku rasa ada yang tak kena, aku dah malas nak teruskan. If korang cakap korang kenal aku, mestilah perasan aku still berminat or not. Jangan tanya aku soalan yang mengantoikan diri korang yang korang still tak kenal aku. Buat aku berangin je. Aku dengar kata hati aku taw.

Kalau sekali saya cakap AWAK yang special, trust me! Saya TAKKAN menyamakan taraf  awak dengan sapa-sapa. Dekat mana-mana pon saya akan adakan tempat yang lain untuk awak. Ye. Awak sorang je bole ade tempat tu. Orang lain takkan saya samakan dengan awak. Sebab untuk apa saya carik yang lain sekiranya awak yang special. Saya nak awak pon buat yang sama. Mungkin saya tidak pernah menyatakannya secara langsung, tapi sila lah alert oke. Kalau berkawan dengan orang lain tu, ingat-ingatlah sikit. Jangan ingat saya tak boleh buat bende yang sama. Nanti janganlah marah ye kalau dah terkena. Sebab kita takkan tahu ape perasaan orang tu, kalau kita sendiri tak rasa. Saya nak bagi awak rasa apa yang saya rasa. Oke, fair and square. Ah sudahlah. Ni cakap-cakap orang belum keluar ke dunia sebenar. Sila abaikan~

Kalau cakap banyak kali, bagi hint beribu kali, but still tak paham, buat penat orang lain je. Sebab tu lah aku cakap kat kawan-kawan aku ni. Semua bende ni ada pros and cons. Kalau agak-agak tak sedia, janganlah berani sangat nak melibatkan diri. Nanti akan melukakan hati orang lain. Tapi aku bukan tak bagi terus, apa salahnye kalau nak belajar. Jangan dipermainkan sudah..

What goes around, comes around. Aku percaya, kalau aku menjaga diri aku dengan baik, orang tu pon mesti jaga diri dye baik-baik. Mungkin aku punya sejarah kelabu asap yang masih menerawang dalam kisah aku, tapi aku cuba untuk perbaiki semua kesilapan tersebut. Ehm, mungkin si dia juga mempunyai sejarah kelabu asap yang sedikit sama tetapi berbeza dengan aku. Tak kisah lah, asalkan dia juga belajar untuk tidak mengulanginya.

Wednesday, November 10, 2010

Hand Brake

Watak-watak : Sya, Cikgu Jaya, Cikgu Miswan (semua watak adalah rekaan semata-mata).
Latar Tempat : Salah sebuah Pusat Memandu di Selangor.
Waktu : Kira-kira jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Sya meneruskan latihan mendaki dan munurun bukit, parking dan tiga penjuru seperti biasa. Dengan sedikit rasa gemuruh kerana sudah agak lama tidak memegang stereng. Namun, dia mempunyai semangat pada hari ini lebih daripada hari-hari sebelum ini. Mengapa? Dia sendiri tidak pasti. Round pertama, Ok. Round kedua juga ok. Round ketiga apabila Cikgu Jaya mengalihkan pandangannya dari Sya kerana pada pendapatnya Sya semakin mahir, ketika inilah peristiwa tersebut berlaku.

Ketika di bukit, Sya tiada masalah. Tiba part parking...

Dia memilih kotak 6. Masuk gear reverse, kereta mula bergerak sehingga Sya nampak tiang pertama hadapan melalui cermin tiga segi. Pusing stereng ke kiri habis, kereta bergerak sehingga dia nampak 4 tiang pertama belakang melalui side mirror kanan. Stereng dipusing ke kanan 2 kali. Kereta bergerak sehingga tayar kanan belakang mencecah line putih. Sya memusingkan lagi stereng ke kanan, kali ini sehingga habis. Kereta bergerak sehingga tayar kanan depan mencecah line. Stereng dipusing ke kiri sampai habis dan gear 1 digunakan untuk gerakkan kereta agar dapat lurus di dalam kotak. HAND BRAKE diangkat, gear di-free-kan. Lalu, tangan diangkat menandakan Sya sudah masuk ke dalam kotak dengan jayanya.

Tanpa berlengah, Sya memasukkan gear reverse dan kereta hampir sedia untuk keluar dari kotak parking. Masuk gear 1, kereta tidak mahu bergerak.
"Eh. Eh. Da kenapa ni? Ala, kete ni jangan la merajuk.." kata Sya.
Berkali-kali dicuba, masih tidak berjaya. Malah ketika klac diangkat, kereta mati. Gabra sudah. Berpeluh-peluh apatah lagi. Nasib baik ada cikgu memandu sekolah lain dekat belakang. Dengan berbekalkan muka yang agak tebal, Sya memanggil cikgu tadi untuk meminta bantuan. Muka cikgu tu sangat bengis. Tak tipu woh~

"Cikgu, kenapa kereta ni tak nak gerak cikgu? Saya lepas klac dia mati." Sya memang dah kabut. Kalut.
"Dia mati ye, awak punye HAND BRAKE dah turun?" kata Cikgu Miswan.
"Allahuakbar! Saya lupa cikgu. Patutlah~ Terima kasih ye cikgu.." senyum Sya dengan muka malu.
"Sama-sama." jawab Cikgu Miswan sambil ketawa.


_________________________________________

Malu weyh kalau aku jadik si Sya ni. haha~ Rilek la an. Belajar, mesti la ada yang salah. Kalau tak, bukan belajar namanya.. Asyik betul je, tak adventure pulak. Ye tak? Oh ya! Sya ni memang kabut. Baru kena gertak, dah kecut. haha~ Good Luck la Sya. Aku dengar-dengar, Sya ni test JPJ kereta Jumaat ni. All the best lah ye.. Nanti kalau dah ade lesen, jangan lupa HAND BRAKE. Hahahaha~

Monday, November 8, 2010

The Dreams - PART 1

Sejak dulu lagi aku ada impian. Oh well, impian tu kena ada untuk memastikan aku terus bersemangat. Contoh, seorang ayah impikan memberi kehidupan yang selesa untuk anaknya, so sure la ayah tu akan kerja lebih kuat untuk memastikan dapat capai impian dia. Get it?

Impian aku, banyakkkk.. Haha~ Antaranya memiliki sebuah rumah sebelum berumur 30 tahun. Rumah ni aset. Aku tak sampai hati nak bawak bakal anak-anak aku berpindah randah dari rumah sewa ni ke rumah sewa tu. Kalau still duduk berdua je nak pindah-pindah takde hal la sangat kan. Oke sebelom lagi merapu cerita bab yang best ni baek aku straight to the point pasal impian aku yang nak diceritakan kt entry kali ni. Haha~

Dalam sebuah rumah, aku lebih mementingkan bilik tidur daripada ruang-ruang yang lain. Yang lain pun penting jugak. Tapi bilik tidur paling penting. Oke, let's fikir jauh-jauh sikit.
WARNING : Sikit je, jangan lebih-lebih. Kehkeh~

Kalau ruang tamu dah jadik ruang untuk tetamu, dapur untuk memasak dan tandas serta bilik mandi untuk ruang bersihkan diri yang sangat sure la orang lain pon share dengan kita, mana lah ruang untuk diri kita sendiri kalau bukan bilik tidur. Sangat personal bilik tidur ni. Ia menggambarkan personaliti. Orang-orang tua pon ada cakap kan, kalau nak tengok anak dara tu camne, tengok bilik tidur dia. Bilik aku? InsyaAllah belom kena langgar todak lagi. Kahkah~
Meh ikot aku layan mimpi aku jap.. :D

Aku da besar, so takyah la nak letak besi penghadang kat tepi katil ni..
Ni aku nak letak dekat kaki katil. 

Gobok kecik letak tepi katil tu. Kena letak kiri kanan so nanti tak gaduh sebabkn gobok.
Benda alah ni nak letak kat kepala katil. So nampak cam tu department katil. Paham x ayat aku ni?
Ni kaler favret aku oke. Merah means BERANI. yeah~
Tapi kalau sekali sekala nak tukar cadar kaler ni ape salanye. hehe~

Ni wardrobe yang berjaya menarik hati aku. Macam mistery. 1 tak cukup. Nanti baju aku banyak kot.
Mirror mirror on the wall. Satu sudah. Aku takut kalau dalam bilik ada cermin. hoho~
Akan ada satu sudut untuk aku letak divider ni. Bole main nyorok2 kat sini. Ye tak?

Meja untuk aku prepare nak keluar. No need yang banyak laci sbb nnt xtaw nk isi ape.
Comel je kan? Cermin ni letak atas meja tadi.
So nilah bilik aku. My Room, My Way. Ahhah~ Sapa kata aku tak boleh jadik cam Eric Leong? Cumanya aku tak feymes je lagi. Hoho. InsyaAllah, semua ni tak mustahil berlaku. Aku hanya merancang, tapi yang menentukan jadik ke tak bergantung kepada usaha aku untuk mendapatkan modal bagi membolehkan aku dapat semua ni dan yang penting keizinan ALLAH. Kalau DIA tak izin, tinggal mimpi je lah semua ni. Kalau DIA izin, aku diulit mimpi lah dalam bilik mimpi aku ni.. Hehe~

P/S : I'm taking my dreams seriously.
        Kalau korang minat jugak deco-deco ni, visit lah http://www.ikea.com.my/bedroom and korang boleh la create bilik korang. Best-best. Nanti boleh jadik makin kreatif.




Saturday, November 6, 2010

Kesukaanku. Kesukaanmu?

Hai. Hai. Hai. Da bape hari tak update niyh. Haha~ Entry kali ni nak cerita pasal kesukaanku. Adakah ia juga kesukaanmu? Layan je la weyh.. :D
Ohhoi~
Kenal mereka?

Aku rase aku da lame start minat diorang. Mula-mula aku tak kenal langsung band ni. Sebab dengar lagu-lagu je. Dekat radio lah an, dulu duduk hostel mana nak dapat selalu tengok tv. Majalah hiburan malas nak beli. Haha. Ada unsur poyo disitu~ Muzik diorang cam best la. Bole la dilayan. Pas SPM aku pon search la video diorang kat Youtube. Then, aku rase cam smart la jugak.

Title : From Yesterday

Yang atas ni first video aku tengok. Tak berapa nak menarik minat aku la. Tapi lagu aku layan je la.

Sekarang ni vokalis diorang da tukar imej. Woh! Gile style. Aku suka, aku suka. Haha~ Aku tak amek port sangat nama-nama diorang ni. Jared Leto sahaja yang aku kenal. Yes! Jared. Vokalis tu.. hahaha~
Yang nih muka lama~
Sila. Sila Lihat.
Lagi.
Ops! Terlebih sudah.
Hm. Sekian sahajalah aku punye opinion mengenai band ni. Oh ya~ Jared ni da ade girlfriend pon. Oh, I don't mind Jared. I have mine too. kehkeh~ Dan Jared ni da sebaya parents aku dah. 40 umur dye ni. Kot~ Kalau nak tahu sahih ke tak, sila google. Den malas da. haha~ Sebelom aku tutup entry kali ni, aku bagi korang dengar lagu baru diorang (baru ke? bole la). So, sit back, enjoy and relax. Kalau korang pon dah berminat dengan band ni, meh kita share-share story meh. haha~

Title : Closer To The Edge

Oh ye. Nama band ni 30 Seconds To Mars. Sebok nak cerita-cerita pasal vokalis, lupa nak bagitahu nama band. haha~

Monday, November 1, 2010

Aku Sepasang Cermin Mata

Aku sudah lupa aku dibuat di kilang mana. Yang pasti, tiba-tiba aku sudah berada di sebuah kedai cermin mata di Seremban. Badanku berwarna coklat. Cerminku berbentuk petak dan bulat sedikit di bucunya. Pada frameku tertera gambar seorang lelaki menaiki kuda sedang memegang stick macam nak pukul bola.

Pada suatu hari, datang seorang perempuan untuk membeli cermin mata. Beliau langsung tidak memandangku. Tetapi memandang casingku yang berwarna maroon dan sedikit warna putih. Ya! Perempuan itu telah jatuh hati kepada casingku. Lantas, beliau bersuara.
"Cermin mata yang mana saya beli boleh dapat casing ni?"
Seakan satu kepelikan apabila ada orang seperti itu. kahkahkah~ Aku dibariskan bersama rakan-rakanku yang sekiranya perempuan tadi beli akan mendapat casing idamannya. Setelah beliau mencuba rakan-rakanku dan hampir putus asa kerana tiada yang dirasakan serasi aku telah men-shining-kan diri aku agar beliau nampak aku. Syukur. Beliau walaupun rabun tapi masih boleh nampak kewujudan aku.

Beliau mencuba aku beberapa kali dan melihat cermin sambil pose sana pose sini (ok itu tipu!). Beliau merasakan ada keserasian antara kami. Selepas membayar wang deposit, beliau meninggalkan aku seketika di kedai untuk digodek oleh tuan punya kedai bagi memasukkan cermin yang telah diukur mengikut tahap kerabunan beliau. Aku berasa sangat gembira kerana aku sudah tidak perlu untuk menunggu lagi. Sungguh! Penantian satu penyiksaan..

Sejam selepas digodek-godek, aku dibawa oleh tuan aku keluar dari kedai. Khidmat pertamaku kepada beliau ialah menonton wayang. Kasihan beliau. Tengok wayang sorang-sorang. haha~

Tuan aku sungguh cermat orangnya. Chewah~ Sungguhpun sudah setahun lebih menggunakan aku, cerminku masih tiada kesan calar. Sehinggalah pada suatu ketika, beliau mengunjungi kedai cermin mata untuk menempah sepasang kanta sentuh. Aku merasakan yang beliau sudah tidak memerlukan khidmatku lagi. Kecik hatiku~ Memang benar cerita yang aku dengar sebelum ini. Beliau memang cepat suka bertukar sesuatu barang. Ada juga cerita sampai kepadaku, pernah sewaktu beliau sudah jemu dengan cermin mata lama, beliau telah TERPATAHKAN cermin mata tersebut. Buruk sungguh perangai~ huhu..

Tetapi berita gembira buatku. Tuanku tidak lama pun memakai kanta sentuh tersebut. Sebulan je. Beliau mahu melihat sejauh mana ke-power-an kanta sentuh berbanding carmin mata. Memang, aku jauh lebih power.. Terima kasih tuan kerana cepat tersedar. Beliau terus menggunakan aku sehinggalah..

Tanggal 31 Oktober 2010-
Telah banyak kenangan manis dan pahit tuan aku kongsikan bersamaku. Walaupun beliau tidak sedar, tetapi aku sentiasa bersamanya. Aku telah melihat banyak ciptaan Yang Maha Esa bersama beliau. Beliau memandang orang yang beliau sayang juga melalui aku. EYES DON'T LIE. Aku tahu siapa setiap daripada mereka. Dalam perjalanan pulang bersama Encik Pakwe dari urusan yang sangat penting, mereka berhenti untuk solat seketika di salah sebuah R&R. Disebabkan tuan aku yang terlupa akan aku seketika, aku telah berada di satu tempat yang tidakku ketahui sehingga kini. Khidmatku terputus sehingga ketika itu. Kini aku sudah tidak lagi dapat bersama beliau. Aku tahu, beliau risau akan keadaanku. Beliau bersungguh-sungguh mencari aku. Tetapi jodoh tidak menyebelahi kami. Sampai disitu sahaja telah ditetapkan. Aku berasa sungguh sedih. Beliau pun begitu juga. huwaaa~~ :'(

Casing yang keseorangan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...