Tuesday, November 29, 2011

Feast of Love I

assalamualaikum salam sejahtera.
emm, mood arini macam nak imbau2 kenangan.
err.. =.=''

ok nak baca sila teruskan. 
taknak bace boleh lah tekan button x.
no heart feelings ok.

kadang-kadang kita tak tahu bila masa tu akan tiba.
even pergi kedai beli maggi, pergi jemur kain kat depan rumah, PERGI HARI SUKAN SEKOLAH ADIK, dan banyak lagi tempat yang kita pergi, kita akan terserempak dengan someone.

ini kisah aku.
sekali lagi, nak baca sila teruskan.
taknak baca boleh tekan button x.
jangan nak bising-bising.

tarikh : kurang pasti. yang kompem awal tahun 2010. Hari Sukan sekolah sri kelana.
tempat : padang sekolah sri kelana.

oleh sebab sayangkan adik yg kecik sekali lebih, aku gagahkan jua diriku ini untuk pergi kesekolah dia untuk teman dia. walaupun sebenarnya malas gila. dari jauh aku ade nampak orang yang jaga acara padang macam students. tapi tak sure students dari mana. ah tak kesah lah. janji aku dapat makan eskem murah kat sekolah tu. syok makan dan makan dan makan lagi (sebab makanan untuk budak sekolah rendah kan murah gila) aku tergerak untuk tengok apa yang berlaku di khemah urusetia.

woohhh~ hensem gila mamat sorang ni. rambut pacak-pacak (sebenarnya yang lain pon hensem jugak, tapi yang ni hensem gila. haha). terus tak lekang mata aku tengok dia. tengok dia kat tengah padang. tepi padang. dalam padang. atas padang. hensem hensem hensem. obses sudah. tak jadik nak gi kantin beli makanan lagi. sanggup duduk kat tepi longkang berpanasan tengok dia. 

dia masuk lari. acara apa tah. yang penting berganti-gantilah. 100x4 kot. lari pon comel, hensem. tapi tapi tapi, dia injured lepas lari tu. cramped la kot. kesian. nak tolong, tapi tak kenal. takkan tibe-tibe aku nak gi kat dia kot. time tu aku terasa something. rasa nak terkencing? eh bukan.. rasa yang tak pernah aku rasa. tah, tak tahu nak explain.

aku stay lama gila kot. sampai acara hari tu habes. sampai mamat hensem tu naik bas tempat dia belajar untuk balek. sedih. nanti mesti tak dapat jumpe lagi. aku dah bajet dah, ni mesti cinta lokasi je. macam biasa. kalau nampak orang hensem time single ni. tapi dalam hati terdetik untuk berdoa, "kalau ada jodoh, semoga berjumpa lagi..............."

beberapa bulan.

akibat bosan duduk rumah lama-lama. aku selalu ikut Umi pergi kerja. kat tempat Umi kerja tu ade satu restoran. pakcik tu baik. dia offer aku kerja. haha. bukan aku yang carik. yelah, kedai tu tak ramai pekerja. alhamdulillah. dengan senang hati aku menerima tawaran kerja tu. 

time tu dah tak bape nak angau pasal mamat tu lagi. sebab dah lama kot benda tu berlaku. i'm sorry man.

kerja tu penat. maybe sebab selame ni cuti dok rumah je. tak produktif langsung perangai. not bad lah. kerja tu banyak ajar aku untuk berani dengan orang ramai. aku ni memang pemalu. time sekolah dulu, seboleh-boleh kalau ade presentation dapat jadik pemegang kertas tu pon da sangat malu. haha. pemalu gila.

first time mintak order memang gila menggeletar. orang dok kacau-kacau lagi lah naik geletar lutut. rupa-rupanya yang ramai-ramai datang makan tu students depan restaurant aku kerja tu. haisyh~ memang perangai students camtu. tak kesah pon. tak kemana pun gurauannya.

lamanya nak tunggu result SPM keluar. tapi tak terasa sangat sebab kerja. hari feveret aku time kerja adalah hari jumaat. kenapa? sebab malam sabtu tu dapat gaji. hehe. lagipun siang tu agak free ramai gi solat kan.. bagus orang seremban ni. time solat pergi solat. 

tiba-tiba.

seorang lelaki yang-macam-pernah-nampak masuk restaurant. Ya Allah.... mamat yang kat sekolah adik aku haritu. terus aku pergi kat dia amek order. haha. gila rajin. selalunya, ade orang datang aku malas nak amek order sebab tak suka kena kacau (yeekkkk bajet orang nak kacau je). sampai harini aku ingat lagi makanan ape yang dia makan. nasik putih dengan sambal ikan. air tea o ais. orang lainnye aku tak ingat. macam tak perlu diingat.

aku suka aku suka. tapi dia tak pandang. sedih. sudah berpunya agaknya. takpe lah. jangan sedih. tapi memang sedih.

lepas result spm keluar, alhamdulillah. result takde lah teruk sangat. ok kot. kalau nak study overseas boleh lepas ni (tapi tak dapat, orang straight A banyak sangat). aku rasa nak berhenti kerja sebab dah nak study kan. so, aku pun bagitahu lah pakcik tu yang aku nk berhenti. tapi pakcik tu minta aku extend lagi seminggu. so aku pon ikut jelah. extend pon extend lah, seminggu je pun.

satu malam.

mamat hensem tu datang lagi.


Hold On For Some Years,Baby.



aku punya impian. nak belajar course Food Technology sampai PhD. dan kalau boleh, secepat yang boleh. tapi, dalam keadaan yang diluar kawalan dan dugaan aku, aku terpaksa hold on kan dulu. aku dah bagitahu Umi aku pasal aku tak nak apply fast track. aku nak kerja lepas habis diploma. tolong mana yang patut, bagi adik-adik aku boleh sambung belajar jugak.

lebih kurang macam ni lah perbualan aku dengan Umi aku.

aku: Umi, along rasa along tak jadik la buat fast track. nak habiskan diploma. pastu nak kerja.
Umi: habis tu, bila nak sambung belajar balik?
aku: nanti pun boleh. sekarang ni nak belajar part time pun boleh. dah kerja boleh kumpul duit buat belajar. lagipun nak tolong budak-budak ni.
Umi: nanti dia dah tua takpe ke?
aku: takpe. along belajar je nanti..

serius. aku terasa sedih kot bila kena buat keputusan ni. bukan senang nak buat decision yang macam ni taw. tapi nak buat macam mana. Umi and adik-adik aku ada aku je tempat nak bergantung. aku tahu, aku kena kuat sebab diorang tengok aku ni macam tough je. padahal, Allah je yang tahu. 

P/S: demam tak elok-elok lagi ni. huhu. sabo je lah. kawan-kawan cakap badan dah susut, macam jaga dua orang anak.. huhu~ diorang ni tak habes-habes menyakat nak jumpa bakal anak buah. :)

Friday, November 25, 2011

Mixed Feeling

Harini hari jumaat kn? Well, first week masuk kampus selalunya memang kelas macam segan silu nak wujud.. kalau ada pun berapa minit je. aku redha je lah pergi. dah datang sini sebab nak belajar. so kena lah pergi kelas. haha. macam skema.. 

ni haa yang buat kan aku mixed feeling ni haa..


hamek kau. besar-besar aku letak. sedih aku sebab tak menang contest konsert 2PM ni. so tak dapat lah aku nak tengok muka diorang ni semua live. sejak bila lah aku ni gila korea pon tak tahu lah. untuk merawat kesedihan aku ni, aku download segala mala lagu, video diorang ni. puas hati aku. huhu~~ selain daripada tu, aku terfikir nak pergi hotel diorang stay malam ni. nak pergi ketuk bilik sorang-sorang. hahaha. tengok muka pon jadiklah. hahahahaha. 

sudah-sudah la~

diam tak diam dah masuk semester 3 dah aku kat sini. alhamdulillah. everything went well. :) cuma tu ada lah sikit-sikit benda yang buat aku hangin-hangin. haha. biasa lah tu. kalau nak ok je sampai takda benda yang sedih, sakit hati tu tak boleh jugak. tak indah la dunia aku kalau warna ceria je. ye dak? heh~

sempena masuk sem baru ni aku ada buat azam. ececeh~


aku nak spend more time dengan members kat sini. wuu~ kalau ada rezeki, sem ni last untuk aku study kat kuala pilah. next sem nak sambung degree kat shah alam. insyaAllah. and of coz la nak study lagi rajin sem ni. credit hours makin bertambah. subjek pun dah tambah satu. dah jadik 8 subjects ye kawan-kawan. 

dah la. malas nak bebel lagi. lapar lah pulak. haha. bila dah lama tak update, nak kembalikan semangat update entry ni sangat susah wooh. ok guys. jumpa lagi next entry.. :) 

P/S I: aku cuba untuk jadi anak yang terbaik for both my parents. semua orang boleh cakap itu ini, tapi aku yang merasa benda ni. and i hope, adik-adik aku cukup kuat untuk hadapi semua ni dalam usia yang belum mampu uruskan diri sendiri lagi. semoga masalah orang dewasa, hanya yang dewasa cuba selesaikan hal itu sendiri.. 

P/S II : bila aku fikir balik. aku menjadi semakin takut dengan relationship. sebab takde contoh relationship baik yang boleh aku ikut, untuk aku jadikan panduan satu masa nanti. masa kursus kahwin, ustaz2 and ustazah2 ajar sesiapa pun mampu jadikan sesuatu relationship tu berjaya kalau kita jaga solat, jaga hubungan dengan Allah. ustaz dalam kelas pengurusan keluarga yang aku daftar selama dua sem kat sini pun cakap benda yang sama. aku tak nak bakal anak2 aku rasa serba tak cukup especially perhatian dan didikan agama disebabkan kesilapan ibu ayah diorang.  nauzubillah~

KUATLAH wahai HATI.

Allah takkan bagi ujian dekat kita kalau kita tak mampu kan? Allah uji aku untuk certain benda, so Allah gantikan aku kegembiraan untuk benda lain pulak. semua dah tertulis. jangan risau. aku takkan berhenti belajar. aku makin kuat untuk belajar dan dapatkan result yang baik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...