Friday, February 24, 2012

Hujan

aku sangat jujur orangnya. 
kalau ada yang tak puas hati aku terus cakap. 
bukan untuk menyakitkan hati kau semata. 
tapi, untuk memberitahu kau bahawa kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan. 
benar, apa yang aku kata kan terkadang menyakitkan hati.
tapi itulah kebenaran. 
kebenaran bahawa aku tidak puas hati terhadap sikap kau. 
aku berbuat demikian dengan harapan dan doa semoga apabila kau tidak puas hati dengan aku, kau akan berbuat demikian. 
apa pernah aku mengamuk tak tentu pasal apabila kau menegur kesilapan aku? 
tidak bukan? 
apa masalahnya jika aku bertanya sekiranya ada sesuatu yang kau tidak puas hatikan itu dan kau menjawab dengan jujur. 
malah kau menjawab sambil tersenyum bahawa semuanya baik belaka. 
bohong. 
Allah marah orang berbohong. 
dengan aku kau kata semua baik. 
dengan orang lain kau kata sebaliknya.
kau tahu? apabila kau berbuat demikian, aku semakin bengang?
astaghfirullah..
aku tak mampu berbuat apa apabila sangat bengang.
hanya hujan yang menemani.
tak perlu mencari penyokong terbanyak.
kita sudah besar, matang lah.
selesaikan sesama kita saja.
tak perlu orang tengah.
aku paling benci orang berani cakap belakang, depan cakap konon baik.
lepas tu cerita kat orang ni orang tu dengan harapan orang yang kau tak suka tu dibenci ramai.
Allah ada dengan aku.
semoga apa yang kau buat adalah ujian dari Allah untuk aku agar berusaha lebih untuk final exam ni.
Alhamdulillah ya Allah.
semoga perangai kau ini menjadi petunjuk dari Allah bahawa aku tidak sesuai untuk bersama kau.


P/S: "kebenaran dan kebaikan adalah dua benda yang berbeza", (Ayam Fared, 2012).
menolong orang itu kebaikan. menolong kawan cover line itu salah satu "kebaikan".

Wednesday, February 22, 2012

Gwenchanah

minggu ni minggu depan last lecture. semua test pakat nak sumbat minggu depan. assignment pakat nak berdemonstrasi minggu ni. jadual exam dah keluar. hari first orang exam, aku pun ade paper. hari last orang kat kampus ni pun aku akan ada lagi untuk jawab paper. minggu ni dah macam apa. semua orang nak marah, semua benda buat aku marah. maaf jika aku terlepas kemarahan. aku juga manusia. punya rasa tertekan apabila ditekan.

apa motif gambar ni pon tah la.
sabar lah diri. be positive. stress itu perlu untuk buatkan kau bergerak untuk lakukan sesuatu. yang penting cuma cara menangani stress tersebut. bye Jong Kook. kite xdapat nak tengok awak sementara ni. huhu.

gwenchanah. arasso2..

semoga aku dapat siapkan semua assignment dengan gigih.
semoga aku dapat menjawab test berbaki dengan cemerlang.
semoga aku dapat mengulangkaji dengan cemerlang.
semoga aku perolehi hati yang tenang dan mudah untuk menjawab peperiksaan.
semoga hati aku terang dan dapat memberikan jawapan yang sehabes baik dan tepat.
semoga penanda kertasku berada dalam mood yang baik apabila menanda.
semoga peroleh keputusan yang sepadan dengan usaha yang telah diberi.
amin..

BEST OF LUCK, EVERYONE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...