Wednesday, July 27, 2011

Semoga Tenang Aki Disana...

orang lain yang tak sedap hati, rupanya ketidaksedapan hati orang itu merupakan berita sedih untuk aku.

dengan tiada sesiapa memaklumkan perihal itu kepadaku, aku berasa sungguh sedih.

terdetik hati untuk melihat profile makcik yang kerap meng-update status.

hancur luluh hati ini. harapan untuk bersua muka dengannya lagi punah.

nak buat macam mana, sudah sampai masa beliau untuk pergi meninggalkan kami.

Aki..
kaklong rindu air nescafe Aki.
kaklong rindu pergi jalan-jalan dengan Aki.
kaklong rindu Aki yang selalu peluk cium setiap kali kita jumpa.
sungguh banyak perkara yang kaklong rindu.
terlalu banyak memori indah sejak kecil lagi.
kaklong rindu orang yang manjakan kaklong sangat.

semakin kaklong besar, semakin sukar untuk kita bersua.
dalam masa itu, terlalu banyak cerita yang Aki tidak dapat tahu.

hanya hari itu, hari terakhir kita bersua.
lain sungguh muka Aki.
sudah tidak bermaya.
tetapi, masih penuh dengan kasih sayang.

kesiannya..
Aki dah tak larat lagi nak bangun.
Aki rindu kitorang sangat kan?
kaklong pun rindu Aki sangat.

ketika semua ahli keluargaku pergi melawat beliau, aku baru balek ke kampus. terniat dihati untuk pergi melawatnya lagi dalam masa terdekat. tapi apakan daya, memang tak ditakdirkan untuk aku melihat beliau lagi. beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 27 julai 2011, 25 Syaaban 1432, lebih kurang 2pm.

Al Fatihah dan segala doa ku kirimkan untukmu.
Encik Md Ariffin bin Pandak Abdullah.


P/S: kan best kalau aku ade teman Aki jugak time tu.. :'( 
        sangat terkilan...................

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...