Sunday, December 19, 2010

What Goes Around, Comes Around

Tiba-tiba hati aku tergerak untuk mengemas kotak-kotak kat dalam bilik. Al-maklumlah, kalau dah nama mengemas kotak, mesti terjumpa barang-barang lama. Oh man! Ni yang den lomah ni.. Ok, kalau korang rasa dah tak nak teringat apa-apa pasal something, silalah hayun benda-benda yang boleh berkaitan tu ke dalam tong sampah. Aku tadi terjumpa sapu tangan kaler merah, ada sikit tulisan atas tu. Jadinya, aku ter-flash back ke masa lepas.

Maybe apa yang aku nak cerita ni boleh jadik pengajaran kat sapa-sapa yang baca ni..

Suatu ketika dahulu (ceh), aku pernah kenal dengan rapat lelaki bernama X. Pendiam kot dia ni. Muka orang baik-baik. Pendek kata, baik lah kot. Lama aku kenal dia ni and sampai sekarang dia ni kadang-kadang still keep in touch. Aku layan tak layan je lah. Silapnye aku ni sebab terlalu senang bagi peluang kat dia dulu. Aku malas nak cakap banyak, tu je.

Firstly, beberapa bulan kitorang rapat, dia mula buat hal. Dia cakap kat aku yang dia suka sorang dak junior, A. Ok fine. Aku buat dengar tak dengar je la. Aku confront A tu, cakap la X ni suka dia. (aiyakk! aku jadik orang tengah ke??) Maka bermulalah perkenalan mereka berdua. X dah bosan dengan A, dia carik kau balik. Cakap sayanglah apa lah. Aku maafkan je la salah dia, and baik balik cam biasa.

Tak lama lepas tu, aku dengar ura-ura dia suka B. Ceh! Dak kecik lagi. Saba je la aku ni haa.. Pastu aku dengar yang tak sedap. Ada orang nampak benda yang aku pernah bagi X ni, ada kat B. HAA?? Ni carik pasal ni! Aku dengan hati yang sangat terluka, menguatkan semangat untuk confront dak B niyh. Ingat senang ke? Time tu aku terasa macam aku ni isteri pertama yang datang nak tanyakan perihal suami aku dengan perempuan lain. (Erk! layak ke jadik suami aku camtu?) Kuat tak kuat jugak lah aku nak jumpe B. Aku guna cara yang matang sikit. Taknak lah nanti aku keluar sekolah tu, B ni ada memori aku bersikap tak matang dengan junior. Woh~ Aku jaga reputasi ok.. :)

Macam biasa bila X da bosan, dia carik aku balik. Aku time tu da malas nak cakap banyak. Aku terima dia. But as friend je lah. Aku dah tak larat nak sakitkan hati aku lagi.

Tapi tapi tapi... Time aku nak paper chemistry SPM, dia tiba-tiba buat hal. Tak pikir pasal orang langsung mamat ni. Aku nak SPM kot.. Ah lantak kau lah. Alhamdulillah result aku ok. Tapi time nak jawab chemistry tu aku da down gila. Terganggu gak la.

Baru-baru ni, dia ada cerita kat aku. Dia tak tenang nak belajar. Itulah inilah bla bla bla~~  Aku dengar macam tu je la. Pastu dia dah kena macam mana dia pernah buat kat aku dulu. Hoho. Aku tak boleh buat apa kan? Kira baik lah tu, bukan aku yang buat kat dia. Kalau dah sampai hati aku nak buat kat dia balik, aku pon tak taw la aku buat macam mana.. huhu~~

Thursday, December 16, 2010

Mari Mengkecahkan Dapur. Edisi : Kek Batik

Selamat datang ke rancangan Mari Mengkecahkan Dapur. Tak kisah lah dapur sapa-sapa pun. Dapur sendiri ke, dapur mak korang mahupun dapur mak mertua korang. Asalkan terkecah. Kehkeh~

Hari ini saya dan beberapa orang pembantu akan menunjukkan anda cara-cara membuat kek batik.. Oh lupa pula. Kek batik ni macam susah nak buat, tapi takpe. Kita cuba ye..

P/S : Yang belakang tu bukan bahan-bahan dia ok.
Bahan-bahan :
Biskut Marie. Butter. Susu Tin. Telur. Milo. Coco Powder. Air. Esen Vanilla.


1. Mula-mula pecahkan 4 biji telur dalam bekas.


2. Masukkan 1 sudu esen vanilla dalam telur ni. Ops! Ada buku resepi kat sebelah. haha~


3. Pukul telur sampai berbuih. Lebih kurang macam nilah..


4. Dalam bekas lain, bubuh butter dalam 1 gelas dan tuang susu 1/2 tin.


5. Kacau butter dengan susu sampai sebati.


6. Didihkan 250ml air dalam periuk, bubuh 90gm milo dan 30gm coco powder. Stir continuously. Kalau tak nanti dia keras.


7. Bubuh mentega + susu tadi dalam ni. 


8. Bubuh telur yang dah dikacau tadi pulak.


9. Susun biskut marie ikut kekreatifan masing-masing.


10. Sejukkan kek itu. Suhu bilik pon takpe. Tapi kalau nak makan cepat, sejukkan dalam peti ais yep.

Dah siap! Bila dah solid kek ni boleh la dipotong dan dimakan. Gambar kek ni dipotong untuk display tak sempat nak amek sebab dah diterkam oleh banyak tangan. huhu~

Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. :)

Friday, December 3, 2010

Dah Buat PROJECT RUNAWAY..

Ada masalah dengan title entry? Kahkahkah~~

Sejak kebelakangan ni, aku mempunyai sedikit masalah kewangan yang perlu aku selesaikan sendiri. Wah~ Haha.. Sampai satu tahap aku cakap kat beberapa note duit dalam purse aku..

"Korang dok diam-diam dalam ni eyh. Buat lah apa-apa yang patut sampai bole beranak-pinak dalam purse ni. Aku janji aku tak skodeng."
Haha. Gila ini orang. Terkadang aku terfikir. Kenapa duit ni even dah diberi peluang dan ruang untuk beranak dalam purse or wallet tapi still takde perkembangan apatah lagi penambahan. Rugi~ Ohhoi. Aku koi sajo~~ Sebenarnya duit ni beranak gak. Duit yang dikeluarkan secara haram. Yang duit palsu tu. Sepatutnya duit ni tempat dia boleh beranak pinak dalam akaun ASB. haha~

Ni duit dalam akaun ASB aku.

Mesti tak paham aku nak cakap ape kan?

Oke lah. Nak bagi lagi paham. Aku bagi perumpamaan lah.
Duit kertas =Manusia dewasa.
Wallet/Purse = Panggung wayang, Hotel, Bilik-bilik gelap, Lorong-lorong sunyi dan tempat-tempat lain yang membolehkan proses pemberanak-pinak berlaku secara haram.
Bank = Rumah anda, syurga anda.
Akaun ASB = Akad nikah.

Dapat tangkap tak? Korang dah besar, boleh fikir mana baik mana buruk. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tak baik. InsyaAllah.. Aku nak jadik duit yang beranak dalam akaun ASB. Bukan duit yang terberanak dalam wallet/purse. Dan satu lagi, aku nak keluarkan duit asli bukan duit palsu. Sebab biasanya aku baca dalam paper, orang dah buat PROJECT dia RUNAWAY.. Jangan ea, jalan mudah ada disediakan malah halal lagi. Buatlah pilihan yang baik. InsyaAllah selamat dunia akhirat. :)

P/S : Sorry kalau ada terasa. Aku tegas. Ini realiti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...