Friday, April 29, 2011

HELLO

semasa aku sedang berbantalkan lengan baring di atas meja, someone telah datang mengetuk pintu rumah. aku malas nak layan dengan harapan kak dayah yang duduk kat ruang tamu dapat bukakkan pintu melihat siapa di luar.

"teha! ade orang nak jumpa." jerit kak dayah dari depan.
 dengan perasaan yang malas, aku intai dari pintu bilik.
takde sape. biarlah. nak main-main dengan aku, sekarang bukan masanya.

"akak suruh dia masuk ea?" tanya kak dayah dari depan.
aku diam. tanda setuju.

"Hello. tengah busy ke? kesiannye. letih yep." suara itu macam kukenal.
"aah. penat lah. esok paper math. nak ape datang malam-malam ni." aku menjawab endah tak endah.
"pandang sini."

mamat ni time aku nak exam baru datang. =.=

fuyohh~ hensemnye. nampak tak ape kat tangan tu?
haa. tu roti dia bawak malam semalam. sebab aku lapar time study math..

"awak jangan stress ok. tak elok untuk diri. awak kan boleh dapat yang terbaik kalau awak sentiasa bertenang. do believe in yourself! be strong! kalau awak down sangat, saya akan datang tiba-tiba. macam sekarang ni. awak suka tak?"

aku dengar ape yang diperkatakan dengan hati yang sangat cair~~ wuhuu~~

"jangan selalu rindu saya time exam ya. study je dulu. ade pape, nanti saya datang macam malam ni oke. bole janji dengan saya jangan selalu rindu-rindu ni?"

aku buat tak dengar sambil mata pandang jari kaki.

"nanti kalau dapat result ok, saya bawak awak jalan-jalan yep. jangan stress sangat. senyum banyak-banyak. everything is gonna be fine dear." sambil melemparkan senyuman yang mampu membuat aku gugur jantung.

comel sangat mamat ni senyum soh aku jangan rindu dia. <3

"sayang bangun, dah solat isya' belum? dah pukul 5 ni." pemilik suara dihujung talian sangat kukenal.
"belom. nak bangun dah ni.." jawab ku separuh sedar.

sekian. baru kesedar. berangan-angan mimpi kadang-kadang indah. 
bye.nak gi pasar malam. 

P/S: nak anak yang sulung lelaki muka macam SIWON ni.. ade lesung pipit. mata sepet. "nanti ibu takyah tengok korea lagi." haha.


Wednesday, April 27, 2011

Keep Moving Forward

sape kate tengok movie time exam tak bagos?
depends la movie ape yang korang tengok.

lepas paper chemistry semalam, aku letih gila.
dengan tak mandi lagi, seusai solat maghrib aku teros melelapkan mata.
yelah, dah dua tiga hari tak cukup tidur.
sampai time exam pon shivering sebab letih sangat.
dengan makan yang tak bape nak teratur.
kesian kan?

nak buat macam mana, tak prepare awal-awal untuk exam memang lah kena sakit kemudian hari ni. =.=

apabila sudah terbangun pukul 1a.m, aku pon buat lah ape-ape yang patot sebab terasa badan sangat sakit.
dah segar sebab mandi tengah malam, aku amek keputusan untuk tengok movie sikit.

belek punya belek, aku ternampak ade satu movie yg aku pernah tengok tapi tak habes.

MEET THE ROBINSONS.



sedap kot. even tu citer kartun, tapi sangat menaikkan semangat.
ni kesahnye seorang budak yang bijak, sukakan science dan suka mencipta.
mase kecik dia sangat kreatif.
tapi setiap kali dia invent something, mesti akan ada benda yang tak elok jadik.
serba sedikit membuatkan dia give up untuk invent lagi.

nak sedap cite lagi, korang tengok lah sendiri.
macam mana dia boleh jadik semangat balek.
tu memang kena tengok sendiri.
serius best!

family robinsons yang sangat pelik *in future sume camni kot*

walt disney kan suke keluarkan cerita-cerita yang cute and bermesej ni.
tapi seperti yang sedia maklum, kalau cerita walt disney mesti ade elemen 'going back home'.
pernah perasan tak?
kalau tak pernah, tengok sendiri.
semua cerita-cerita diorang ni, akan menuju ke tempat asal.

ok berbalik cerita MEET THE ROBINSONS tadi, mesej yang aku dapat daripada cerita tu,
kita kena KEEP MOVING FORWARD.
walau apa pun yang terjadik, jangan putus asa.
kegagalan membawa kepada kejayaan, dengan syarat. DON'T EVER GIVE UP.
kalau budak tu give up, benda takkan sama dekat future nanti.
lagi satu, lelaki tu sangat cute memberi pesanan.

*ni aku translate dalam bahasa yang aku faham*
"walau macam mana sekalipun, isteri dia tetap betul. iye kan sahaja."

i loike~~
ye memang betul pon. nak pikat hati isteri memang kena macam tu.
jangan banyak cakap. iye kan jelah. nanti pandai-pandailah kitorang fikir balek.
ok nak tido.
papai~

Monday, April 25, 2011

MY MR.TWISTER


WORRYING. 
TERRIFYING. 

TEARS.
FEARS.

SEARCHING FOR MY OWN BREATH. 
THINK OF DEATH.

GASPING FOR AIR. 
NO AIR~

SUICIDE.
NO! THAT'S NOT WHAT I'VE TO DECIDE.

MY HEART SAYS,
THERE WILL BE SOME WAYS.

DEEP IN IT, I PRAY.
SO THAT I COULD STAY.

I JUST WANT A SIGN.
THAT COULD TELL ME EVERYTHING IS GONNA BE FINE.

SORRY.
THAT'S SO SCARY.

I THINK THAT I'M ALL ALONE.
NO. U WON'T LET ME BE ALONE.

I'M RELIEVE.
CAUSE  NOW I CAN BELIEVE.

YOU ARE MY SHADOW.
EVERYWHERE I GO, U WILL FOLLOW..





P/S: TWISTER IS A NAME OF A HERO COMIC. 
        NOT THE TROPICANA TWISTER. ^^






Friday, April 22, 2011

Penanda Aras

Explain the formation of polynucleotide.
nucleotide is the monomer. it contains nitrogen base, pentose sugar, and phosphate group. the polymer of nucleotide is known as polynucleotide or nucleic acid. the formation of polynucleotide is synthesized by connecting the sugars of one nucleotide to the phosphate of the next by phosphodiester link.

ni lah jawapan untuk paper bio soalan subjektif number bape tah. lupa dah. ok fine. aku sedih sikit sebab tak bape nak tekan sangat untuk hafal jawapan-jawapan soalan spot tu. =.=
apa boleh buat. redha sudah. janji ade la jugak letak jawapan. haha. ok2. dah, aku taknak cakap lagi pasal paper yang dah dijawab.
tujuan post kali ni ialah untuk bercakap pasal penanda aras.

ehm, korang semua pernah tahu tak? yang setiap kaler paper yang kita dapat time exam tu menandakan tahap kesukaran paper tersebut (specifickan untuk student uitm, ipt lain tak sure macam mana). aku macam nak percaya. macam taknak percaya. haha. pelik pon ade gak, selama aku jawab exam ni paper semua kaler putih. accept upsr. kaler biru (kot).

mase paper physics aritu, paper tu kaler kuning.
pagi tadi biology, paper tu kaler merah.

warna warni paper exam. haha.


mase sekolah menengah dulu, time pmr and spm, aku tahu gak la serba sikit pasal penanda aras soalan ni. cube tengok kat tepi kertas tu. ade kaler hitam. kalau kat bawah sekali, kertas tu senang. kalau kat tengah, kertas tu 50-50 la. kalau kat atas sekali, memang susah sikit lah. and setiap kali dapat paper yang nak dijawab, aku takkan tengok kat tepi tu. sebab  mind set tu penting. bila kita fikir something tu susah, bende yang simple pon bole jadik susah. so, aku ignorekan je penanda aras tu. sebab tugas aku kena jawab paper tu sehabes baik.

main point nye, tak kesah la kaler ape pon paper pasni, even kaler hitam pon, jangan fikirkan sangat. yang penting, kita berusaha untuk jawab dengan segala yang ada dalam kepala kita ni. time exam memang aku ngaku, aku sorang-sorang. dah takde sape yang boleh tolong aku time tu. so, aku kena kuatkan semangat. jawab penuh-penuh even aku sendiri tak sure dengan jawapan tu. sebab yang penting ada usaha untuk jawab. jangan sesekali korang give up time jawab paper. gunakan masa sebaiknya time exam tu. satu semester belajar, tapi perjuangan untuk jawab final tu ade bape jam je. insyaAllah, niat yang baik, akan dapat hasil yang baik.

aku dah lapar, tu penanda aras perut aku perlu diisi. kehkeh~
next paper: CTU 101 (FUNDAMENTALS OF ISLAM). hari ahad okeh. 24hb ni. ni pon first time dalam hidup aku jawab exam hari ahad.. =,=

Thursday, April 21, 2011

DUIT

hawau kau!
okeh aku mula cakap kasar nampak~ 
hawau kau tu maksod dia, how are you. haha

ko tengok, orang putih dulu kan datang berdagang kat Tanah Melayu. 
tempat yang strategik kan melaka. kebanyakkan orang melaka suka cakap hawau2 ni.
orang putih pon ikotlah. hawau2 untuk bertanya khabar. 
sebab diorang nampak pak abu cakap kat pak ali camni,
"hawau kau!" sambil menepuk bahu.
sebab tu lah orang putih assume yang hawau kau tu macam bertanya kan khabar.
padahal....
begitulah serba sedikit mengenai sejarah ayat HOW ARE YOU.
haha. terer kan aku dengan sejarah ni..

OH MY oh my..
semalam paper yang sedikit membuatkan aku kecewa. kecewa dengan diri sendiri. ok takpe lah. tawakal jelah ok. dah usaha kan..

macam time sekolah dulu, kalau dapat card dari orang wish good luck mesti ade selit-selit bende ni.

GOOD LUCK EXAM. BUAT BETOL2. STRAIGHT A PUNYE. JANGAN LUPA DUIT. JANGAN LUPA KITE TAW.

 haha. ayat selalu aku dapat dari adik angkat aku time sekolah dulu. hehe. rindu.
ok berbalik pada isu DUIT. mane DUIT aku. mana?
heh, bukan DUIT yang dok kena ada dalam purse tu. DUIT tu yang ni...

D-doa
U-usaha
I-istiqamah
T-tawakkal.

ok. paham dah? aku nak solat zohor ni. jap lagi nak study bio untuk paper esok. persoalan aku sekarang. mana DUIT aku ni? tolong aku dapatkan DUIT aku balek..

P/S : yang dah lepas biarkanlah. berdoa saja lah. Allah MAHA MENGETAHUI. DIA nampak apa yang kita buat selama ni. jangan khuatir dengan rezeki yang telah ditetapkan. REDHA sudah. kita kan dah buat yang sehabes baek.. :)
GOOD LUCK next paper ok..

comel kn?

Sunday, April 3, 2011

A Moment To Remember

2 April 2011

Dari secomel-comel binatang hingga segedabak binatang telah kami berkenalan. muahaha. lawatan sambil belajar di zoo melaka memang best! berbekalkan minyak rm30 yang diisi oleh pakcik kt petrol pump, membuatkan encik pakwe sedikit kebengangan kerana sepatutnya tong minyak si kancil merah yang comel itu penuh..

on the way to melaka, saya ternampak signboard mcm orang buang sampah. oh silap! itu gambar orang atas bukit. apabila encik pakwe terperasan ke-jakun-an saya terhadap signboard tersebut, beliau berhenti untuk menunjukkan saya tempat tersebut. cantik~ boleh nampak permandangan kereta lalu2.

perjalanan masih diteruskan, setiba di zoo melaka, kami lupa, dalam wallet masing2 ade below rm20. ATM machine takde dalam zoo sebab binatang xde bank. huhu~ nasib baik masuk sorang rm7 je. so, total rm14 je. fuhh~ penat dan sangat puas dapat jumpe kawan-kawan eh silap, haiwan-haiwan..

jom pergi shopping plak. dah lepaskan rindu kat haiwan, time untuk makan ok. kami makan di restoran yang boleh saya menunjukkan kepakaran memasak kepada encik pakwe. ok sangat licin beliau makan. saya suka orang habiskan apa yang saya masak. sebab nanti bile dah nikah, saya nak masakkan makanan untuk encik suami. *ok saya dah pass part memasak untuk beliau* alhamdulillah.. =) *so tinggal part nak jumpe parents abg je kihkih*

apa lagi nak cite ek? oh ya. harini punye report plak..

3 April 2011

berbekalkan duit ptptn dan elaun setiap semester, cukupkah anda untuk hidup bersama orang yang tersayang?
jawapannya... YA CUKUP!
kenapa?
sebab, apa yang kita perlukan harus diutamakan berbanding yang dikehendakkan.
orang mungkin ramai yang tidak setuju atas statement saya ini. ok fine~~
cukup je padahal. yang penting jangan merungut nak itu ini, terima dulu seadanya kerana bila nikah je. pasti akan ada rezeki yang kamu  takkan sangka-sangka turun dari ALLAH. insyaAllah, bila kita niat yang baik, DIA pasti akan turunkan yang baik untuk kita.
orang ramai cakap kawen awal gatal. mane lagi gatal? kapel lame2 ke dah halal awal2?
pada saya, kenapa nak susahkan diri bila Islam itu sendiri mudah..
daripada duduk berprojek tanpa hubungan yang sah, lebih baik duduk dalam bilik dengan suami / isteri.
dapat anak, anak pun halal.
jangan disekat apa yang sepatutnya, yang sebaiknya mengikut ajaran Islam.
taknak kawen lagi sebab tak sedia lagi, muda lagi?
kita sendiri pun tak tahu bila kita akan sedia, tapi bila kita jujur, time tu lah sebenarnya kita dah sedia.
pada saya, kenapa nak enjoy2 pulak bila sepatutnya dalam hidup kita ada matlamat.
saya nak enjoy, tapi taknak enjoy sorang2. nak enjoy dengan abang.
nak gi haji n umrah dengan abg,
nak hidup susah senang dengan abg,
nak puasa dengan abg,
nak sambut raya dengan abg,
semua nak buat dengan abg.

insyaAllah semua dipermudahkan. doakan saya ok.. sebab saya bahagia dengan abg saya. dan saya akan lebih bahagia jika saya telah halal dengan abg saya. insyaAllah.
jangan kecik hati dengan saya kalau saya kurang bergaul dengan orang ramai kerana saya sudah terbiasa sentiasa ada dan sentiasa refer abg saya.

terima kasih Abg kerana sentiasa ada dengan Tia..

Syawal 1431 / Aidilfitri 2010

Friday, April 1, 2011

Ke-me-ngarut-an Ter-update #1

Pada petang yang hening ini.

Selepas jam 3, saya berhasrat untuk study mathematics lantas menyiapkan segala tutorial yang saya kumpul sendiri sampai jam 5.

Doakan saya agar kerajinan dalam diri ini terus tertanam dan akar kerajinan ini terus memegang hati saya sampai kiamat. InsyaAllah..

Sebelum itu, izinkan saya menonton kesemua video klip korea yang saya kumpul.

Kemudian pada ketika itu, barulah semangat saya untuk belajar akan timbul dan mencanak-canak.

Saya taknak tidur sahaja. Kerana tidur akan membazirkan masa saya. Melainkan pada waktu malam. Kerana, malam memang untuk tidur.

Nantikan ke-me-ngarut-an ter-update #2 pulak ok. Mungkin akan ada beberapa siri lagi sepanjang saya nak menghadapi exam final untuk julung kalinya..

Saya nak honeymoon kat Korea. So saya kena kuat study, kerja bagus2, kumpul duit, tolong FAMILY, KAHWIN, kumpul duit lagi dan terbang ke Korea untuk honeymoon. kahkahkah~

Silap-silap dapat study kat Korea. InsyaAllah. Rezeki Allah itu Maha Luas. Mungkin nama saya ada terselit untuk belajar ke luar negara. Aminn.. =)

Papai. Take Care semua.. Makanlah chewing gum banyak2. Nanti cepat berfikir. Nak tahu lagi pasal chewing gum? Sila klik di sini =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...