Monday, August 8, 2011

Tolong Jangan Jauh

gembira tertawa ceria.
bernyanyian kecil kesana kemari.
tampak luarannya sebegitu rupa.
dalamannya tak ramai selami.

manusia bijak berkata-kata.
selagi tidak kena batang tubuh sendiri.
nasihat sana.
nasihat sini.
perli sana.
perli sini.

Tuhan mahu ambil semula hakNya mudah.
sekelip mata juga boleh jadi.
perit itu cuba aku ludah.
berkali-kali.

aku redha.
andai debu perlu kusapu setiap kali ku jengah bilik.
aku redha.
andai hingar perlu ku tahankan setiap masa.
aku redha.
keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan.
aku redha YA ALLAH..

kerana aku tahu ada yang baik menantiku satu hari nanti.
cuma kupinta,
tanamkan kesabaran dan ketabahan dalam jiwaku.
untuk menghadapi dugaanMU dengan cemerlang.

walau waktu belajar terganggu,
walau baru berpemergian salah seorang wali mujbir menghadapMU,
walau ramai tidak serasi denganku,
walau bilik penuh debu,
walau tali ikatan yang dikasihi hanya menunggu waktu,
walau segalanya didunia ini menentangku.

aku tahu aku ada KAMU.
dunia hanya sementara.
tidak guna belajar siang malam untuk beat markah dengan mereka.
dimana keikhlasan belajar itu?
tidak guna cakap berapi untuk menyakiti hati teman.
kononnya menasihati. pui~
teman?
seorang teman akan sedaya upaya menjaga hati temannya.
kau bukan teman.

sesungguhnya KAU menguji untuk melihat sejauh mana janjiku.
ya. aku pasrah.
tiada guna aku kejar kebaikan dimata manusia.
padahal kemuliaan dimataMU terabai.
sedangkan kemuliaan dimataMU lebih bermakna.
terima kasih YA ALLAH.
semoga aku tidak berada jauh dari landasanMU.

kena tahan telinga dengan segala bingit time nak study sangat sakit.
kena selalu ngadap debu-yg-bukan-aku-punya juga sakit.
kena sabar dengan kerenah orang yang bagi nasihat, padahal perli juga sakit.
kena diam bila orang tanya markah test yang makin menurun sangat pedih.
kena redha orang yang dikasihi meninggalkan dunia ini juga pedih.
kena jadi orang tengah masalah orang lain sangat seksa.

P/S: jangan cuba buat apa yang aku sudah mention atas ni kalau sayang aku or at least hormat aku. 
sebab kita takkan tahu kesusahan orang lain dengan hanya mendengar melainkan sendiri sudah merasainya. 
cakap boleh, cuba rasakan sendiri. 
kalau tak boleh nak paham, lebih baik kau diam. 
jangan baik hati nak menambah keserabutan yang sedia ada.
terima kasih.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...