Friday, October 29, 2010

"Angah, perdagangan tu ape?"

Di suatu petang yang hening, duduklah 4 beradik di hadapan komputer menonton trailer filem-filem baru (bajet dapat pergi tgok wayang je budak-budak ni). Sambil menonton trailer mereka saling bertukar cerita dan pengalaman menjawab exam pada hari itu. Along (bukan nama sebenar), kelihatan sangat blurr kerana dia tidak mempunyai sebarang pengalaman menjawab exam pada tahun ini. Haha~


Tiba-tiba..


"Angah (bukan nama sebenar), esok kau exam ape ngah?" tanya Adik (bukan nama sebenar).
"Perdagangan." jawab Angah.
"Angah, perdagangan tu ape?" tanya Adik lagi.
"Perdagangan tu berdagang lah." jawab Angah tanpa rasa segan silu.
"Macam mana belajar dia?"
"Kena naik kapal, pergi berdagang, jual-beli kat Port Klang, emm kadang-kadang kena belajar rampas kapal orang."
"Bestnye Angah. Kirenye cikgu kau bawak kau pergi Port Klang selalu la ni ea?"
"Aah. 3 kali seminggu pergi sana."
"Rampas kapal macam lanun?"
"Yelah. Tapi Angah lagi tinggi power dari lanun pastu hati baik sikit dari lanun."
"Oh. Nak la amek perdagangan time Form 4 nanti."
"Tak payah la. Cukup la sorang lanun dalam rumah ni."

Kapal dagang di Port Klang Angah.

Tak lama kemudian, bergegar rumah dengan gelak ketawa sebab kesengalan yang melanda. 10 minit lepas tu..

"Along, betul ke ape yang Angah cakap tu?" tanya Abby (bukan nama sebenar) dengan penuh minat.
"Betul-betul. Macam tu la dia belajar perdagangan." jawab Along.

Angah menyiku Along akibat tak dapat menahan ketawa yang dah berapa kali terbarai.

"Hep! Cakap benda betul-betul kat adik-adik!" Umi (bukan nama sebenar) mencelah, cuba membetulkan keadaan.

Along blah dari depan komputer kerana cerita Chinta kat TV3 dah start dan meninggalkan Angah, Adik dan Abby sambil berkata dalam hati 'Haha. Padan muka kao lanun..Settlekan sendiri.'

Time nak tidur. Adik masih terpinga-pinga dan masih bertanya Along kesahihan cerita Angah petang tadi. Ceh! Angah tak bertanggungjawab. Memang lanun. Lantas, Along membongkar kebenaran dan menyatakan kepada Adik bahawa kisah tadi tidak benar. Mana lah ada kaitan subjek perdagangan dengan lanun bagai. Cuba bayangkan kalau belajar subjek Geografi, adakah perlu kita mengelilingi dunia semata-mata hendak mengetahui latar belakang sesuatu tempat. Dan bayangkan lah subjek-subjek yang lain. Cerita Angah tadi tipu belaka. Tapi dia ni lanun, memang betul. Suka merampas kapal orang lain (turn guna PC). Terutama kapal Along. Time Along nak kemudi kapal, Angah suka merampas kapal tersebut dengan cara psycho. Ngeng!

Thursday, October 28, 2010

Sila Lihat


Ada mata, lihat. 
Kadang-kadang setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian, kita tak berapa nak ambil kira. 
Bila dah takde baru tercari-cari. 
Dah tak guna. 
Tak boleh buat apa.  
Bersyukurlah dengan setiap yang kita ada.
Mungkin satu hari nanti, kita dah tak berupaya untuk memiliki sesuatu seperti sekarang.
Ingat.
Yang Pemilik segala perkara dalam dunia ni hanya SATU. Yang Maha Berkuasa itu.

Melihat dengan mata hati SEKALI, jauh lebih baik daripada melihat dengan mata kasar BERKALI-KALI.
Jangan asyik mengungkit kesilapan orang lain.
Setiap kali diungkit, setiap kali itulah hatinya kau sakiti.
Adakah engkau tahu sekiranya dia sudah berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lampau?
Apakah sumbangan engkau untuk menolongnya?
"Hei, kalau tak sindir-sindir banyak kali, budak ni takkan nak berubah."
Ya. Itulah sumbanganmu. Pada pendapatmu.
Pernahkah kau terfikir?
Kau berada di tempat yang sama sepertinya.
Lihat. Tengok betul-betul.

Engkau lebih selesa menghukum perasaan orang lain membuta tuli.
Lihat. BUTA dan TULI. 
Engkau telah menzalimi hati orang lain.
BUTA. Engkau tidak melihat dengan mata hatimu.
TULI. Engkau tidak mendengar kata hati kecilmu.

Kisah kita berbeza-beza.
Kau dengan cara kau.
Aku dengan cara aku.
Tapi terkadang kita adalah sama.
Sama tidak menggunakan segala pancaindera yang telah dikurniakan dengan sebaiknya.
Lihat. Tengok betul-betul.


Monday, October 25, 2010

Stimulate Your Senses

Atau dalam bahasa kebangsaan kita ni Stimulasikan Deria Anda.. Deria yang ada pada manusia ni ada 5 iaitu deria melihat dengan menggunakan organ mata, deria mendengar dengan organ telinga, deria menghidu dengan menggunakan organ hidung, deria rasa sentuhan (touch) yang ni aku tak bape nak reti explain dalam BM sebab dulu aku belajar science dalam English.. Yang aku tawu deria rase sentuhan ni organ dia kulit kita la.. Organ paling besar kat badan. Kulit kita ni ada special receptors (function dia cam antena) untuk detect suhu (panas atau sejuk), sakit, sentuhan dan jugak tekanan.. Lagi satu deria ni.. Deria rasa yang menggunakan organ lidah.. haha.. Yang ni paling aku suka.. :) Sebab kita merasa sesuatu makanan, minuman dan segala-mala yang masuk dalam mulut akan melalui lidah. Yang tu membezakan mane yang sedap dengan mane tak bape nak sedap.

Seperti yang kita biasa tahu, lidah kita boleh detect 4 rasa yang asas. Manis, masin, masam dan pahit.

1. Pahit
2. Masam
3. Masin
4. Manis

Tibe-tibe aku terase aku da macam Cikgu Science la plak.. Haha~ Sebenar-benarnye aku nak cerita pasal something yang boleh stimulatekan deria rasa ni.. Ahha.. Apekah itu? Ini cerita betul. Takde tipu-tipu. Aku dah pernah buat. Oke aku ngaku..


Nilah bendenye yang telah menstimulasikan deria rasa aku.. Serius weyh seumur hidup aku chewing gum ni, benda alah ni la yang paling best pernah aku rasa.. Untuk pengetahuan korang, aku suka sangat mengunyah sebab semacam ada spirit yang positif datang. Nak-nak kalau tengah berdepan dengan orang ramai, nak kena bercakap dengan orang secara dekat, malah time exam pon aku mengunyah (setakat ni tak pernah kantoi dengan mana-mana cikgu lagi). Memang aku sangat perlukan chewing gum ni.. Sebab tu dalam beg aku sentiasa ada. Orang cepat gelabah memang camtu.. Duhh~

Setakat ni baru 1 flavor je yang aku dah rase..

Hm, yang ni la.. Dia rase manis-manis buah. Lepas tu tak macam chewing gum yang biasa aku rase. Tahap manis dia lama gila nk turun. Sampaikan aku rasa sangat berbaloi beli dia. Harga pon bole la tahan mahal. Ade kedai yang jual sekotak RM 4.50++ , ade yang jual RM5.20. Aku suka beli yang lagi mahal (padahal..~) haha.. Sekotak ni ade 15 strips. Ok la kot kalau dengan harga macam ni. Kotak dia ni, kalau korang letak dalam beg baju, teros jadik wangi baju-baju korang tu.. Depends la. Cakap pasal harga dia yang mahal,kalau nak merase apelah salahnye. Ye tak? Lepas ni aku nak try yang lagi 2 flavors. Yang kaler hijau ngan biru.. Kat Malaysia baru keluar 3, kalau kat US ade 6 ke 7 dah keluar. Aku nak gi sane la, nak try yang lain-lain tu.. haha~ Aku sangat suka dengan chewing gum, ntah kenape. Kalau bakal suami aku nak bagi hantaran 2 dulang chewing gum pun takpe.. =P

Yang ni je ade jual kt sini.

Kat sini aku nak bagitahu sekali benefits yang korang dapat kalau korang suke mengunyah macam aku. Hehe~ Selalunya kita suka chewing ni sebab rase dia yang best selain dapat fresh-kan nafas dan mulut kita. Kan? Tapi, ada lagi benefits dia. Based on research yang orang dah buat (of coz la Wrigley Science Institute yang buat sebab nak keluarkan produk yang bagus selain melariskan jualan) benefits yang kita boleh dapat ialah dapat me-relief-kan stress serta meningkatkan alertness, focus dan concentration. Paling penting sekali, boleh meng-improve-kan diet and weight management. Yang ni paling menarik bagi aku. Patut lah aku 'kurus' sangat.. hahaha~

Friday, October 22, 2010

Something Worth Living For


I don't wanna leave you here all by yourself
I just wanna let you know I'm there for you, like no one else
I don't wanna drift off to another place
I just wanna lay here in your arms, with your hand on my face

So let's not ever tell the moon about the sun
I'll keep hearing love songs, hoping every wrong's undone
It's foolish, but we've only just begun
I don't wanna stop this, all my walls are cavin' in

I wanna give you something worth livin' for,
I wanna tell you this and so much more
My everything, my universe

I'm so mesmerized by your serenity
Hopefully you'll take me there, inside your dreams
Just like autumn leaves I'm falling over you
It's so unbelieveable, but yet, so true

Our imperfections are so beautiful right now
I don't even see them, only diamonds now, remain
It's crazy how without making a sound
You can make me feel things, all my walls are cavin' in

You're something worth living for

-There's no official video of this song. But i found this is better than other videos. Anyway, listen to this great song with it's lovely lyric-

p/s : This entry is dedicated to My Man. You're something worth living for, abang.. :')
        "Hopefully you'll take me there, inside your dreams.."

Wednesday, October 20, 2010

Warning !

"Saya boleh tunjuk kat awak cara-cara die je.. Keberanian, keyakinan awak sendiri kena ada dalam diri.. Lagi awak yakin dengan cara awak, lagi cepat awak dapat tangkap ape yang saya nak turunkan.."

Berbekalkan otak yang kosong dengan ilmu pemanduan kereta, perut yang hanya diisi 1/2 karipap dan air masak botol air yang dah bape lame aku susah nak abeskan, aku membuka pekung di dada. Eh! Silap.. Aku membuka pendengaran, penglihatan dan segala jenis perkara yang boleh menghalang ke-fokus-an telah aku tolak tepi.. (ayat aku ni macam nak buat karangan SPM la pulak~)

Selama beberape minit je cikgu aku tu terangkan pasal kereta ni, terus dia suruh salah seorang daripada aku ngan sorang lagi student dia ni bawak kereta. Nasib baik aku  tak tertelan gigi tadi.. Bahahaha~~

Mula-mula tu cuak kot.. Tapi dah bape round tah aku bawak kat PMKK tu, ok la.. Aku dah tak rase takut-takut sangat dah.

Tiba-tiba, cikgu aku nak terkucil la plak.. Haiyoo~ Tunggu saya abes belajar tak boleh ke cikgu? Rupe-rupenye dia suruh aku bawak sendiri.. Dengan cara tu, aku takde la berani time dia kt sebelah je.. Tu dia cakap lah.. Tak lame je aku bawak sendiri , tayar kancil tu da makan divider.. Ow man! Malu kot.. Haha.. Tapi aku buat muka macam takde pape. Bangla kat dalam roundabout yang tengah kutip-kutip daun kering tu tolong aku dari luar.. Thank you lah..

Please take it seriously..

Esok belajar bawak kt jalan besar pulak.. So aku nak warning la awal-awal.
KEPADA SEMUA PENGGUNA JALANRAYA KAWASAN PUNCAK ALAM, MERU, KLANG, KAPAR ESPECIALLY KAT AREA KG. PEREPAT.
KALAU NAMPAK KERETA SEKOLAH MEMANDU U/JAYA SILALAH JAUHKAN KENDERAAN ANDA  KERANA DIKHUATIRI BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIJANGKA.. hahahaha~~

P/S : Aku suke tarikh hari ni.. :) cantik kan..? 20/10/2010

Tuesday, October 19, 2010

Panggilan Hangit Ketika Ke-mamai-an


Petang yang sangat free dan ditambah tiada rancangan menarik di kaca televisyen telah membuatkan aku terasa sangat mengantuk.. Erk, ayat skema~ Malam semalam tidur entah pukul berape, aku pun tak sure. Yang penting aku masih lagi insomniac.. Kalau lapar, dahaga aku boleh la lagi nak tahan. Tapi bile dah ngantuk, jangan cakaplah. Tengah duduk pon aku bole terlelap..Lalu aku mengambil keputusan untuk tidur. Tak sampai sepuluh minit aku lelap, aku rase macam tengah mimpi. Handphone aku berbunyik plak.. Malas gila la nak jawab. Tapi aku angkat la jugak tanpe tengok sape yang call..

Jeng jeng jeng.....

Aku dengar suare lelaki yang tak berape aku kenal.. Aku kalau dah mamai, suara pon mamai la. Orang tu cakap dia ni pegawai JPJ. Nak saman aku sebab bawak motor takde lesen. Aku terus segar macam kena siram air batu kat muka. Aku dah cuak. GILA~ Sejak bila la JPJ ada simpan number phone aku ni. Memang la aku bawak motor takde lesen. Puas kepala ni pikirkan jawapan.. Pastu aku dengar orang tu gelak.

Rupe-rupenye tu cikgu memandu aku call nak bagitawu yang lesen L aku, baru dia amek. Pastu aku da bole belajar.. Ow man! Aku da rase macam kena prank abes ni.. Malu gila kot.. Takpe cikgu, takpe.. Aku dah segan dah nak kena jemput esok. Kompem kena gelak lagi.. Namunku gagahi jua.. eceh~ Biarlah esok aku buat muke blurr lagi.. Dah dua kali aku terkena dengan cikgu aku ni.. Hampeh~~

Monday, October 18, 2010

Thumbs Up !

Tadi aku tergerak nak tengok video clip baru-baru.. Tempat biase lah kan. Kat youtube.. Jari-jari aku pon menaip "3OH!3" lepas tu ade la beberape lagu yang aku dah tengok video clip nye.. Ade la dalam 2-3 kali aku sebut boring bile tengok tajuk lagunye.. Sebab diorang ni suka buat video clip yang sangat agak poyo. Macam hot sangat pon ade.. Biarlah. Diorang nye style memang macam tu... huhu~ Memang dah wajib dalam video clip diorang ade gadis-gadis yang kejar, gila kat diorang. Heh. Memang macam poyo.. Tapi bagi aku ok je. Muke masing-masing pon not bad la kan.. 


Sebelom aku nak cite pasal ape yang aku jumpe tu, aku nak kenal kan sikit sape 3OH!3 ni...


Diorang ni name je 3.. Tapi sebenarnye dua orang je..

Inilah muke diorang


Aku rase ramai perempuan kenal diorang ni kot. Nak-nak mamat yang rambut pendek ni.. Haha.. Nama mamat yang tu Sean Foreman and yang sorang lagi tu Nathaniel Motte. 3oh!3 ni dari Boulder, Colorado. Kalau korang nak tau, sebenarnye group ni asal nak letak 303 sebab number ni ialah area code Boulder yakni tempat asal diorang.. Mamat dua orang ni berjumpe kat kelas Physics kat University of Colorado.. Which is aku rase terkesima la jugak.. haha.. Oke what.. Berpelajaran la jugak..  Em, nak tawu lebih-lebih pasal diorang ni or nak up-to-date pasal 3OH!3 ni carik la kat myspace diorang.. Tak larat aku nak cite panjang. Macam malas letih je.. haha..

Oke berbalik kepada ape yang buatkan aku mengeluarkan tajuk post kali ni yang macam wow sangat kat diorang adalah seperti yang berikut..



Hm, pada pendapat aku lah.. SMART gile kot.. Aku rse video ni kreatif sangat sampai tah bape kali aku tengok untuk malam ni.. Pada mulanya aku rase lagu ni tak bape nak best sebab lirik dia macam ape la.. Aku kureng sket la kalo lagu yang tak caye relationships niyh.. Duhh~ Tapi bile tengok video ni, da jadik suke plak.. I mean, suke video ni la.. (lagu still tak berape nak suke) Whatever it is THUMBS UP untuk video yang berjaya menceriakan malam aku..

Sunday, October 17, 2010

Dalam Hidup Tiade Button Rewind


-Button Idaman Ramai-

Hmm.. Memang betol pon kan dalam hidup kita ni takde button rewind.. Kenape orang ramai nak button rewind ni? Aku pon pernah la ade keinginan yang sangat kuat untuk button ni.. PERNAH la jugak.. Sebab bila aku dah buat kesalahan yang sangat tak boleh diterima akal, yang bercanggah dengan perangai aku yang sebenar, aku perlukan button itu untuk aku elakkan buat kesalahan tersebut.. Tapi nak buat macam mane ye tak? Benda dah jadik.. Itulah gunanya akal fikiran. Bila dah buat salah, bertaubat lah.. Kalau kesalahan yang kita buat tu ade kaitan dengan hati manusia, minta la kemaafan. Bukan time raya je minta maaf..

Lebih kurang camni la saya nye muke nak mtk maaf ye.

So kepade sape2 yang saya dah buat salah dengan anda, saya meminta jutaan kemaafan.. Hoho~ Apsal la post ni macam ni..? Tapi serius la.. Mintak maaf la ye.. Kadang-kadang dalam kita tak sedar, kita dah lukakan hati orang.. Dan kita takde superpower yang membolehkan kita membaca hati orang. Bantulah aku untuk menjaga lidah ni daripada melukakan hati sesiapa, walaupun sedikit.. Bantulah aku untuk menjaga mata ni daripada memandang dengan renungan yang tajam sampai orang terasa aku men-double-kan darjat.. Oh no no no.. Mata aku memang macam ni. Reaksi muka aku pon memang begini.. Bukan sombong, cumenye aku tak reti nak buat muka manis kalau tengah dok sorang2, ataupun mase tengah jalan2..

Kalau yang still bergelar student tu, kadang-kadang bila kita banyak homework, assignment, tutorial dan yang sewaktu dengannya, kita akan rasa malas gila nk buat.. Aku pon macam tu.. Pergi keluar jalan-jalan dengan kawan2 lagi best. Boleh berborak-borak sampai abes suare.. Lagi seronok daripada ngadap kerja-kerja.. TAPI TAPI TAPI.. Bila da sampai due nak hantar, time ni lah stay up tak ingat.. Da start doa semoga ade button rewind la, ade event yang buatkan cikgu takkan masok kelas la.. Haa, mulalah tanya satu kelas, dah siap ke belom masing2.. Time ni kalau orang yang dah siap tu, jadiklah mangsa.. Kerja dia dipinjam nak dijadikan RUJUKAN.. hakhak.. Tak boleh blah rujukan.. Takdo makno eyh.. Copy la tu sume nye.. haha.. Cikgu.. Saya pernah buat.. Mase tu Form 2 ngan Form 3.. Pastu tak buat dah.. huuu~~

Antara buku, snack atau mp3..

Bila pasal kerja takpe lagi la nak copy2 ni.. Kalau untuk exam.. Whoaa.. Gile kao!! Aku ni suka study last minute.. Entah la kenape.. Walaupun aku tawu yang sangat tak elok kalo study last minute sebab takut blank time nk jawab exam tu, aku buat gak.. Alhamdulillah la.. Aku pernah blank time paper Maths.. Petunjuk tu.. Nak dijadikan cerita, time Form 2, aku ni malas sangat nak buat latihan maths. Aku lagi suka membaca.. So, aku lagi fokus kat subjek yg baca2 ni.. Tibe2, tengah syok bace2 aku check balek jadual exam.. Time tu da nk tido, aku tgok ade exam maths esoknye.. Satu ape pon tak sentuh.. Da menyesal dah. Time ni memang sangat memerlukan button rewind.. Gelabah dah tak ingat.. Aku pon terus segar-bugar malam tu, ngadap la kejap maths tu.. Sampai la tertido.. Time perhimpunan, aku dok baca maths. Ye betol, BACA MATHS.. Time exam, hancur gile la subjek untuk hari tu.. Time management sangat penting oke..? Aku sangat nyesal, and da ke pangkal jalan dah..

Tulah serba sikit pasal button rewind through my lens..eceh~

Encik Pakwe ade pernah bagitahu..
"Kalau benda dah jadik nak buat macam mane.. Kita bukan bole delete2 macam kat facebook tu.."
Hmm.. Kat Encik Pakwe pon saya nak mintak maaf (kalau ade bace la).. Dengan dia ni pon saya ade buat byk salah.. Saya tawu~ Ampun.. :(

Marilah kita sama2 manfaatkan hidup ni dengan sebaik-baiknya.. Supaya kita takkan meminta button rewind untuk membaiki kesilapan yang telah kita lakukan.. Life must go on~

Friday, October 15, 2010

Stress Melanda


Lame gile tak update ni haa.. Aku keliru lah.. Macam mane nak lekat nuffnang ni.. Aku nak kaya gak weyh.. haha.. Sape2 tolong lah aku ni.. Aku bukan bole buat something ni separuh jalan.. Kalau boleh memang nak terus siap. Dah bajet la plak.. muahaha.. Serius ni.. Aku da macam sesat dah ni.. Tak keruan memikirkan perkara ini.. Semoga ade orang sudi tolong aku.. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Ahlan wasahlan ke blog ni.. Sekarang ni baru la terase nak menjelmakan blog yang lame da dipendam.. Salah silap harap dibetulkan..

p/s: post ni khas ditujukan kat hana yang da lame berblog ni.. So dye ni master aku.. Sifu, ajar lah aku.. muah! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...