Thursday, January 19, 2012

Mirotic


dear notes, lab reports, quizzes, test and assignment. i got youuuuuuuuu, under my skin. *sila baca dengan muzik lagu Mirotic-DBSK/TVXQ/Tohoshinki.*

meet my companions during stay up late night.
memang tak berapa nak jejak tanah aku dibuatnya semester ni. mana tak nya. semalam aku baru selesai 2 test, 1 quiz. fuhhh... test untuk subjek food nutrition, dengan analytical chemistry. quiz tu subjek computing. dah dua hari aku tak baring-baring rehat atas katil dengan sempurna. rabu haritu, ada test food engineering. tidur pun lena tak lena. kejap kejap terbangun sebab fikir kot kot ada chapter yang tak sempat cover. alhamdulillah. semalam bagaikan kemenangan buat aku pada jam 10. apa lagi, celebrate dengan makanan lah kan. cukuplah dengan nasik goreng kampung dan air kopi o ais dari green cafe. mahal pun mahal la, janji sedap. kehkeh~


memang sangat lah terbaik kedua dua combination ni.. ok dah. sebabkan test yang berlambak ni jugak buatkan aku tutup kejap facebook. haha. sebab aku kalau nak study, notes ada dalam lappy. so kalau dah bukak lappy bukak la ternet sekali. bukak ternet mesti bukak facebook skali. begitulah flashback saya. =,=
ok sekian. =)


Sunday, January 15, 2012

Congratulations!

sila klik gambar supaya lebih jelas.
syukur alhamdulillah. encik pakwe dapat posting tidaklah jauh mana. plus, beliau dapat duduk serumah dengan family dia. rumah sewa tidak perlu dicari. bermakna beliau dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. insyaAllah, semakin dipermudahkan. Allah mengetahui yang terbaik untuk kami. boleh la beliau berusaha supaya dapat mengumpul budget untuk majlis kami. eceh~ =)

doakan yang terbaik untuk kami. semoga hubungan kami lebih dirahmati Allah. 

P/S: dah boleh start mengira hari tak? hehe.. =)

Thursday, January 12, 2012

Frustrated


aku jadik tak faham. apa sebenarnya yang kau fikirkan. aku kira-kira baru beberapa tahun aku habis sekolah. 2009. sekarang 2012. baru tiga tahun. 3 tahun pertama semua orang sibuk. nak habiskan diploma, nak habiskan matrikulasi. perlu ke reunion besar-besar? fikirlah sikit. tak semua orang anak orang kaya. tak semua orang amek course yang sama. tak semua orang ada kereta yang mak bapak bagi untuk senang bergerak ke sana sini. senang cerita, tak semua orang sama. kalau setakat nak jumpa-jumpa beberapa kerat nak sembang-sembang ok lagi. bukan aku tak berminat nak involve itu ini. cuma aku rasa belum masa lagi. nak tanya khabar, fon kan ada. tanya kat facebook, macam lah semua orang online 24jam. cukuplah faham yang kawan kau ni sibuk sampai tak sempat nak online, tak cukup duit nak join benda alah yang kau arrange, tak cukup duit nak beli jersey sebagai tanda unite satu batch.

aku nak tanya sikit.
bila kawan kau takda duit nak makan ada kau amek tahu?
bila kawan kau ada masalah yang gila besar ada kau tolong nak solvekan?

bukan aku tak ingat kawan-kawan aku. orang tanya, aku jawab. orang tak kata apa-apa, aku diam.

Friday, January 6, 2012

Tak Faham

alhamdulillah, selesai sudah seminggu berkuliah. mana mana yang tengah exam maybe sudah 2 paper selesai barangkali. minggu ni sangat tough. tapi ku gagahi jua dengan izin dariNya. betul kata orang, kalau kita hilang sesuatu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. mungkin apa yang telah aku hilang itu tidak baik untuk aku. Allah knows the best for me. kalau nak cerita pasal barang hilang, memang lah kecewa. tapi nak buat macam mana, keselamatan kan lagi penting. 

sejak beberapa tahun ni aku sedar something. bila kita ada masalah, tempat terbaik untuk kita return to is Allah. cukuplah hanya ada Allah. aku pernah jugak try cerita kat orang. yelah ramai yang tanya tanya. tapi tak semua yang faham. aku yang kena balik ade lah.hangin aku.. =.='' last- last masalah aku tu jadik makin berat. tak boleh selesai pun kalau cerita kat ramai orang. 

aku taknak cakap banyak.

curik dari 9gag.

adakah aku dah buat apa apa yang kau tak suka?
aku ada kacau kau ke?
(kau takpayah nak terasa kalau ni bukan kau)

sebab sejak dua menjak ni, ada je orang dengki dengan aku. aku buat hal sendiri kot. kalau nak layan perangai orang satu satu, boleh gila aku jadiknya. come on la. jangan jadik budak budak. kalau tak suka cakap tak suka. takpayah nak cakap belakang. kat depan bukan main baik lagi. aku tak suka kau, aku tunjuk yang aku tak suka. kau je yang tak paham paham sign yang aku bagi. 

ok dah. biarkan orang macam tu. buang masa je kan? nak touching bagai sebab benda kecik. kau buat orang takpe pulak. haa, kan aku dah cakap pasal kau lagi. 



Tuesday, January 3, 2012

Poser Is The Biggest Loser

setelah seminggu cuti di rumah
sampailah aku ke kolej kesayangan hati malam semalam.
dengan kerja tak berapa nak siap,
barang yang tak berapa nak lengkap.
terpaksa aku buat lab report sendiri menggunakan logik akal
disebabkan wifi takde malam tadi.

semua dok tulis 
"selamat tahun baru"
'apa azam baru'
haha.
biaq pi kat depa.

tadi on the way balik kolej dari cari kalkulator,
aku nampak satu banner.
agak menarik disitu.
program yang tertulis kat banner tu,
pasal nak mencegah obesity.

tak habes habes kampus aku ni.
haritu kempen naik tangga.
la ni,
macam pertandingan the biggest loser.
siap ade hadiah bagai.

bagi aku, poser is the biggest loser. (tibe tibe)
haha.

poser tu apa?
a person who behaves or dresses in a way that intended to impress other people and is not sincere.
ramai kot orang kat keliling aku ni yang poser.

jangan jadik poser.
be yourselves.

oh ya.
sem ni sampai bulan april.
sekejap je nak habes.
pastu nanti naik sem 4, sem 5.
 sem 6 praktikal.
tak sabar nak graduate. =)


belajar biarlah kerana Allah, kerana nakkan ilmu.
jangan sebab nak lulus exam, nak dapat dekan.
tak kemana semua tu.
biar ikhlas.
nanti ilmu tu melekat je.
ingat sampai mati.
jangan nak jadik poser sangat.
nak hebat tu hebat ni untuk dipuji.


jangan asyik nak fikir negatif.
"aku tak boleh, aku tak pandai"
nonsense je sume tu.
semua orang boleh. trust me. akal Allah dah bagi.
gunakan sebaiknya.
mindset je lain-lain.

cikgu aku dulu pernah bagitahu,
 tak ada yang mustahil untuk kita.
kalau nak belajar jangan malu malu bertanya.
ego letak tepi even kita nak tanya kat orang yang lagi muda.

semoga kita semua tak terlambat lagi untuk perbaiki diri.
insyaAllah semakin hari, semakin menghargai dan mensyukuri.

P/S: berazam tak mahu jumpa kekasih hati sehingga beliau datang ke rumah membawa rombongan. hihi. semoga hubungan kami lebih diberkati. amin. insyaAllah..

ni kekasih gelap ku.. haha
kekasih hati. tak jauh beza muka dengan yg atas nun. =P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...