Friday, November 25, 2011

Mixed Feeling

Harini hari jumaat kn? Well, first week masuk kampus selalunya memang kelas macam segan silu nak wujud.. kalau ada pun berapa minit je. aku redha je lah pergi. dah datang sini sebab nak belajar. so kena lah pergi kelas. haha. macam skema.. 

ni haa yang buat kan aku mixed feeling ni haa..


hamek kau. besar-besar aku letak. sedih aku sebab tak menang contest konsert 2PM ni. so tak dapat lah aku nak tengok muka diorang ni semua live. sejak bila lah aku ni gila korea pon tak tahu lah. untuk merawat kesedihan aku ni, aku download segala mala lagu, video diorang ni. puas hati aku. huhu~~ selain daripada tu, aku terfikir nak pergi hotel diorang stay malam ni. nak pergi ketuk bilik sorang-sorang. hahaha. tengok muka pon jadiklah. hahahahaha. 

sudah-sudah la~

diam tak diam dah masuk semester 3 dah aku kat sini. alhamdulillah. everything went well. :) cuma tu ada lah sikit-sikit benda yang buat aku hangin-hangin. haha. biasa lah tu. kalau nak ok je sampai takda benda yang sedih, sakit hati tu tak boleh jugak. tak indah la dunia aku kalau warna ceria je. ye dak? heh~

sempena masuk sem baru ni aku ada buat azam. ececeh~


aku nak spend more time dengan members kat sini. wuu~ kalau ada rezeki, sem ni last untuk aku study kat kuala pilah. next sem nak sambung degree kat shah alam. insyaAllah. and of coz la nak study lagi rajin sem ni. credit hours makin bertambah. subjek pun dah tambah satu. dah jadik 8 subjects ye kawan-kawan. 

dah la. malas nak bebel lagi. lapar lah pulak. haha. bila dah lama tak update, nak kembalikan semangat update entry ni sangat susah wooh. ok guys. jumpa lagi next entry.. :) 

P/S I: aku cuba untuk jadi anak yang terbaik for both my parents. semua orang boleh cakap itu ini, tapi aku yang merasa benda ni. and i hope, adik-adik aku cukup kuat untuk hadapi semua ni dalam usia yang belum mampu uruskan diri sendiri lagi. semoga masalah orang dewasa, hanya yang dewasa cuba selesaikan hal itu sendiri.. 

P/S II : bila aku fikir balik. aku menjadi semakin takut dengan relationship. sebab takde contoh relationship baik yang boleh aku ikut, untuk aku jadikan panduan satu masa nanti. masa kursus kahwin, ustaz2 and ustazah2 ajar sesiapa pun mampu jadikan sesuatu relationship tu berjaya kalau kita jaga solat, jaga hubungan dengan Allah. ustaz dalam kelas pengurusan keluarga yang aku daftar selama dua sem kat sini pun cakap benda yang sama. aku tak nak bakal anak2 aku rasa serba tak cukup especially perhatian dan didikan agama disebabkan kesilapan ibu ayah diorang.  nauzubillah~

KUATLAH wahai HATI.

Allah takkan bagi ujian dekat kita kalau kita tak mampu kan? Allah uji aku untuk certain benda, so Allah gantikan aku kegembiraan untuk benda lain pulak. semua dah tertulis. jangan risau. aku takkan berhenti belajar. aku makin kuat untuk belajar dan dapatkan result yang baik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...