Sunday, April 3, 2011

A Moment To Remember

2 April 2011

Dari secomel-comel binatang hingga segedabak binatang telah kami berkenalan. muahaha. lawatan sambil belajar di zoo melaka memang best! berbekalkan minyak rm30 yang diisi oleh pakcik kt petrol pump, membuatkan encik pakwe sedikit kebengangan kerana sepatutnya tong minyak si kancil merah yang comel itu penuh..

on the way to melaka, saya ternampak signboard mcm orang buang sampah. oh silap! itu gambar orang atas bukit. apabila encik pakwe terperasan ke-jakun-an saya terhadap signboard tersebut, beliau berhenti untuk menunjukkan saya tempat tersebut. cantik~ boleh nampak permandangan kereta lalu2.

perjalanan masih diteruskan, setiba di zoo melaka, kami lupa, dalam wallet masing2 ade below rm20. ATM machine takde dalam zoo sebab binatang xde bank. huhu~ nasib baik masuk sorang rm7 je. so, total rm14 je. fuhh~ penat dan sangat puas dapat jumpe kawan-kawan eh silap, haiwan-haiwan..

jom pergi shopping plak. dah lepaskan rindu kat haiwan, time untuk makan ok. kami makan di restoran yang boleh saya menunjukkan kepakaran memasak kepada encik pakwe. ok sangat licin beliau makan. saya suka orang habiskan apa yang saya masak. sebab nanti bile dah nikah, saya nak masakkan makanan untuk encik suami. *ok saya dah pass part memasak untuk beliau* alhamdulillah.. =) *so tinggal part nak jumpe parents abg je kihkih*

apa lagi nak cite ek? oh ya. harini punye report plak..

3 April 2011

berbekalkan duit ptptn dan elaun setiap semester, cukupkah anda untuk hidup bersama orang yang tersayang?
jawapannya... YA CUKUP!
kenapa?
sebab, apa yang kita perlukan harus diutamakan berbanding yang dikehendakkan.
orang mungkin ramai yang tidak setuju atas statement saya ini. ok fine~~
cukup je padahal. yang penting jangan merungut nak itu ini, terima dulu seadanya kerana bila nikah je. pasti akan ada rezeki yang kamu  takkan sangka-sangka turun dari ALLAH. insyaAllah, bila kita niat yang baik, DIA pasti akan turunkan yang baik untuk kita.
orang ramai cakap kawen awal gatal. mane lagi gatal? kapel lame2 ke dah halal awal2?
pada saya, kenapa nak susahkan diri bila Islam itu sendiri mudah..
daripada duduk berprojek tanpa hubungan yang sah, lebih baik duduk dalam bilik dengan suami / isteri.
dapat anak, anak pun halal.
jangan disekat apa yang sepatutnya, yang sebaiknya mengikut ajaran Islam.
taknak kawen lagi sebab tak sedia lagi, muda lagi?
kita sendiri pun tak tahu bila kita akan sedia, tapi bila kita jujur, time tu lah sebenarnya kita dah sedia.
pada saya, kenapa nak enjoy2 pulak bila sepatutnya dalam hidup kita ada matlamat.
saya nak enjoy, tapi taknak enjoy sorang2. nak enjoy dengan abang.
nak gi haji n umrah dengan abg,
nak hidup susah senang dengan abg,
nak puasa dengan abg,
nak sambut raya dengan abg,
semua nak buat dengan abg.

insyaAllah semua dipermudahkan. doakan saya ok.. sebab saya bahagia dengan abg saya. dan saya akan lebih bahagia jika saya telah halal dengan abg saya. insyaAllah.
jangan kecik hati dengan saya kalau saya kurang bergaul dengan orang ramai kerana saya sudah terbiasa sentiasa ada dan sentiasa refer abg saya.

terima kasih Abg kerana sentiasa ada dengan Tia..

Syawal 1431 / Aidilfitri 2010

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...