Wednesday, April 27, 2011

Keep Moving Forward

sape kate tengok movie time exam tak bagos?
depends la movie ape yang korang tengok.

lepas paper chemistry semalam, aku letih gila.
dengan tak mandi lagi, seusai solat maghrib aku teros melelapkan mata.
yelah, dah dua tiga hari tak cukup tidur.
sampai time exam pon shivering sebab letih sangat.
dengan makan yang tak bape nak teratur.
kesian kan?

nak buat macam mana, tak prepare awal-awal untuk exam memang lah kena sakit kemudian hari ni. =.=

apabila sudah terbangun pukul 1a.m, aku pon buat lah ape-ape yang patot sebab terasa badan sangat sakit.
dah segar sebab mandi tengah malam, aku amek keputusan untuk tengok movie sikit.

belek punya belek, aku ternampak ade satu movie yg aku pernah tengok tapi tak habes.

MEET THE ROBINSONS.



sedap kot. even tu citer kartun, tapi sangat menaikkan semangat.
ni kesahnye seorang budak yang bijak, sukakan science dan suka mencipta.
mase kecik dia sangat kreatif.
tapi setiap kali dia invent something, mesti akan ada benda yang tak elok jadik.
serba sedikit membuatkan dia give up untuk invent lagi.

nak sedap cite lagi, korang tengok lah sendiri.
macam mana dia boleh jadik semangat balek.
tu memang kena tengok sendiri.
serius best!

family robinsons yang sangat pelik *in future sume camni kot*

walt disney kan suke keluarkan cerita-cerita yang cute and bermesej ni.
tapi seperti yang sedia maklum, kalau cerita walt disney mesti ade elemen 'going back home'.
pernah perasan tak?
kalau tak pernah, tengok sendiri.
semua cerita-cerita diorang ni, akan menuju ke tempat asal.

ok berbalik cerita MEET THE ROBINSONS tadi, mesej yang aku dapat daripada cerita tu,
kita kena KEEP MOVING FORWARD.
walau apa pun yang terjadik, jangan putus asa.
kegagalan membawa kepada kejayaan, dengan syarat. DON'T EVER GIVE UP.
kalau budak tu give up, benda takkan sama dekat future nanti.
lagi satu, lelaki tu sangat cute memberi pesanan.

*ni aku translate dalam bahasa yang aku faham*
"walau macam mana sekalipun, isteri dia tetap betul. iye kan sahaja."

i loike~~
ye memang betul pon. nak pikat hati isteri memang kena macam tu.
jangan banyak cakap. iye kan jelah. nanti pandai-pandailah kitorang fikir balek.
ok nak tido.
papai~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...