Friday, November 12, 2010

No Title

Entry kali ni maybe akan menunjukkan sedikit ke-emo-an aku. So suka hati lah kalau nak teruskan membaca or just baca tajuk pon dah cukup. Aku tak kesah. Semua orang ada hak. Oke fine. Fine. Aku sudah emo.

Sepanjang aku hidup selama 18 tahun ni, aku rase pengalaman aku lagi cetek dari korang. Yelah, still blom keluar tengok dunia sebenar. Oh yeke? Aku ni dok dalam dunia plastik ke ape? Selama ni tak benar ke dunia yang aku duduk ni.. Cool weyh cool~

Aku teringat time aku sekolah. Time kat STJ dulu, aku memang ramai kawan. Yang rapat dengan aku pon ramai. bagi aku tak salah nak rapat dengan budak laki ni as long as aku ngan dyorang tau jage batas. Alhamdulillah. Sampai harini aku kawan dengan dyorang, blom terjadi scene tepuk-tepuk tampar lagi lah dengan dyorang. Even one of them,  si Mat Top sangat gile. Bukan gile ape, gile dengan cara dia sendiri.

Cerita pasal kegilaan ni, aku pernah menghadapi konflik dalam diri yang sangat serius satu ketika dahulu. Punya lah gila si mattop ni, dye punya nak dengar aku cerita masalah aku, dye sanggup tinggalkan homework yang sangat berlambak malam tu. Oh ya. Time tu prep malam. Kitorang gi ronda-ronda satu sekolah sambil aku bercerita. Aku tak nak rapat sangat dengan si mattop ni sebab aku takot nanti ade orang mara, jeles. Tak kesah la sape-sape pon. Kita tak tawu kan, ape dalam hati orang?

Flashback lagi ke belakang~
Kisah ni berlaku masa aku form4. Aku terpilih ke satu camping ni dengan 3 orang budak lagi. 2 laki, 2 pompuan. Jaoh weyh nak ke sekolah yang kitorang nak camping tu. Kuala Pilah ke Sabak Bernam. Terbenam punggung aku dalam bas woh. haha~ Punyalah lama dok dalam bas. Bas tu ade brenti makan jap kat r&r Dengkil. Kat sini aku tak lapar. Tapi member aku ni yang sangat caring (kalau aku tak cukop kuat time tu, agaknye aku dah jatuh hati kat dye da), tolong belikan aku makanan. Nak tak nak, makan la jugak. Nak jaga hati kawan la katakan.. Dalam bas tu ade lagi budak sekolah lain. Semua SBP dalam negeri sembilan naik bas tu. Member aku ni dok belakang aku. Lantak la hai, aku nak tido, aku tido je. Takde nak kon-kon de.. Bila lama dalam bas mestilah sejuk an? Aku di-offer sweater. Caringnye. Oke, pompuan sangat cair dengan laki caring. SILA JANGAN CARING SEBARANGAN YE LELAKI. Dalam hati aku time tu 'jangan wey jangan. kawan sendiri tu'. Lagi satu, aku taknak pakai sweater member aku tu sebab aku takut bakal suami aku pon pernah buat bende sama kat kawan pompuan dye. Oke, kat situ dah ada unsur ketidak-special-an lagi. Aku sangat menjaga kot. Sebab kalau aku jaga, insyaAllah, my future husband pon jenis yang menjaga.

Aku nak cakap ni je. Masa lampau kita sedikit sebanyak menggambarkan masa depan kita.

Aku ngaku, aku tak suke orang mulut manis-manis ni. Sebab kalau dye pernah cakap kat aku ayat-ayat manis dye tu, OF COURSE lah dye dah pernah cakap kat orang lain. Ramai kot member lelaki aku pernah cerita kat aku. Yang jenis cinta lokasi pon ade. Orang sekarang ni macam-macam. Da tak boleh nak salahkan mane-mane kaum. Lelaki ke perempuan, semua sama. Kalau dah macam tu perangai, macam tu jugak. Aku pon takde la baik sangat. Tapi aku maybe boleh fikir lagi, ape patut aku buat, ape yang tak patut. InsyaAllah. YA ALLAH, teruslah bimbing hati aku.. =')

Ade jugak budak-budak ni bagitawu aku, cerita-cerita.. Dyorang rasa sunyi bile takde kawan yang special. Ohho~ Aku tak berani sangat nak bagi nasihat. Sebab aku sendiri tak pasti kisah aku. Semua tu kan ketentuan Allah. Aku hanya boleh merancang. Kalau bernasib baik, korang dapat la yang baik. Risiko tu semua kita yang kena tanggung sendiri. Bersederhana yang penting. Cakap memang lah senang. Tapi nak buat tu, antara aku dengan Allah je tawu betapa susahnye.

Bila sayang sangat, boleh jadik orang tu akan jadik yang paling kita benci.
Bila benci sangat, boleh jadik orang tu akan jadik yang paling kita sayang.
Bila percaya sangat, boleh jadik sangat kecewa bila dapat tahu sesuatu yang kita taknak dengar dan lihat.
Bila tak percaya langsung, boleh jadik orang tu yang paling ikhlas dekat kita.

Susah senang sesuatu perkara hanya kita yang rasa. Kalau dicerita sekalipun, pengalaman masing-masing berbeza. Life is all about gambling. Korang terpaksa mempertaruhkan hati dan perasaan. Bukan bende kecik tu. Banyak bende kena berkorban. Aku mungkin masih muda. Tapi aku rasa, aku observe bende ni dah lama. Kat sekolah takde diajar secara langsung. Tapi mana lagi nak kutip? Kematangan bukan pada angka umur.

Aku rasa aku dah banyak kecikkan hati orang sampai harini. Sorry lah. Kalau aku rasa ada yang tak kena, aku dah malas nak teruskan. If korang cakap korang kenal aku, mestilah perasan aku still berminat or not. Jangan tanya aku soalan yang mengantoikan diri korang yang korang still tak kenal aku. Buat aku berangin je. Aku dengar kata hati aku taw.

Kalau sekali saya cakap AWAK yang special, trust me! Saya TAKKAN menyamakan taraf  awak dengan sapa-sapa. Dekat mana-mana pon saya akan adakan tempat yang lain untuk awak. Ye. Awak sorang je bole ade tempat tu. Orang lain takkan saya samakan dengan awak. Sebab untuk apa saya carik yang lain sekiranya awak yang special. Saya nak awak pon buat yang sama. Mungkin saya tidak pernah menyatakannya secara langsung, tapi sila lah alert oke. Kalau berkawan dengan orang lain tu, ingat-ingatlah sikit. Jangan ingat saya tak boleh buat bende yang sama. Nanti janganlah marah ye kalau dah terkena. Sebab kita takkan tahu ape perasaan orang tu, kalau kita sendiri tak rasa. Saya nak bagi awak rasa apa yang saya rasa. Oke, fair and square. Ah sudahlah. Ni cakap-cakap orang belum keluar ke dunia sebenar. Sila abaikan~

Kalau cakap banyak kali, bagi hint beribu kali, but still tak paham, buat penat orang lain je. Sebab tu lah aku cakap kat kawan-kawan aku ni. Semua bende ni ada pros and cons. Kalau agak-agak tak sedia, janganlah berani sangat nak melibatkan diri. Nanti akan melukakan hati orang lain. Tapi aku bukan tak bagi terus, apa salahnye kalau nak belajar. Jangan dipermainkan sudah..

What goes around, comes around. Aku percaya, kalau aku menjaga diri aku dengan baik, orang tu pon mesti jaga diri dye baik-baik. Mungkin aku punya sejarah kelabu asap yang masih menerawang dalam kisah aku, tapi aku cuba untuk perbaiki semua kesilapan tersebut. Ehm, mungkin si dia juga mempunyai sejarah kelabu asap yang sedikit sama tetapi berbeza dengan aku. Tak kisah lah, asalkan dia juga belajar untuk tidak mengulanginya.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...