Wednesday, November 10, 2010

Hand Brake

Watak-watak : Sya, Cikgu Jaya, Cikgu Miswan (semua watak adalah rekaan semata-mata).
Latar Tempat : Salah sebuah Pusat Memandu di Selangor.
Waktu : Kira-kira jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Sya meneruskan latihan mendaki dan munurun bukit, parking dan tiga penjuru seperti biasa. Dengan sedikit rasa gemuruh kerana sudah agak lama tidak memegang stereng. Namun, dia mempunyai semangat pada hari ini lebih daripada hari-hari sebelum ini. Mengapa? Dia sendiri tidak pasti. Round pertama, Ok. Round kedua juga ok. Round ketiga apabila Cikgu Jaya mengalihkan pandangannya dari Sya kerana pada pendapatnya Sya semakin mahir, ketika inilah peristiwa tersebut berlaku.

Ketika di bukit, Sya tiada masalah. Tiba part parking...

Dia memilih kotak 6. Masuk gear reverse, kereta mula bergerak sehingga Sya nampak tiang pertama hadapan melalui cermin tiga segi. Pusing stereng ke kiri habis, kereta bergerak sehingga dia nampak 4 tiang pertama belakang melalui side mirror kanan. Stereng dipusing ke kanan 2 kali. Kereta bergerak sehingga tayar kanan belakang mencecah line putih. Sya memusingkan lagi stereng ke kanan, kali ini sehingga habis. Kereta bergerak sehingga tayar kanan depan mencecah line. Stereng dipusing ke kiri sampai habis dan gear 1 digunakan untuk gerakkan kereta agar dapat lurus di dalam kotak. HAND BRAKE diangkat, gear di-free-kan. Lalu, tangan diangkat menandakan Sya sudah masuk ke dalam kotak dengan jayanya.

Tanpa berlengah, Sya memasukkan gear reverse dan kereta hampir sedia untuk keluar dari kotak parking. Masuk gear 1, kereta tidak mahu bergerak.
"Eh. Eh. Da kenapa ni? Ala, kete ni jangan la merajuk.." kata Sya.
Berkali-kali dicuba, masih tidak berjaya. Malah ketika klac diangkat, kereta mati. Gabra sudah. Berpeluh-peluh apatah lagi. Nasib baik ada cikgu memandu sekolah lain dekat belakang. Dengan berbekalkan muka yang agak tebal, Sya memanggil cikgu tadi untuk meminta bantuan. Muka cikgu tu sangat bengis. Tak tipu woh~

"Cikgu, kenapa kereta ni tak nak gerak cikgu? Saya lepas klac dia mati." Sya memang dah kabut. Kalut.
"Dia mati ye, awak punye HAND BRAKE dah turun?" kata Cikgu Miswan.
"Allahuakbar! Saya lupa cikgu. Patutlah~ Terima kasih ye cikgu.." senyum Sya dengan muka malu.
"Sama-sama." jawab Cikgu Miswan sambil ketawa.


_________________________________________

Malu weyh kalau aku jadik si Sya ni. haha~ Rilek la an. Belajar, mesti la ada yang salah. Kalau tak, bukan belajar namanya.. Asyik betul je, tak adventure pulak. Ye tak? Oh ya! Sya ni memang kabut. Baru kena gertak, dah kecut. haha~ Good Luck la Sya. Aku dengar-dengar, Sya ni test JPJ kereta Jumaat ni. All the best lah ye.. Nanti kalau dah ade lesen, jangan lupa HAND BRAKE. Hahahaha~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...