Monday, November 1, 2010

Aku Sepasang Cermin Mata

Aku sudah lupa aku dibuat di kilang mana. Yang pasti, tiba-tiba aku sudah berada di sebuah kedai cermin mata di Seremban. Badanku berwarna coklat. Cerminku berbentuk petak dan bulat sedikit di bucunya. Pada frameku tertera gambar seorang lelaki menaiki kuda sedang memegang stick macam nak pukul bola.

Pada suatu hari, datang seorang perempuan untuk membeli cermin mata. Beliau langsung tidak memandangku. Tetapi memandang casingku yang berwarna maroon dan sedikit warna putih. Ya! Perempuan itu telah jatuh hati kepada casingku. Lantas, beliau bersuara.
"Cermin mata yang mana saya beli boleh dapat casing ni?"
Seakan satu kepelikan apabila ada orang seperti itu. kahkahkah~ Aku dibariskan bersama rakan-rakanku yang sekiranya perempuan tadi beli akan mendapat casing idamannya. Setelah beliau mencuba rakan-rakanku dan hampir putus asa kerana tiada yang dirasakan serasi aku telah men-shining-kan diri aku agar beliau nampak aku. Syukur. Beliau walaupun rabun tapi masih boleh nampak kewujudan aku.

Beliau mencuba aku beberapa kali dan melihat cermin sambil pose sana pose sini (ok itu tipu!). Beliau merasakan ada keserasian antara kami. Selepas membayar wang deposit, beliau meninggalkan aku seketika di kedai untuk digodek oleh tuan punya kedai bagi memasukkan cermin yang telah diukur mengikut tahap kerabunan beliau. Aku berasa sangat gembira kerana aku sudah tidak perlu untuk menunggu lagi. Sungguh! Penantian satu penyiksaan..

Sejam selepas digodek-godek, aku dibawa oleh tuan aku keluar dari kedai. Khidmat pertamaku kepada beliau ialah menonton wayang. Kasihan beliau. Tengok wayang sorang-sorang. haha~

Tuan aku sungguh cermat orangnya. Chewah~ Sungguhpun sudah setahun lebih menggunakan aku, cerminku masih tiada kesan calar. Sehinggalah pada suatu ketika, beliau mengunjungi kedai cermin mata untuk menempah sepasang kanta sentuh. Aku merasakan yang beliau sudah tidak memerlukan khidmatku lagi. Kecik hatiku~ Memang benar cerita yang aku dengar sebelum ini. Beliau memang cepat suka bertukar sesuatu barang. Ada juga cerita sampai kepadaku, pernah sewaktu beliau sudah jemu dengan cermin mata lama, beliau telah TERPATAHKAN cermin mata tersebut. Buruk sungguh perangai~ huhu..

Tetapi berita gembira buatku. Tuanku tidak lama pun memakai kanta sentuh tersebut. Sebulan je. Beliau mahu melihat sejauh mana ke-power-an kanta sentuh berbanding carmin mata. Memang, aku jauh lebih power.. Terima kasih tuan kerana cepat tersedar. Beliau terus menggunakan aku sehinggalah..

Tanggal 31 Oktober 2010-
Telah banyak kenangan manis dan pahit tuan aku kongsikan bersamaku. Walaupun beliau tidak sedar, tetapi aku sentiasa bersamanya. Aku telah melihat banyak ciptaan Yang Maha Esa bersama beliau. Beliau memandang orang yang beliau sayang juga melalui aku. EYES DON'T LIE. Aku tahu siapa setiap daripada mereka. Dalam perjalanan pulang bersama Encik Pakwe dari urusan yang sangat penting, mereka berhenti untuk solat seketika di salah sebuah R&R. Disebabkan tuan aku yang terlupa akan aku seketika, aku telah berada di satu tempat yang tidakku ketahui sehingga kini. Khidmatku terputus sehingga ketika itu. Kini aku sudah tidak lagi dapat bersama beliau. Aku tahu, beliau risau akan keadaanku. Beliau bersungguh-sungguh mencari aku. Tetapi jodoh tidak menyebelahi kami. Sampai disitu sahaja telah ditetapkan. Aku berasa sungguh sedih. Beliau pun begitu juga. huwaaa~~ :'(

Casing yang keseorangan..

4 comments:

  1. Aku telah melihat banyak ciptaan Yang Maha Esa bersama beliau...love dat sentence..X)

    ReplyDelete
  2. thanks thanks thanks.. :)
    yep. anda juga salah satu ciptaan Yang Maha Esa yg telah dilihat melalui cermin mata ini..

    ReplyDelete
  3. sape sayang sape wey? aku syg cermin mata aku sgt.. :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...