Berbekalkan otak yang kosong dengan ilmu pemanduan kereta, perut yang hanya diisi 1/2 karipap dan air masak botol air yang dah bape lame aku susah nak abeskan,
Selama beberape minit je cikgu aku tu terangkan pasal kereta ni, terus dia suruh salah seorang daripada aku ngan sorang lagi student dia ni bawak kereta. Nasib baik aku tak tertelan gigi tadi.. Bahahaha~~
Mula-mula tu cuak kot.. Tapi dah bape round tah aku bawak kat PMKK tu, ok la.. Aku dah tak rase takut-takut sangat dah.
Tiba-tiba, cikgu aku nak terkucil la plak.. Haiyoo~ Tunggu saya abes belajar tak boleh ke cikgu? Rupe-rupenye dia suruh aku bawak sendiri.. Dengan cara tu, aku takde la berani time dia kt sebelah je.. Tu dia cakap lah.. Tak lame je aku bawak sendiri , tayar kancil tu da makan divider.. Ow man! Malu kot.. Haha.. Tapi aku buat muka macam takde pape. Bangla kat dalam roundabout yang tengah kutip-kutip daun kering tu tolong aku dari luar.. Thank you lah..
Please take it seriously.. |
Esok belajar bawak kt jalan besar pulak.. So aku nak warning la awal-awal.
KEPADA SEMUA PENGGUNA JALANRAYA KAWASAN PUNCAK ALAM, MERU, KLANG, KAPAR ESPECIALLY KAT AREA KG. PEREPAT.
KALAU NAMPAK KERETA SEKOLAH MEMANDU U/JAYA SILALAH JAUHKAN KENDERAAN ANDA KERANA DIKHUATIRI BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIJANGKA.. hahahaha~~
P/S : Aku suke tarikh hari ni.. :) cantik kan..? 20/10/2010
No comments:
Post a Comment