Thursday, October 28, 2010

Sila Lihat


Ada mata, lihat. 
Kadang-kadang setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian, kita tak berapa nak ambil kira. 
Bila dah takde baru tercari-cari. 
Dah tak guna. 
Tak boleh buat apa.  
Bersyukurlah dengan setiap yang kita ada.
Mungkin satu hari nanti, kita dah tak berupaya untuk memiliki sesuatu seperti sekarang.
Ingat.
Yang Pemilik segala perkara dalam dunia ni hanya SATU. Yang Maha Berkuasa itu.

Melihat dengan mata hati SEKALI, jauh lebih baik daripada melihat dengan mata kasar BERKALI-KALI.
Jangan asyik mengungkit kesilapan orang lain.
Setiap kali diungkit, setiap kali itulah hatinya kau sakiti.
Adakah engkau tahu sekiranya dia sudah berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lampau?
Apakah sumbangan engkau untuk menolongnya?
"Hei, kalau tak sindir-sindir banyak kali, budak ni takkan nak berubah."
Ya. Itulah sumbanganmu. Pada pendapatmu.
Pernahkah kau terfikir?
Kau berada di tempat yang sama sepertinya.
Lihat. Tengok betul-betul.

Engkau lebih selesa menghukum perasaan orang lain membuta tuli.
Lihat. BUTA dan TULI. 
Engkau telah menzalimi hati orang lain.
BUTA. Engkau tidak melihat dengan mata hatimu.
TULI. Engkau tidak mendengar kata hati kecilmu.

Kisah kita berbeza-beza.
Kau dengan cara kau.
Aku dengan cara aku.
Tapi terkadang kita adalah sama.
Sama tidak menggunakan segala pancaindera yang telah dikurniakan dengan sebaiknya.
Lihat. Tengok betul-betul.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...