Tiba-tiba..
"Angah (bukan nama sebenar), esok kau exam ape ngah?" tanya Adik (bukan nama sebenar).
"Perdagangan." jawab Angah.
"Angah, perdagangan tu ape?" tanya Adik lagi.
"Perdagangan tu berdagang lah." jawab Angah tanpa rasa segan silu.
"Macam mana belajar dia?"
"Kena naik kapal, pergi berdagang, jual-beli kat Port Klang, emm kadang-kadang kena belajar rampas kapal orang."
"Bestnye Angah. Kirenye cikgu kau bawak kau pergi Port Klang selalu la ni ea?"
"Aah. 3 kali seminggu pergi sana."
"Rampas kapal macam lanun?"
"Yelah. Tapi Angah lagi tinggi power dari lanun pastu hati baik sikit dari lanun."
"Oh. Nak la amek perdagangan time Form 4 nanti."
"Tak payah la. Cukup la sorang lanun dalam rumah ni."
Kapal dagang di Port Klang Angah. |
Tak lama kemudian, bergegar rumah dengan gelak ketawa sebab kesengalan yang melanda. 10 minit lepas tu..
"Along, betul ke ape yang Angah cakap tu?" tanya Abby (bukan nama sebenar) dengan penuh minat.
"Betul-betul. Macam tu la dia belajar perdagangan." jawab Along.
Angah menyiku Along akibat tak dapat menahan ketawa yang dah berapa kali terbarai.
"Hep! Cakap benda betul-betul kat adik-adik!" Umi (bukan nama sebenar) mencelah, cuba membetulkan keadaan.
Along blah dari depan komputer kerana cerita Chinta kat TV3 dah start dan meninggalkan Angah, Adik dan Abby sambil berkata dalam hati 'Haha. Padan muka kao lanun..Settlekan sendiri.'
Time nak tidur. Adik masih terpinga-pinga dan masih bertanya Along kesahihan cerita Angah petang tadi. Ceh! Angah tak bertanggungjawab. Memang lanun. Lantas, Along membongkar kebenaran dan menyatakan kepada Adik bahawa kisah tadi tidak benar. Mana lah ada kaitan subjek perdagangan dengan lanun bagai. Cuba bayangkan kalau belajar subjek Geografi, adakah perlu kita mengelilingi dunia semata-mata hendak mengetahui latar belakang sesuatu tempat. Dan bayangkan lah subjek-subjek yang lain. Cerita Angah tadi tipu belaka. Tapi dia ni lanun, memang betul. Suka merampas kapal orang lain (turn guna PC). Terutama kapal Along. Time Along nak kemudi kapal, Angah suka merampas kapal tersebut dengan cara psycho. Ngeng!