Saturday, March 12, 2011

H.E.C.T.I.C

Sejak beberapa minggu lepas ke-busy-an telah melanda. Biasa lah tu busy dengan test, quiz, tutorial.. Adatlah kan.. Dalam pada itu, aku telah menemui sesuatu yang amat menyedarkan aku yang agak lena sebelum ni.

There's no shortcut to success. Semuanya kena ada effort. Aku tahu yang aku bukan jenis yang huhahuha.. SEBAB tu bukan aku. Bila aku jadik camtu, aku lalai nak study hard. Aku lupa niat aku datang sini. Alhamdulillah, aku dah kembali seperti Fatihah Ashikin semula. Terima kasih Ya Allah! Aku rindu best friends aku~~ Diorang paham aku, tak payah aku cakap pun boleh paham. Tu lah kawan kn? Tahu ape yang ada dalam hati kita..

Aku tahu orang kat sini ade yang tak bape nak puas hati bila aku dah jadik macam sekarang. Sebab aku memang macam ni pon.. Bukan sombong, tapi memang aku tak bole nak lepak sangat. So, sorry okeh. Lain orang, lain gaya. Ade yang nampak lepak je sepanjang masa, tapi time test quiz result gempak gila. *aku tak camtu kot* Sebab tu aku takut nak lepak-lepak lagi. Kalau nampak aku tak layan tu, maknanya aku sangat busy untuk buat perkara yang lagi penting.

Biarlah nak kata skema ke ape ke, lantaklah hai.. Aku da imun kot.. Yang penting aku tahu ape aku buat. Tak effect kat hidup korang pon kan kalau aku skema. Heh~

P/S: Sila dengar nasihat orang yang berpengalaman. Sebab bile kite tak dengar, then dah terjadik something baru terasa apa yang diperkatakan tu betol. Aku sayang orang yang berpengalaman.. <3

2 comments:

  1. disini senantiasa insyaAllah menyayangi kamu...<3 semoga kita terus belajar dan bercinta dan belajar tentang cinta...^^amiin...

    ReplyDelete
  2. @kepala manchiss: terima kasih ya habibi.. sy juga sentiasa menyayangi kamu, sy akn cuba terus belajar dan bercinta dan belajar tentang cinta.. aminn, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...