Wednesday, March 23, 2011

Merah~ Reddish

Hahaha.. Apasal entry kali ni bertajuk macam ni pon tak taw lah..

Kelegaan jelas terpancar lantaran usai menjawab test 2 biology malam tadi. Terus aku sambung tengok Yakitate. Ape tuh? Macam nama makanan je kan? Yakitate ni anime jepun. Best kot.. Cerita pasal sorang budak yang pandai dan terover terer buat roti.. Kalau berminat nak tengok, boleh amek kat aku.. Satu episod RM2. Kahkah~~ Malas nak mengulas cerita Yakitate ni sebab takde mood nak cerita pasal ni sekarang.

Sebab aku ada cerita yang lagi ber-mood untuk diulaskan.. :)

Sepatutnya lab bio arini diganti dengan kelas revision. Aku dengan penuh semangat waja bangun seawal 5 pagi untuk prepare diri untuk ke kelas. Malangnya, selepas aku sampai ke bangunan admin pada jam 8.15 pagi, Kak Fara hantar mesej, katanya.. "cluz rini batal" cet! Aku dah sampai kot~ =,='

Untuk mengcoverkan diri yang dah malu, aku pergi beli sarapan dulu sebelum jalan balik ke rumah. On the way nak ke rumah, semua orang yang kenal aku, tanya. "Kenapa balik? Orang lain sume gi kelas." Haha.. Aku hanya mampu senyum. Malas nak cakap pape..

Ini satu lagi yang boleh menaikkan ke-reddish-an dalam diri aku untuk harini.

Berbekalkan syiling RM2.50, aku turun ke bawah untuk meminta jasa baik encik washing machine untuk basuhkan baju-baju aku yang dah 2 minggu  dah beberapa hari dalam bakul. Satu-satu keping syiling aku masukkan. Akan tetapi, aku merasakan ketidak sedapan hati ketika itu. Sesudah memasukkan syiling, aku tekan button power. TAK ON MACHINE TU. Aku tekan lagi sekali, kali ini lama sedikit ditekannya. TAK ON LAGI. Sedih dan sebak mula beraja di hati. Aku bawak balik bakul ke rumah.

Even ade machine kat kolej aku ni, aku still basoh pakai tangan taw~ cet!

Sejam aku habiskan masa basuh baju. Huhu~ Perkara seperti ini membuatkan aku rasa cepat-cepat nak balik rumah.. Sepatutnya sejam tu aku dah peruntukkan untuk buat tutorial math yang agak sikit. Heh~ Tu lah tangguh kerja memang la kerja makin 'sikit'. Aku asyik terbayang RM2.50 yang aku kumpul. Boleh cover dinner aku malam ni. Beli burger sebijik cukuplah. Tapi nak buat camne kan? Dah tertulis pun akan jadik macam ni unutk aku harini. Redha sudah. =D

Oh ya. Good luck ok kt semua adik-adik junior SMSTJ yang amek result SPM harini. InsyaAllah, setiap yang berlaku ada hikmah. Hikmah nama adik dorm den. Good luck lah korang even tak rapat sangat time sekolah dulu.huhu~ Aku ingat lagi junior-junior, tapi sama ada diorang ingat aku ke tak tu belakang kira. Biarlah~ haha..

Nanti bila dah masuk IPT tu jangan lupa untuk berjuang macam time SPM. Serius! Study kat Matrikulasi, amek foundation, amek diploma and sebagainya tidak semudah yang disangka. Dah botak kusut kepala aku ni study. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Ecece~~

Cakap pasal perjuangan, aku berazam untuk tidak kuat tidur lagi. Nak kuat study. Hehe.. Final exam start 10 April ni. Paper HBU.. HBU tu ape? Kokurikulum la lebih kurang. Paper yang berat yang lain start 20 April and final exam aku abes 30 April. Chaiyok! Aku nak bagi something kat Umi Abah, family and kat Encik Pakwe dari exam ni.. ;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...