Thursday, February 24, 2011

AKU VS KUPON

Oh kupon..
Kerana kau, ramai yang pijak kawan sebab nak penuhkan ruangan "lekat kupon disini".

Kerana kau, ramai terpesong niat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu (termasuk aku) kepada niat untuk mengumpul kau. Ilmu tak dapat, yang dapat hanya kau yang nan sekeping.

Kerana kau, ramai yang sanggup bangun seawal jam 6 pagi pada hari ahad beraerobik.


Kerana kau, aku tergelak sendirian melihat fenomena yang agak baru dan sedikit mengejutkan aku.

Kupon oh kupon..
Starting from now *ceh! speaking*, bukan kau yang menjaminkan segalanya. Bukan kau yang nak menjawabkan final aku bulan April ni.. BUKAN dan bukan kau KUPON. Bukan kau yang aku kejar. Kerana kau, aku tak dapat nak dengar, lihat dan selami ilmu yang nak disampaikan time ceramah. Kerana kau, masa rehat aku terganggu di pagi hari ahad yang sangat jarang dirasai. Kerana kau, aku terbuang masa yang telah dijadualkan untuk menelaah buku, menyiapkan assignment.. Aku benci kau! Ini fakta. Banyak lagi kerja aku boleh siap daripada terus menerus kejar kau.

P/S: Orang sekeliling mempengaruhi kita. Thanks housemates!

2 comments:

  1. haha...aku paham fenomena nh..siyes weh...
    ala...mula2 je ...
    ktorg kt sini (penang) da xheran dah...
    student pemalas gila nak collect..
    sama la aku..hehe

    ReplyDelete
  2. aku lagi la malas nk kumpol.. gile la weyh.. bosan nk kumpul2 ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...