Friday, October 22, 2010

Something Worth Living For


I don't wanna leave you here all by yourself
I just wanna let you know I'm there for you, like no one else
I don't wanna drift off to another place
I just wanna lay here in your arms, with your hand on my face

So let's not ever tell the moon about the sun
I'll keep hearing love songs, hoping every wrong's undone
It's foolish, but we've only just begun
I don't wanna stop this, all my walls are cavin' in

I wanna give you something worth livin' for,
I wanna tell you this and so much more
My everything, my universe

I'm so mesmerized by your serenity
Hopefully you'll take me there, inside your dreams
Just like autumn leaves I'm falling over you
It's so unbelieveable, but yet, so true

Our imperfections are so beautiful right now
I don't even see them, only diamonds now, remain
It's crazy how without making a sound
You can make me feel things, all my walls are cavin' in

You're something worth living for

-There's no official video of this song. But i found this is better than other videos. Anyway, listen to this great song with it's lovely lyric-

p/s : This entry is dedicated to My Man. You're something worth living for, abang.. :')
        "Hopefully you'll take me there, inside your dreams.."

Wednesday, October 20, 2010

Warning !

"Saya boleh tunjuk kat awak cara-cara die je.. Keberanian, keyakinan awak sendiri kena ada dalam diri.. Lagi awak yakin dengan cara awak, lagi cepat awak dapat tangkap ape yang saya nak turunkan.."

Berbekalkan otak yang kosong dengan ilmu pemanduan kereta, perut yang hanya diisi 1/2 karipap dan air masak botol air yang dah bape lame aku susah nak abeskan, aku membuka pekung di dada. Eh! Silap.. Aku membuka pendengaran, penglihatan dan segala jenis perkara yang boleh menghalang ke-fokus-an telah aku tolak tepi.. (ayat aku ni macam nak buat karangan SPM la pulak~)

Selama beberape minit je cikgu aku tu terangkan pasal kereta ni, terus dia suruh salah seorang daripada aku ngan sorang lagi student dia ni bawak kereta. Nasib baik aku  tak tertelan gigi tadi.. Bahahaha~~

Mula-mula tu cuak kot.. Tapi dah bape round tah aku bawak kat PMKK tu, ok la.. Aku dah tak rase takut-takut sangat dah.

Tiba-tiba, cikgu aku nak terkucil la plak.. Haiyoo~ Tunggu saya abes belajar tak boleh ke cikgu? Rupe-rupenye dia suruh aku bawak sendiri.. Dengan cara tu, aku takde la berani time dia kt sebelah je.. Tu dia cakap lah.. Tak lame je aku bawak sendiri , tayar kancil tu da makan divider.. Ow man! Malu kot.. Haha.. Tapi aku buat muka macam takde pape. Bangla kat dalam roundabout yang tengah kutip-kutip daun kering tu tolong aku dari luar.. Thank you lah..

Please take it seriously..

Esok belajar bawak kt jalan besar pulak.. So aku nak warning la awal-awal.
KEPADA SEMUA PENGGUNA JALANRAYA KAWASAN PUNCAK ALAM, MERU, KLANG, KAPAR ESPECIALLY KAT AREA KG. PEREPAT.
KALAU NAMPAK KERETA SEKOLAH MEMANDU U/JAYA SILALAH JAUHKAN KENDERAAN ANDA  KERANA DIKHUATIRI BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIJANGKA.. hahahaha~~

P/S : Aku suke tarikh hari ni.. :) cantik kan..? 20/10/2010

Tuesday, October 19, 2010

Panggilan Hangit Ketika Ke-mamai-an


Petang yang sangat free dan ditambah tiada rancangan menarik di kaca televisyen telah membuatkan aku terasa sangat mengantuk.. Erk, ayat skema~ Malam semalam tidur entah pukul berape, aku pun tak sure. Yang penting aku masih lagi insomniac.. Kalau lapar, dahaga aku boleh la lagi nak tahan. Tapi bile dah ngantuk, jangan cakaplah. Tengah duduk pon aku bole terlelap..Lalu aku mengambil keputusan untuk tidur. Tak sampai sepuluh minit aku lelap, aku rase macam tengah mimpi. Handphone aku berbunyik plak.. Malas gila la nak jawab. Tapi aku angkat la jugak tanpe tengok sape yang call..

Jeng jeng jeng.....

Aku dengar suare lelaki yang tak berape aku kenal.. Aku kalau dah mamai, suara pon mamai la. Orang tu cakap dia ni pegawai JPJ. Nak saman aku sebab bawak motor takde lesen. Aku terus segar macam kena siram air batu kat muka. Aku dah cuak. GILA~ Sejak bila la JPJ ada simpan number phone aku ni. Memang la aku bawak motor takde lesen. Puas kepala ni pikirkan jawapan.. Pastu aku dengar orang tu gelak.

Rupe-rupenye tu cikgu memandu aku call nak bagitawu yang lesen L aku, baru dia amek. Pastu aku da bole belajar.. Ow man! Aku da rase macam kena prank abes ni.. Malu gila kot.. Takpe cikgu, takpe.. Aku dah segan dah nak kena jemput esok. Kompem kena gelak lagi.. Namunku gagahi jua.. eceh~ Biarlah esok aku buat muke blurr lagi.. Dah dua kali aku terkena dengan cikgu aku ni.. Hampeh~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...