Tuesday, December 18, 2012

MLM yang tak berapa nak indah.

Assalamualaikum..

Hmm macam mana ya nak mulakan? Korang pernah dengar tak MLM ni bende? Aku rasa ada yang tahu, ada jugak yang tak tahu. MLM ni maksudnya Multi Level Marketing. Bukan tak bagus dan bukan jugak bagus. Entah. Macam mana nak cakap ye? Hmm macam ni lah. Aku tak kata MLM ni tak bagus. Tapi pengalaman yang aku terima adalah TAK BAGUS. So, aku mintak maaf awal-awal kalau apa yang aku tulis ni akan menyinggung mana-mana pihak. Ini adalah cerita dari pengalaman aku sendiri.

Aku terima SMS dari seorang kawan baik perempuan pada pagi hari isnin. Pagi gila. Dalam SMS tu dia kata dia nak jumpa. Ajak keluar. Maklumlah, lama tak jumpa. Aku pun mestilah nak jumpa jugak. Berborak cerita kisah masing-masing. Tetapi, pada hari isnin tersebut aku ada kelas yang agak pack. Jadi, perjumpaan ditunda ke hari selasa.

Hari selasa, kelas habis pukul 12 tengah hari. Aku pun dengan gembira, bersiap nak keluar dengan kawan ni. Aku berkali-kali tanya kepada dia, kemana arah tuju kami. Dia hanya menjawab, "Ala, kita pergi makan-makan je dulu ye?Lapar kan ni?" Aku diam. Tapi tetap terus mengikut dia. Bas sampai dalam pukul 1. Kami menaiki bas ke pekan Kuala Pilah. Sampai disana, hujan tiba-tiba lebat. Kami tidak dapat berjalan kaki ke destinasi kedai makan kerana masing-masing tidak membawa payung.

Kawan aku menelefon rakannya meminta dia mengambil kami. Aku dah pelik. Kawan mana pulak ni? Bila aku tanya, dia jawab lebih kurang begini. "Kite nak bawak awak jumpa kawan kite. Kite tak boleh nak cakap and cerita macam mana. Nanti kawan kite cakapkan." Beberapa minit kemudian, rakan kawan aku ni pun sampai. Lelaki. Dalam hati aku dah terfikir. 'Eh, kawan aku ni nak kahwin agaknya. Maybe dia tak tahu nak cerita macam mana dengan family dia hal kahwin-kahwin ni.'

Sesampai kami ke sebuah rumah kedai, aku terfikir sejenak. 'Tempat apa ni?' Seperti sudah terbaca fikiran aku, kawan aku berkata, inilah tempat dia buat kerja part time. Aku hanya mampu mengangguk. Tempat tersebut seperti mengingatkan aku dengan satu tempat yang familiar. Oh ya. Aku pernah pergi kursus kahwin dekat tempat macam tu. sebijik. Ada surau kecik, toilet, dua bilik kecik dan satu dewan kuliah. Aku tanya lagi dekat kawan aku tu. "Ni tempat apa weh? tempat kaunseling ke?" Pertanyaan aku hanya dijawab dengan ketawa kecil.

Aku disapa dengan ramah oleh orang disana. Eh baik-baik orang kat sini. Tempat apa lah ni. Selepas selesai solat zuhur di surau kecil, aku dibawa ke dewan kuliah. Ceramah bermula. Adalah beberapa kerat manusia dalam dewan tu. Bermula lah cerita produk itu produk ini. Aku dah dapat agak dah. jam! MLM. Aku cukup anti dengan benda ni. serius. aku tak tahu lah kenapa. tapi aku ambil keputusan untuk terus mendengar dan mendengar tentang apa yang hendak mereka katakan.

Mula-mula ok. cerita itu cerita ini. nak tolong orang melayu. tak tahan tengok hidup orang melayu susah. dan macam-macam lagi. cerita dengan join benda ni, dia dapat beli kereta besar. income dah tinggi. boleh makan besar. ada rumah besar. dia buat perbandingan bila dia hanya bekerja makan gaji dengan bila dia join bisnes ni. bla bla bla. aku dah agak permainan tu. ayat tu dah biasa dengar. nak join, kena pergi dengar seminar. beli akaun. carik kawan baik je. yang betul-betul baik dengan kita. dan macam-macam lagilah. tapi yang paling buat aku marah, speaker tu cakap orang macam aku ni (aku student diploma) sambil dia tunjuk aku depan semua audience, akan hanya dapat gaji rm1200 sahaja as starting selepas menganggur selama 3-4 bulan. kau boleh bayangkan tak apa aku rasa?

siapa dia nak cakap macam tu? rezeki tu milik Allah kan. bukan kat tangan kita. benda macam tu bukan kita nampak pun. cara dia cakap macam dah confirm sangat dah. macam aku belajar diploma ni tak perlu pun takpa janji aku join diorang. dekat diorang nanti rezeki aku murah. dapat duit besar, makan besar, kereta besar. Astaghfirullahalazim. aku tak tahu lah aku ni sangat sensitif ke apa hari tu. yelah, jangan nak merendahkan orang sangat lah. pendapat aku ditepis oleh mereka.mereka kata itu adalah fakta bukan auta. iya. tahu. tapi bukan semua yang dapat macam tu kan? ada je orang fresh graduate terus dapat kerja gaji starting tinggi. haiya boleh gila aku kalau bertekak dengan diorang.

diorang sangat nak aku join. siap tanya duit aku simpan kat mana. oh hello! who are you to asking me about my money? aku bagitahu duit aku bukan dalam kad. aku letak dalam buku. dengan pantas diorang cakap, esok diorang amek aku lepas kelas, teman pergi bank. wtf. sape kau nak paksa aku keluarkan duit aku ni? aku mintak masa nak fikir, diorang boleh tepis ayat aku dengan cakap macam ni. "benda yang tak dapat dibeli dalam dunia ni adalah masa yang lalu". makna diorang, kalau aku fikir lama sangat, nanti lambat lah aku dapat duit. and kalau aku tak join, nanti aku menyesal seumur hidup aku.

aku bagi alasan nak tanya mak aku patot ke tak aku join benda ni. nak tahu apa diorang jawab? "Eh, jangan tanya mak dulu. nanti mak mesti tak bagi. join dulu. nanti dah join bawak mak pergi seminar. tunjuk kat mak orang yang dah berjaya nanti mak baru percaya. sekarang jangan lagi." eh! bukan kalau apa-apa kita kena tanya mak dulu ke? pasal duit kot. nak join benda tu aku kena keluarkan about rm800. gila kau! banyak kot. duit ptptn aku baru rm2000 untuk survive 6bulan.

malam tu aku dah SMS kawan aku tu, aku kata aku taknak. dia punya pujuk macam-macam. aku tak sampai hati. kawan kan? semua orang sana tu tanya aku, SMS aku dah keluarkan duit ke belum. Ya Allah, sapa lah kau nak tanya hal duit orang ni. it's my money ok. u don't have the right to ask me to do this to do that. aku amek keputusan untuk diamkan diri. dengan harapan, mereka yang bijak tu faham aku lari dari diorang sebab aku TAKNAK join diorang.

Mereka terus mengganggu hidup aku dengan hantar SMS. diorang tak boleh call aku sebab aku dah block number diorang. malas lah nak layan. oh ya. aku dah bayar rm70 untuk fee pergi seminar. aku main bayar je haritu sebab tah la. terpengaruh dah agaknya. yelah. aku tak fikir panjang time tu. macam-macam lah diorang kata. kalau aku tak pergi seminar tu tiket dah burn la apa la. aku dah malas nak fikir. lantaklah.

disebabkan benda ni, aku dengan kawan aku tu dah tak bertegur sapa kalau jumpa. aku malas la nak dengar dia cerita itu cerita ini. nak pujuk aku masuk tu lah. tak nak aku. aku tahu, dia tension sebab aku tak dapat jadik orang bawah dia. bukan main berkerut pandang aku kalau bertembung. biarlah nak marah pun. aku ada banyak kerja nak kena buat. semester ni dah la busy ya amat. nak kena carik orang la apa lah. heh! takda kerja aku.

sampai sini jelah dulu ya. nanti kalau ada kelapangan, aku akan elaborate dengan lebih lagi. Thanks for reading. ingat, sebelum buat apa-apa, kita kena tahu apa hak kita. fikir baik-baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...