Wednesday, December 19, 2012

LOOKING FORWARD

Assalamualaikum! hai everyone.

Pejam celik pejam celik. Dah semester 5 dah for this session Disember 2012-April 2013. Sem depan i will have my practical training! Omai omai omai. Cepat betul masa berjalan. Terasa macam baru semalam habes minggu orientasi Disember 2010. Macam tu lah bila busy ya amat, sampai masa pun tak sedar. ecece.. haha. Sekarang dah week 3, progress memilih and call potential company masih sangat slow macam kura-kura. Resume pon belum diusik lagi. Sekadar membaca contoh resume yang ada. My coordinator for practical training ask us to pilih tempat yang bukan nak dekat dengan rumah je. Means janganlah asyik nak duduk bawah ketiak mak. Senang cerita, my target for practical adalah dekat JOHOR BAHRU. hehe. Rumah dekat Klang, so JB and Klang jauh kan? Bukan apa, memang nak dekat situ. Tah apa la yang special sangat JB ni. haha.

Antara company yang aku dah target untuk practical kat JB ni adalah:-
Win2 Food
Apollo Food
Kraft Foods

My coordinator advised us to try looking for big company. Bukan apa, adalah sebab nya. Tapi bukan aku menyatakan kat sini yang SME tak bagus. It is good. But aku ni student lagi. Lecturer dah advise gitu. Ikut je lah. hehe. Bila fikir fikir tu, tak sangka dah besar dah. Dah nak graduate dah. huhu nanges jap. :')

Haa, ni lah yang aku dah belajar sepanjang aku study dekat UiTM Kuala Pilah.

Diploma in Food Technology
Semester 1:-
BEL120 Consolidating Language
BIO100 Introduction to Biology
CHM138 Basic Chemistry
CTU101 Fundamentals in Islam
HBU111 Nasional Kesatria 1
MAT133 Pre Calculus
PHY130 Fundamentals in Physics 1

Semester 2:-
BCM201 Basic Biochemistry 1
BEL260 Intermediate English
CHM207 Organic Chemistry
CTU151 Islamic Thought & Civilisation
HKR111 Management of Family
MAT183 Calculus 1
MIC125 General Microbiology

Semester 3:-
BEL311 English for Academic Purpose
CHM256 Basic Analytical Chemistry
CSC134 Computer & Information Processing
CTU211 Science & Technology in Islam
FST209 Principles of Food Engineering
FST307 Basic Nutrition
HKR221 Management of Family 2
MIC204 Basic Food Microbiology

Semester 4:-
FST200 Food Hygiene & Legislation
FST254 Principles of Food Preservation
FST261 Introduction to Food Chemistry
FST306 Food Analysis
FST359 Introduction to Unit Operations
QMT245 Statistics for Technology

Semester 5:-
FST202 Food Quality Control
FST300 Independent Studies
FST305 Food Processing
FST318 Sensory Evaluation & Food Product Development
ENT300 Fundamentals of Entrepreneurship 

Semester 6:-
Practical Training

Ini lah sedikit sebanyak liku liku yang perlu aku telan dan harungi untuk mendapatkan scroll diploma insyaa Allah end of 2013. Amiin.. Aku percaya dengan apa yang aku usahakan, macam tu la hasilnya nanti. Sebab itu kadang, aku push jugak diri ni. Kadang-kadang perlu jugak stress ni, time tu lah baru kerja jalan. ye tak.

Tapi aku dalam dilema sama ada nak sambung Degree ke tak. haha. gila kau. mestilah kena sambung. Sekarang ni nak apply kerja pun majority yang aku tengok (dalam bidang food industry) nak at least Degree. Nak buat macam mana, kena jugak lah sambung. Lain lah kalau betul betul nak bukak business. Tapi style aku, nak carik pengalaman dulu. Apalah salah nye kalau aku nak rasa pengalaman kerja makan gaji. Dah ada capital barulah boleh bukak Bakery. ehem. ok lah. Sudah la tu menulis. Lab report tak tulis tulis lagi ni. huhu. Korang (ada orang baca ke??) doakan lah semoga perjalanan aku dipermudahkan and aku berjalan di beri kekuatan. Arigato! Semoga korang pun perjalanan dipermudahkan dan diberi kekuatan.

Yours Sincerely, Tihashikin.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...