Thursday, December 16, 2010

Mari Mengkecahkan Dapur. Edisi : Kek Batik

Selamat datang ke rancangan Mari Mengkecahkan Dapur. Tak kisah lah dapur sapa-sapa pun. Dapur sendiri ke, dapur mak korang mahupun dapur mak mertua korang. Asalkan terkecah. Kehkeh~

Hari ini saya dan beberapa orang pembantu akan menunjukkan anda cara-cara membuat kek batik.. Oh lupa pula. Kek batik ni macam susah nak buat, tapi takpe. Kita cuba ye..

P/S : Yang belakang tu bukan bahan-bahan dia ok.
Bahan-bahan :
Biskut Marie. Butter. Susu Tin. Telur. Milo. Coco Powder. Air. Esen Vanilla.


1. Mula-mula pecahkan 4 biji telur dalam bekas.


2. Masukkan 1 sudu esen vanilla dalam telur ni. Ops! Ada buku resepi kat sebelah. haha~


3. Pukul telur sampai berbuih. Lebih kurang macam nilah..


4. Dalam bekas lain, bubuh butter dalam 1 gelas dan tuang susu 1/2 tin.


5. Kacau butter dengan susu sampai sebati.


6. Didihkan 250ml air dalam periuk, bubuh 90gm milo dan 30gm coco powder. Stir continuously. Kalau tak nanti dia keras.


7. Bubuh mentega + susu tadi dalam ni. 


8. Bubuh telur yang dah dikacau tadi pulak.


9. Susun biskut marie ikut kekreatifan masing-masing.


10. Sejukkan kek itu. Suhu bilik pon takpe. Tapi kalau nak makan cepat, sejukkan dalam peti ais yep.

Dah siap! Bila dah solid kek ni boleh la dipotong dan dimakan. Gambar kek ni dipotong untuk display tak sempat nak amek sebab dah diterkam oleh banyak tangan. huhu~

Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...