Husband belanja berehat dekat Melaka as hadiah 1st anniversary. Disebabkan nak jugak berjalan cukupkan 2 destinasi dlm setahun, jadi ke Melaka lah kite. Mase tu husband je cuti sekolah. Kite ni haa xcuti sem pun. So pilih yg dekat dekat jelah.
Kitorang bawak mitty. And stay dekat Hang Tuah World Heritage hotel. Dekat dengan pekan and perjalanan ke Dataran Pahlawan ambil masa lebih kurang 5-6 minit sahaja.
Mitty ni kucing. Hmm. Sedih la bile nak berjalan je tinggalkan dia kt bilik. Balik dari jalan, mitty mesti tengah nyorok bawah katil. Sampai mitty jatuh sakit. Kitorang suspect mitty xmakan, sebab tu dia muntah muntah. And terus drop kesihatan dia. Ok tu nanti kite cerita lain.
Harga hotel sangat lah berbaloi baloi murah dia. Masa tu promotion, dpt la rm100 per night. And kitorang stay utk 2 malam. Oh ya. Bilik siap bathtub. Haha. Itu point kitorang stay sini sebenarnya. Hehe.
Ok first day kat melaka, biasa biasa je. Jalan area dataran pahlawan. Pastu pergi jonker walk. dok la cari apa yg best. jalan dari hujung ke hujung. Xjumpa apa pun nak makan. Last last makan ais krim goyang je. Haha. Perasan gak org makan kt tepi tepi dalam pasu. Kitorang tertanya la, diorang ni makan apa? Kreatif la. tapi xterasa la nak makan sbb nmpk harga rm5. Haha. Perut lapa makanan berat, sbb tu la pandang sipi je ais krim pasu tu. last last naik kereta, cari kedai makan. Berenti dekat mana tah sebab masa tu mcm sesat sikit, so cari je la kedai. Makan pun char kuey tiaw. Tu pon makan je memana sbb da lapa and jalan jem sbb cuti sekolah.
Esoknya sambung jalan. Siap g night safari kat zoo melaka. Not bad la performance show dia. Comel la semua haiwan kat situ. Dah rindu mitty, kami pun balik hotel. Tu yg jumpa mitty nyorok bawah katil n dia refuse utk makan.